Friday 28 October 2011

SPR dan ROS Bersandiwara: Siapa Pengarahnya?

SPR tanya PR, PR pula bagi soalan yang sama pada Cik ROS.. Apa jawab Cik ROS?..

Fenomena ini, SPR seolah tidak menyedari bahawa hakikatnya Pakatan Pembangkang telah pun didaftarkan dan hanya menunggu keputusan. Adakah SPR sengaja tidak mahu tahu atau langsung tidak tahu perkara tersebut?. Namun, rakyat majoritinya telah pun menyedari bahawa percaturan ini adalah game halus politikus yang berlegar-legar diruang angkasa sekarang bak seperti layang-layang melayang di udara, manakala talinya dipegang oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan. Kenapa perkara ini berlaku?. Munkin atas sebab kerisauan mereka ianya menjadi satu ancaman yang paling besar atau persaingan sengit terhadap kuasa politik UMNO (Barisan Nasional).

Kita difahamkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) adalah di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri yang ditubuhkan sejak 1 September 1949. Siapa Menteri Dalam Negeri? Tentu ia tahu dan peka akan hal demikian, maka itu anjakan demi anjakan waktu berlalu begitu sahaja tanpa mengetahui status masa kelulusan dan keputusan pendaftaran.

Pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu entiti telah tertangguh sejak tahun lalu. Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution berkata dalam sidang media, parti-parti komponen bersetuju atas logo bersama untuk gagasan itu namun kesal dengan tindakan Pendaftar ROS yang terus melengahkan kelulusan. Kes seumpama ini juga berlaku bila mana sebuah parti tempatan di Sabah telah didaftarkan iaitu USNO (Baru) juga turut menerima nasib yang sama.

Setelah menerokai Portal Rasmi Jabatan ini, apa yang dilihat ialah satu Piagam Pelanggan. Timbul satu persoalan lagi, betul ke piagam itu?. Alahaiii.. Sandiwara oh sandiwara.. Adegan lapukkk, macam filem si Bujang Lapuk..

Piagam Pelanggan ROS

  
KAMI BERJANJI AKAN:


Menyelesaikan semua permohonan urusan pertubuhan yang lengkap dan teratur dalam tempoh berikut:

a)  Permohonan pendaftaran pertubuhan induk dalam tempoh 1 Minggu
b)  Permohonan penubuhan cawangan dalam tempoh 1 Minggu.
Menyiasat semua aduan dalam tempoh tidak melebihi 1 bulan dari tarikh terima aduan.
Memberi khidmat nasihat, pandangan dan ulasan mengenai perkara-perkara berkaitan undang-undang tubuh pertubuhan dan Akta Pertubuhan, 1966 secara profesional dengan segera.


Memetik kenyataan media Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar Dalam Portal Berita Harian online Oleh Haspaizi Mohd Zain. Beliau (Wan Ahmad) menasihatkan parti pembangkang supaya mendaftar sebagai sebuah pakatan yang sah jika berhasrat untuk bertanding atas satu lambang pada PRU akan datang selain ia akan turut memudahkan kerja SPR.

28 Okt 2011 - KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pendaftaran 265,000 pemilih baru pada suku ketiga tahun ini iaitu meningkat sebanyak 175,000 orang berbanding suku kedua, dipercayai disebabkan spekulasi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 awal tahun depan.

Daftar pemilih suku tahun ketiga itu serta pertukaran alamat membabitkan 52,000 pengundi dan senarai nama pemilih 42,000 pengundi yang meragukan mula dipamerkan kepada awam bermula hari ini dan berakhir 2 November nanti bagi tujuan pengesahan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata bagaimanapun jumlah itu dijangka terus meningkat menjelang suku tahun keempat berdasarkan kepada kesungguhan parti politik mendaftar pengundi baru.

