Monday 10 October 2011

Bajet 2012 Kempen PRU 13: UMNO/BN (On Off)


Bajet 2012, Najib mengumumkan pemansuhan Yuran bagi sekolah menengah dan rendah. Ingatkah anda pada Bajet 2008, Pak Lah juga telah memansuhkan yuran yang sama?. Kenapa Yuran Sekolah yang diumum Pak Lah dulu ditarik balik?. Dulu On, lepas itu Off. Sekarang On, kejap lagi itu Off balik. Macam suis elektrik, On Off..

Jelas sekali bahawa, Belanjawan 2012 adalah Bajet ON OFF (one off) sekali sahaja. Lepas itu tiada lagi. Mampuiii!!! Sekali dalam tempoh 5 tahun agaknya. Apakah ini Gula-Gula PRU13???

Antaranya kenyataan Najib dalam Pembentangan Belanjawan 2012 seperti berikut di bawah:-

“Sebagai mengenang jasa bakti mereka, Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak tiga ribu ringgit secara one-off kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang. Sumbangan ini sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu meringankan kos sara hidup”.

“Dalam usaha untuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak, Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja”.

UCAPAN BAJET TAHUN 2012 Oleh YAB DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK : “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”.

Link ucapan penuh sebagai rujukan: (Ucapan Belanjawan 2012) - klikkhas.bharian.com.my.

Tuan Yang di-Pertua,

43.   Bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosioekonomi berpeluang kepada masa depan yang lebih baik maka kerajaan akan mempastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran 24 ringgit 50 sen bagi sekolah rendah dan 33 ringgit 50 sen bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful. Ingin dimaklumkan bahawa, mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan. Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit.

UCAPAN BAJET TAHUN 2008 Oleh YAB DATO' SERI ABDULLAH BIN HJ. AHMAD BADAWI : 'BERSAMA MEMBINA NEGARA DAN MENIKMATI KEMAKMURAN'.

Link ucapan penuh sebagai rujukan: (Bajet 2011 - Berita Harian Online) - klikkhas.bharian.com.my.

Pendidikan Percuma Untuk Semua

Kerajaan komited melaksanakan langkah progresif untuk meningkatkan akses dan mengurangkan kos pendidikan. Pada tahun lalu, saya telah mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Sebagai tambahan, saya ingin mengumumkan yuran peperiksaan bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia akan dimansuhkan. Dengan itu, yang tinggal hanya yuran tahunan sekolah rendah dan menengah. Saya juga sukacita mengumumkan, mulai tahun 2008, yuran sekolah ini turut dimansuhkan.

Saya juga ingin mengumumkan bahawa bermula sesi persekolahan tahun hadapan, Skim Pinjaman Buku Teks akan diperluaskan kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak. Peluasan Skim ini akan memberi manfaat kepada 5.7 juta pelajar berbanding 4.5 juta pelajar pada masa ini. Dengan langkah-langkah ini, pendidikan di negara ini adalah seratus peratus percuma.

Penyertaan pelajar secara aktif dalam kegiatan ko-kurikulum, seperti badan beruniform, persatuan dan kelab serta sukan, adalah penting dalam membantu pembentukan sahsiah dan membina kualiti kepimpinan pelajar. Bagi mempastikan bahawa setiap pelajar mendapat peluang untuk melibatkan diri di dalam aktiviti ko-kurikulum beruniform, Kerajaan akan memberi sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan kepada pelajar sekolah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah seribu ringgit sebulan dan ke bawah.

No comments:

Post a Comment