Wednesday 19 October 2011

Gejala Sosial (Budaya Samseng) Remaja di Sekolah: Semua pihak ambil peranan.


Perbuatan remaja (pelajar) bergaduh di sekolah merupakan situasi yang tiada sifat kasih sayang dalam institusi persekolahan. Fenomena ini berlaku kerana unsur-unsur salah faham, iri hati dan tiada sifat kasih sayang sesama rakan pelajar yang bersekolah di tempat sama.

Masyarakat, ibubapa, guru, dan pentadbir sekolah perlu mengadakan aktiviti yang khusus untuk mengeratkan silaturahim sesama pelajar, guru dan pihak pentadbir sekolah serta ibubapa. Ini boleh dilihat dalam menggerakkan secara cergas fungsi PIBG untuk forum, perjumpaan ibubapa dan guru atau majlis-majlis ilmu yang boleh merapatkan jurang antara hubungan pelajar, guru dan ibubapa.

Pihak-pihak ini juga boleh menggunakan alternatif lain contohnya media seperti majalah sekolah, akhbar, internet dan mana-mana media elektronik di Negara ini untuk menzahirkan pendapat, cetusan perasaan atau idea, dan juga membuat penilaian. Media massa amat berperanan sebagai alat penghubung untuk menterjemahkan konflik gejala sosial yang melanda remaja kita masa kini.

Belia harapan bangsa, pemudi tiang Negara. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sama-samalah kita selamatkan generasi ini demi keutuhan umat sejagat. Jangan ada yang rakus ambil peluang untuk mengaut keuntungan atas kelemahan rohaniah pewaris masa depan Negara ini.

Bumi adalah peninggalan moyang kita. Bumi ini adalah dipinjamkan kepada kita. Maka itu, diserahkan kepada generasi muda kita. Jangan menuding jari pada mana-mana pihak, ambil peranan masing-masing. Jangan juga hidangkan remaja-remaja ini bentuk hiburan ganas, program pergaulan hidup bebas dan melalaikan. Sebaliknya bendung sebelum parah, elak sebelum kena.

“Takdir dan untung nasib bukan sesuatu yang datang secara kebetulan. Ia melibatkan pilihan. Ia juga bukanlah sesuatu yang hanya perlu ditunggu, sebaliknya ia adalah sesuatu yang perlu dicapai” William Jennings Bryan.


Untuk mendapat info lain, cuba layari link ini Disiplin Pelajar Asas P&P Berkesan - Scribd  (Isu Gengsterisme di Sekolah, Pendahuluan Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu)

No comments:

Post a Comment