Beliau berkata, bagi pihak Barisan Nasional (BN), UMNO dilihat lebih agresif mendaftar pengundi baru berbanding rakan komponennya, dan pakatan pembangkang pula menyaksikan DAP lebih bersungguh-sungguh melakukan perkara itu.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini bila hampir pilihan raya, jumlah pendaftaran pengundi baru akan meningkat sehingga mencecah setengah juta.

“Peningkatan ini didorong oleh ramalan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubar Parlimen awal tahun depan. Bagaimanapun 23 peratus ataupun 3.7 juta mereka berusia 21 tahun ke atas yang layak mengundi masih belum berbuat demikian.


“Pendaftaran pengundi BN dengan pakatan seimbang dan hanya dibezakan sekitar tiga ataupun empat ribu pengundi saja. UMNO sehingga kini lebih banyak membuat pendaftaran pengundi berbanding parti lain, manakala DAP mendaftar 18,000 pengundi baru,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Spekulasi PRU ke-13 akan diadakan awal tahun depan ekoran gerak kerja agresif dilakukan Perdana Menteri bagi memenangi hati rakyat termasuk dengan mengadakan lawatan ke seluruh negara.

Ditanya sama ada pendaftaran pengundi baru itu boleh digunakan pada PRU ke-13 nanti, Wan Ahmad berkata ia bergantung kepada tarikh pembubaran Parlimen dan pihaknya memerlukan masa sekurang-kurangnya dua bulan bagi mengesahkan pendaftaran pemilih berkenaan. 


Sementara itu beliau menasihatkan parti pembangkang supaya mendaftar sebagai sebuah pakatan yang sah jika berhasrat untuk bertanding atas satu lambang pada PRU akan datang selain ia akan turut memudahkan kerja SPR.

“Saya nasihatkan parti di bawah gabungan pakatan yang sebenarnya tidak rasmi supaya berusaha untuk mendaftarkan pakatan mereka sebagai sebuah parti pakatan sah, mereka berbincang mengenai pengagihan kerusi, tetapi bertanding atas logo berasingan,” katanya.

Manakala di pihak Pertubuhan Pendaftar Syarikat (ROS) pulak masih lagi berdiam diri dalam isu Pendaftaran Pakatan Rakyat menurut sumber kenyataan akhbar pada hujung tahun lalu 11 Dis 2010. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa bahawa,  Pendaftar ROS hanya mengadakan satu perjumpaan dengan gagasan Pakatan Rakyat dan kemudian tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

PETALING JAYA 11 Dis 2010 : Pertubuhan Pendaftar Syarikat (ROS) masih berdiam mengenai status penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik walaupun permohonan itu dibuat lebih setahun lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,  Pendaftar ROS hanya mengadakan satu perjumpaan dengan gagasan itu dan kemudian tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

"Pendaftar hanya jumpa hanya sekali lepas itu dia tak layan langsung, tak peduli,  jadi kita akan ambil tindakan susulan," ujar Anwar.

Pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu entiti telah tertangguh sejak tahun lalu. Bulan lalu Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution bahawa Pakatan Rakyat akan membincangkan logo baru bagi gabungan itu. Beliau berkata parti-parti komponen bersetuju atas logo bersama untuk gagasan itu namun kesal dengan tindakan Pendaftar ROS yang terus melengahkan kelulusan.

"Ia tidak berbangkit sekarang sebab kita dah terima tiga-tiga parti ini. Kalau ada cadangan lain kita boleh anjurkan tapi setakat ini logo seperti di dada saya ini,"katanya lagi.

Sementara itu Anwar menyatakan bahawa Pakatan Rakyat masih memperlengkapkan senarai calon dan pengagihan kerusi untuk pilihanraya umum akan datang yang dijangka diadakan pada suku pertama tahun depan.

"Pengarah pilihan raya dah jumpa dari segi kerangka kerja tentang memperinci pemberian kerusi itu mengambil masa," tambahnya lagi.


1 comment:

  1. Hello, saya Puan Maureen Martins, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang seumur hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank-bank dan agensi kewangan yang lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? Mencari-cari lagi kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda pada masa lalu. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan anda pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (maureenmartinsloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete