Thursday 13 September 2012

'Projek Pengundi Hantu' : Jabar Khan Napi dakwa dirinya diperalatkan


Tuan Haji Jabar Khan Napi telah mendakwa dirinya diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Beliau dengan jelas menyatakan bahwa mereka itu telah mencipta satu kelompok grass roots (akar umbi) sehingga beliau dan rakan-rakan lain menerima akibatnya ditahan dalam tahanan ISA pada tahun 1996-1999.

Dalam kes ini, Haji Jabar juga telah mengakui dikambing hitamkan oleh pihak berkenaan. Kesahihan terhadap isu ini langsung tidak dinafikan oleh beliau bila Roos Deen, seorang guru yang mengajar disalah sebuah sekolah di Kota Belud menanyakan projek yang mereka ciptakan. Apa yang beliau mampu jawab ialah, "Benar! menyesal tiada guna".

Soalan Cepu Emas!!

* Siapakah yang dimaksudkan oleh Haji Jabar Khan 'pihak-pihak yang memperalatkan beliau sehingga menjadi kambing hitam'?

* Siapakah mereka 'grass roots' (akar umbi) yang Haji Jabar Khan ciptakan itu?

* Dan, projek apa yang Ross Deen maksudkan Haji Jabar Khan tidak nafikan?

Soalan ini amat mudah dijawab berbanding soalan UPSR.. hehehehe..


Wednesday, April 27, 2011

Merujuk kepada buku 007 'Lelaki Malaysia Terakhir', muka surat 143, Abdul Mutalib Bin Mohamed Daud telah membuat affidavit saksi tentang kebenaran berlakunya kegiatan memberi kad pengenalan atau kewarganegaraan songsang kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI) serta pemberian taraf Penduduk Tetap kepada orang Filipina.

Dalam buku tersebut terdapat Akuan Berkanun oleh seorang bekas tahanan ISA, Akob Damsah @ Yakub Damsah bekas pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Sabah di mana dalam temu ramahnya telah menyatakan nama-nama orang kenamaan.

Menurut kenyataan dalam buku tersebut juga terdapat lagi seorang bekas tahanan ISA, Hj. Jabar Khan @ Yaser Arafat bin Napi telah mengaitkan orang kenamaan yang ada terlibat dalam menguruskan pengundi hantu semasa pilihanraya umum yang lalu. 

Oleh kerana nama-nama orang kenamaan ini dikaitkan maka ianya menjadi kes ‘berprofil tinggi’ yang wajar disiasat demi keadilan kepada semua pihak untuk membela diri. Pertuduhan ini adalah amat serius yang bersangkut paut dengan penggunaan orang asing khususnya pendatang tanpa izin yang jelas mengancam keselamatan dan kedaulatan negara dalam jangka masa panjang.

Maka adalah wajar bahawa sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dan menyelesaikan masalah ini sebab ia bukan sahaja menjadi masalah negeri Sabah tetapi ia adalah masalah nasional dan ia harus ditangani secara serius oleh pihak kerajaan Persekutuan  - Petikan dari sabahkini.net

No comments:

Post a Comment