Monday 21 November 2011

BANTUAN RM100 SETIAP MURID : ‘Tiada Motif Politik’ Kata Salleh


Setelah SR mengikuti portal blog Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, KLIK DI SINI. Apa yang timbul dan jadi persoalan  di benak fikiran SR ialah, betulkah kenyataan Salleh ini?.

“Pemberian bantuan tunai RM100 bagi setiap murid menerusi Bajet 2012 tiada motif politik, sebaliknya ia bermatlamat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan pembelajaran kepada anak-anak”, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata kehadiran pemimpin politik parti pemerintah dalam majlis penyerahan bantuan tersebut bukan bermaksud untuk berpolitik atau kepentingan kepartian. Inilah persoalan yang menjadi tanda tanya.

Jika tiada motif politik, kenapa Salleh serahkan Bantuan Persekolahan Program RM100 1Murid SK Pekan, Kota Belud di Dewan Masyarakat Kota Belud pada 20 november 2011 baru-baru ini?. Atas kapasiti apa beliau menyerahkan bantuan berkenaan?.

Kedudukkan Salleh dalam program tersebut bukan kepentingan politikkah?. Apa yang jelas beliau memegang jawatan parti sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah dan Ketua Bahagian Umno Kota Belud. Apa yang Salleh maksudkan dan masyarakat fikirkan, tentu sekali tak ubah seperti ‘menyelam sambil minum air’.

Sebelum ini pun TPM, Tan Sri Muhyiddin Yasin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar bahawa tiada orang politik yang terlibat dalam pengagihan bantuan tersebut. Hanya pihak sekolah sahaja yang diberi amanah untuk melaksanakan tanggunjawab terhadap penyerahan Bantuan Persekolahan RM100 kepada setiap pelajar.

Kalau hendak bagi pun, tak payahlah diwar-warkan jika ikhlas. Semua orang tahu, bukankah duit yang diagihkan itu adalah Bajet 2012?. Kenapa pula diagihkan pada tahun 2011?. Tentulah sekali perkara ini tidak salah kiranya kerajaan UMNO/BN nak bagi juga. Tapi, setiap hari dan detik waktu, pemimpin-pemimpin dan media perdana pro UMNO/BN mengulas bahawa peberian RM100 kepada setiap pelajar itu adalah tanda keperihatinan kerajaan terhadap rakyat. Alahaiii!!! Gergaji serampang dua mata..

No comments:

Post a Comment