Friday 25 November 2011

WANG RAKYAT : UMNO jangan berlagak 'HERO'


Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan  Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri 24 November 2011 lalu mengakui bahawa setiap bajet yang dikeluarkan itu adalah ‘duit rakyat’.

“Suka saya ingatkan parti-parti pembangkang bahawa bajet 2012 yang terbesar dalam sejarah negeri Sabah ini bukanlah gula-gula pilihan raya, tetapi ia adalah ‘wang rakyat’ yang diamanahkan kepada kita untuk diurus dan dibelanjakan sebaiknya dan secekap mungkin bagi kesejahteraan rakyat”, katanya. Betul ke ni pak CM?.

Musa sudah mengakui bahawa duit yang UMNO/BN pegang itu adalah 'duit rakyat'. Jangan lagi dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO/BN ungkapkan senikata lagu selalu penyedap telinga bahawa ‘rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan UMNO/BN’ sebab duit yang mereka urus tadbir itu adalah 'duit rakyat'. Rakyat yang beri mereka amanah dan tanggungjawab itu untuk mentadbir Negara ini. Bukan seperti yang dilaporan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini, banyak berlaku ketirisan dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Rakyat mati kutu tidak tahu, jika tiada yang bagitahu. Serupa gula-gula jugalah tu pak CM.

Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Syed Abas Syed Ali semasa membahas Bajet 2012 juga berkata, terlalu banyak program membasmi kemiskinan dilakukan kementerian menerusi jabatan dan agensinya. Usaha membasmi kemiskinan di negeri ini mampu mencapai keberkesanan jika sikap untuk menjadi ‘HERO’ diketepikan.

“Program itu pula dilakukan secara berasingan dan tidak dilakukan secara bersama dan semua berlumba-lumba untuk menjadi HERO”, katanya ketika membahaskan Bajet 2012 pada Sidang Dewan Undangan Negeri.

Menurutnya lagi, program yang disalurkan oleh kementerian dari Kerajaan Pusat sama ada dari jabatan atau agensinya wajar disalurkan kepada kementerian yang dibentuk oleh Kerajaan Negeri. Sabah adalah antara negeri termiskin di Malaysia, walaupun negeri ini kaya dengan hasil buminya.

Katanya, Sabah amat berbeza dengan negeri-negeri lain. Datuk Syed Abas memberitahu, akibat terlalu banyak program dilaksanakaan menerusi pelbagai jabatan dan agensi, ianya telah menimbulkan banyak kelemahan sehingga sasaran yang diharapkan tidak mencapai matlamat yang diharapkan.

Pemimpin-pemimpin UMNO/BN Sabah seharusnya menyedari situasi ini. Mereka terlalu banyak bergantung dengan keputusan Kerajaan Persekutuan sehinggakan kuasa dan hak Sabah kian lama semakin terhakis. Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa, apa yang rakyat impikan supaya nasib mereka terbela tidak kesampaian.

Mari kita susuri data dan fakta rakyat miskin di negeri ini yang hidup dimamah kedaifan dan hampir putus harapan menatang kerajaan sekarang ini, kerana melihat kenyataan demi kenyataan tentang kehebatan dan kesejahteraan sebahagian pemimpinnya. Rakyat yang menikmati hidup sebagai warganegara dan pribumi dengan kelebihan berada di negeri yang kaya dan kemewahan ini, hanya mampu menanti dan menunggu setiap masa disisipkan peruntukkan tanpa perancangan.

Orang miskin merasa dirinya tersisih berada ditengah-tengah kemewahan ini. Pertanyaan rutin dalam hatinya, “Siapakah yang peduli kami?”. Tiada yang peduli. Kerajaan dan pemimpinnya memang ada yang peduli, tapi ada yang hanya sebagai volunteer mencari keuntungan dengan menggunakan data-data kemiskinan. Mereka  hanya  mengejar projek melalui program  pembasmian kemiskinan yang nyata  kurang memberi manfaat  secara nyata bagi rakyat miskin yang benar-benar memerlukan. Magsukul saja ba kamu c oto.. alahaiiii.. cubaaannn..

No comments:

Post a Comment