Friday 25 November 2011

UMNO TERUS GAH ATAU LENYAP : Hishamuddin Hussein



UMNO (Baru) yang mendapat jolokan panggilan ‘parti keramat’ ini semakin hari semakin haru biru atau akan tamat riwayatnya pada PRU13 nanti. Dari luar hari-hari UMNO dihentam dan tidak terkecuali masalah dalaman parti itu, pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang menimbulkan kecelaruan. Apakah UMNO akan terus GAH atau REBAH?.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan 3.4 juta ahli UMNO bagi menghadapi gelombang politik yang semakin mencabar kewibawaan parti, yang menjadi tonggak bangsa Melayu ini. BERSATU atau LENYAP! Itu peringatan beliau.

Di bawah adalah petikan sesi soal jawab Hishammuddin yang diadakan semalam sempena Perhimpunan Agung UMNO yang bermula Selasa ini. KLIK

Memandangkan kemungkinan besar Perhimpunan Agung UMNO kali ini adalah yang terakhir sebelum kita menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), apakah mesej yang hendak disampaikan kepada setiap ahli perwakilan, lebih-lebih lagi PRU kali ini boleh dianggap yang paling sengit bakal ditempuhi BN dan UMNO?.
 
“Kita perlu sampaikan mesej kepada setiap perwakilan bahawa UMNO mesti bersatu sekarang ini. Bersatu atau terus lenyap. UMNO adalah faktor penyatuan masyarakat Melayu di negara ini. Bukan saja penyatuan di kalangan ahli UMNO, malah penyatuan kepada seluruh umat Melayu".  

Adakah Datuk Seri menyatakan UMNO tidak bersatu?.

“Kita perlu memperkukuhkan perpaduan di kalangan kita. Sebelum ini, perselisihan dalaman parti mampu kita bendung kerana UMNO ketika itu amat kuat. Tetapi dalam masa yang begitu mencabar sekarang ini, sedikit konflik dalaman boleh mengancam parti serta menjejaskan peluang UMNO untuk memenangi PRU-13. Maka sebab itu UMNO tiada pilihan selain perlu serta-merta tangani budaya perselisihan ini dan berdiri teguh dalam sebuah parti yang benar-benar kukuh. Ingin saya menyeru sekali lagi, bersatu kita sebelum parti menghadapi masa depan yang kelam”.

Sebelum ini Datuk Seri Nazri Aziz mengisytiharkan perang terbukanya dengan Dr Mahathir dan menyarankan bekas Perdana Menteri itu menyertai pembangkang jika ingin terus mengkritik kerajaan.

“Pembangkang tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kami. Beliau (Dr Mahathir) yang menimbulkan masalah. Pembangkang kini lemah, tetapi beliau pula yang membangkang”.

“Sekarang duduk dalam parti pun macam pembangkang, lebih baik jadi jantan, keluar dan bangkang kita terus dan senang saya nak hentam. Sekarang kalau nak lawan dia, saya teragak-agak kerana dia bekas presiden kita (UMNO),” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen”.

di atas adalah kenyataan sidang media yang diadakan bagi menjawab kritikan terbaru Dr Mahathir terhadap kerajaan pada majlis dialog anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan Rakan Media Alternatif di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Sabtu lalu.

Serangan terhadap UMNO/BN bukan sahaja pada parti pembangkang, malah dikalangan pimpinan UMNO/BN itu sendiri. Bagaimana UMNO/BN menghadapi PRU13 nanti jika masalah dalaman pun mereka tidak dapat selesaikan. Alahaiiii..

No comments:

Post a Comment