Wednesday 9 November 2011

UMNO BARU: Satu Persatu Pemimpinnya Hilang Punca dan Arah Tujuan.

Orang sayang dengan UMNO, tapi ada pemimpin UMNO yang benci dengan sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri. Dalam UMNO itu, ada liability yang sendirinya akan menghancurkan UMNO.

Apa sudah jadi dengan pertubuhan yang dianggap 'parti keramat' ini?. Satu persatu dikalangan pemimpinnya hilang punca dan arah tujuan untuk mempertahankan bahtera yang hampir karam di lautan fatamorgana. Mereka tidur sebantal, tapi mimpi lain-lain. Waduhhh!!

Ku Li semalam mendakwa  beliau terpaksa menubuhkan Amanah kerana tidak lagi mempunyai ruang untuk bersuara dalam UMNO.

Ianya termasuk ruang untuk bercakap sewaktu perhimpunan agung UMNO diberikan syarat yang ketat termasuk perlu mendapat kelulusan pimpinan parti.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sedar yang dirinya juga sedang dipinggir UMNO, kata Muhd Lukhman Ghani, pegawai khas kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga AJK UMNO Petaling Jaya Utara berkata, status Muhyiddin mungkin berada di tangga ke lima dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh UMNO.

Perkara itu menurutnya boleh dilihat melalui program-program anjuran UMNO serta liputan media arus perdana yang pro BN sendiri.

"Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam UMNO, mungkin dia duduk di nombor 5 atau 6" katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai membidas jawapan Muhyiddin kononya UMNO tidak pernah menyekat mana-mana suara ahlinya menyatakan pandangan seperti didakwa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai 'Ku Li'.

Lukhman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh UMNO adalah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedua pula adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais.

"Tempat ketiga diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang.

"Muhyiddin tak ada dalam ranking empat yang utama, apatah lagi naib-naib presiden UMNO.

"Dalam UMNO, kalau mengampu kerajaan baru dapat ruang" katanya yang menyifatkan hanya 'ruang terpilih' yang ada dalam UMNO.

Sambil menyifatkan Muhyidin tidak faham maksud Ku Li, Lukhman berkata ruang itu mula tertutup selepas penubuhan UMNO Baru, semasa era pimpinan bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah sekarang.

SUMBER Klik DI SINI

No comments:

Post a Comment