Friday 21 October 2011

Mazhab Kristian Yang Mirip Islam: Beware!


Saat Maghrib telah tiba, belasan orang di Hotel Sahid Surabaya bergegas untuk bersholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin oleh seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Mazhab Kristian yang 'mirip' Islam (gambar di atas) adalah sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara-cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar bukan, untuk membezakan kristian gaya baru ini?.

Boleh jadi, ada dikalangan orang awam yakni umat Islam itu sendiri akan merasa keliru disebabkan, sektsa ini memang mirip sangat cara ibadat umat Islam. Ia satu ritual dan tatacara peribadatan yang seakan sama dengan Islam. Tengoklah cara mereka sholat selain berkopiah, mereka juga dipimpin oleh seorang imam serta berjamaah dan memakai (membaca) bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama, ada ruku' dan sujud.

Bezanya, kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali sehari, penganut Kristian Ortodok lebih banyak dari itu lagi, iaitu 7 kali sehari setiap 3 jam dan setiap waktu masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya, sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal sama juga berlaku pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam yang dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Tetapi, pada Kristian Ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40 hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika di dalam Islam, ada puasa sunat Isnin - Khamis, manakala pada Kristian Ortodok dilakukan pada hari Rabu dan Jumaat dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.

Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian Ortodok juga mengenal dan membayar zakat. Zakat dalam ajaran Kristian Ortodok adalah satu persepuluh daripada pendapatan. Gambaran terhadap ajaran Kristian Ortodok ini, mungkin anda keliru. Maka itu berhati-hatilah tentang ajaran Kristian Ortodok. Hebahkanlah pada sahabat handai, rakan taulan, dan paling utama sekali dikalangan keluarga kita sendiri.

Yang pasti, ini bukan ajaran yang terdapat dalam Al-Quran. Diharap kita semua berhati-hati, jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita risalah yang mereka edarkan. Sebarkanlah, supaya semua teman-teman kita maklum. Jangan biarkan kita di perbodohkan, sehingga akidah tergadai begitu saja secara percuma. Pasti sekali Allah SWT akan laknat kita dan berikan pembalasan di akhirat kelak setimpal dengan perbuatan yang kita lakukan di dunia.

Perhatian! berhati-hatilah kalau ada nampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay. Kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail, jangan pula ia dijadikan sebagai e-mail berantai. Anggap sahaja ia suatu yang penting untuk kita muhasabah diri bersama dengan keluarga tercinta.

Yang paling penting sekali, kita telah mengetahui akan pekara sebenar ini. Itulah agenda musuh-musuh Islam, maka berhati-hatilah dan jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah pada isinya, serta tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, sekali pandang macam ayat atau kalimah Al-Quran, sebenarnya ia adalah ayat-ayat yang terdapat dalam Bible.

Seperkara lagi, janganlah kita mudah terikut-ikut dengan gaya dan cara pemakaian mereka, serta budaya dan corak kehidupan mereka. Kita bukan fanatik atau sintimen dalam agama, ia cuma sekadar menjaga akidah kita. Demi untuk kedaulatan agama dan akidah, peliharalah tatacara kehidupan dan cara hidup kita. Islam itu adalah cara hidup yang sebenar.

Ibu-ibu, bapa-bapa, abang-abang, adik kakak. Kita hidup hanya sekali di dunia ini, dan akan mati menemui Ilahi. Pasti benar, bila sudah kita menemui ajal, pastinya juga kita akan dihidupkan semula. Di Padang Mahsyar nanti adalah hari pembalasan. Maka itu, pastinya kita akan menemui Tuhan yang sebenar-benarnya disembah, dan akan menghitung dosa pahala kita. Azab Allah SWT itu amat perit sekali. "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu adalah PesuruhNya".. Renung-renungkan bersama..


Info By: Shuhairazi Janudin

No comments:

Post a Comment