Monday 17 October 2011

Shafie Apdal Dibalik Tabir RISDA dan FELCRA


Utusan Borneo: 1 Ogos 2011 yang lalu telah melaporkan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal berkata pada sidang Dewan Rakyat. Beliau menjawab soalan Datuk Aaron Ago Anak Dagang (BN-Kenawit) mengenai langkah kerajaan bagi mempercepatkan pelaksanaan pelbagai projek diluluskan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti, jalan luar Bandar, jambatan, bekalan elektrik dan air.

“Kementerian menyelaraskan pelaksanaan NKRA infrastruktur asas luar Bandar dibuat melalui mesyuarat secara berkala, selain menggerakkan agensi di bawah kementerian ini seperti RISDA, FELCRA dan GiatMARA membantu mempercepatkan projek NKRA”.

Diperingkat negeri pula katanya, “Pejabat-pejabat cawangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sentiasa memantau pelaksanaan dan mengenal pasti masalah-masalah fizikal di tapak projek supaya ia dapat di atasi segera”.

Apa yang berlaku dengan agropolitan di Pulau Bangi dan di mana agropolitan yang diwar-warkan akan dilaksanakan di Kota Belud?.

Di mana fungsi dan peranan kerajaan negeri?. Pihak kontraktor (pelaksana) dan konsultan adalah daripada wilayah yang di bawa masuk untuk mengendalikan projek berkenaan. Malah, pemantauan pun akan dikendalikan sepenuhnya oleh pejabat-pejabat cawangan Kementerian. Usahasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tiada satu pun titik jelas yang dilihat boleh dikatakan wujudnya satu ikatan kerjasama.

Atau, Dato’ Shafie sengaja mengeruhkan keadaan ini demi survival politiknya untuk melawan arus penguasaan Datuk Seri Musa Aman yang pada dasarnya bercita-cita memegang tampuk kerajaan Negeri Sabah sebagai 1st leader. Apa yang jelas di sini bahawa, Dato’ Shafie adalah orang yang bertanggungjawab sebagai agen membawa masuk agensi-agensi ini di mana pengurusan dikuasai sepenuhnya oleh mereka yang dikalangan dari negeri jiran (Semenanjung Malaysia) walaupun majoriti penduduk Sabah tidak menyetujui dan suka kehadiran agensi-agensi tersebut.

Sabah di bawah kerajaan Barisan Nasional yang ditujangi oleh sebuah parti yang terkenal dengan gelaran 'giant killer' iaitu UMNO tentunya sentiasa mengambil peluang dan ruang yang ada. Ini adalah satu tamparan hebat kepada kerajaan Negeri Sabah, semua pengendalian dan keputusan bukan atas kuasa negeri. Apakah kerajaan Negeri Sabah atau pemimpin-pemimpin BN negeri hanya jadi Pak Turut atau Pak Angguk sahaja?.

No comments:

Post a Comment