Saturday 8 October 2011

MARA : Diskriminasi, Demokrasi atau Transformasi - Jurang Perbezaan Antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

7 September 2011, Selepas solat Jumaat seorang warga bumiputera (mahu dirahsiakan namanya) memberitahu SR, telah pergi ke Pejabat MARA negeri lebih kurang pukul 11.00 pagi di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau terbaca satu maklumat iklan yang dipamerkan di papan iklan MARA menyatakan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4. Langsung beliau berjumpa dengan salah seorang daripada kakitangan MARA di situ untuk mendapatkan maklumat secara terperinci.

Dibenak fikirannya timbul seribu satu persoalan  bila  kakitangan MARA tersebut memberitahunya, pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak tidak layak memohon sekarang dengan alasan keputusan PMR 2011 belum dikeluarkan lagi. Beliau dinasihatkan, sekiranya keputusan PMR 2011 sudah diperolehi kelak. Pelajar boleh memohon melalui on line dengan melayari Laman Web MARA, sambil mengajukan sekeping kertas putih kepada SR yang tercatat alamat http://www.mara.gov.my  yang diberikan oleh kakitangan tersebut pada beliau. Sedangkan pelajar-pelajar di Semenanjung Malaysia hanya dengan syarat lulus Peperiksaan Percubaan Semester Satu (Mei) Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Antara maklumat jurang perbezaan yang beliau perolehi seperti berikut di bawah:-

~   Sabah/Sarawak = Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera Tingkatan 3 yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Sabah atau Sarawak tidak layak memohon melainkan pelajar itu sudah memperolehi keputusan minimum 3A 2B; (Matematik dan Sains harus A) dalam Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2011.

Semenanjung Malaysia = Pelajar Bumiputera (tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia) dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia. lulus Peperiksaan Percubaan Semester Satu (Mei) Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.

1 Malaysia sudah tidak menjadi amalan dalam kerajaan UMNO/BN, ia hanya retorik semata-mata. Diskriminasi pendidikan telah berlaku di dalam institusi itu, jurang perbezaan terlalu ketara sekiranya kita lihat dengan prasyarat yang di buat oleh sebuah Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu MARA. Kenapa ada jurang perbezaan?. Apakah pelajar-pelajar Sabah/Sarawak tidak berupaya untuk menyaingi keupayaan pelajar-pelajar dari semenanjung Malaysia?.


****************************************************

    IKLAN:

     SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM:
  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek  teras dalam PMR
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kemasukan ke MRSM (UKKM).
     B.  UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM):

Pemohon akan menduduki UKKM selepas Peperiksaan PMR diadakan. Pemohon akan diberitahu oleh Pejabat MARA Negeri / Daerah tentang tarikh, masa dan tempat UKKM. Pemohon juga boleh membuat pertanyaan di Pejabat MARA Negeri dan Daerah sebelum Peperiksaan PMR bermula.

     NOTA:
  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tidak akan dipertimbangkan.
  5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.(Subjek Lukisan Kejuruteraan tidak ditawarkan).
     C.  SYARAT-SYARAT MEMOHON BORANG:
  1. Pelajar Bumiputera (tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia) dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP dan SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Semester Satu (Mei) Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.
     D.  CARA MEMOHON BORANG:
  1. Borang permohonan boleh didapati di semua Pejabat MARA Negeri dan Pejabat MARA Daerah mengikut tarikh yang diiklankan setiap tahun.
  2. Tarikh tutup mendapatkan borang juga akan dimaklumkan dalam iklan yang dikeluarkan.Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Semester Satu (Mei) Tingkatan Tiga, yang disahkan benar, semasa mendapatkan borang permohonan.
  3. Permohonan borang melalui pos hendaklah dimajukan kepada Pejabat MARA Negeri / Daerah yang terdekat dengan menyertakan salinan kad pengenalan, surat beranak, keputusan Peperiksaan Semester Satu (Mei) Tingkatan Tiga, yang disahkan benar dan sampul surat tebal berukuran 25 cm x 36 cm beralamat sendiri serta bersetem RM1.00 (Ringgit Malaysia : Satu Sahaja).
  4. Maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan ke MRSM boleh juga didapati dengan melayari Laman Web MARA di alamat http://www.mara.gov.my.
     E.  TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada atau sebelum tarikh yang ditentukan ke alamat seperti berikut :-

Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April permohonan anda dianggap tidak berjaya.

CAWANGAN HAL EHWAL PELAJAR
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MENENGAH)
MARA

No comments:

Post a Comment