There was an error in this gadget

Thursday, 13 October 2011

Lidah Kelu Seribu Bahasa: Krisis Pengambilan Tanah Warisan Iranun di Kampung Rampayan, Kota Belud oleh Kinsa Mewah Sdn Bhd.


SR ingin membawa anda imbas kembali suatu kisah silam krisis pengambilan Tanah warisan Iranun di Kampung Rampayan, Kota Belud, Sabah oleh syarikat pemaju Kinsa Mewah Sdn Bhd. Kisah ini telah menimbulkan polemik di kalangan blogger, portal dan generasi facebook suatu ketika dahulu yang hangat diperdebatkan. Mereka mempertikaikan kredibiliti wakil-wakil rakyat dan pemimpin Kota Belud dalam mempertahankan tanah warisan tersebut yang banyak dikaitkan dengan Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai ahli parlimen Kota Belud.

Setelah Tan Sri Pandikar Amin memberi kenyataan secara terbuka menasihati jawatankuasa TTWR, polemik ini sunyi hingga kini. Dengan alasan semua langkah dan tindakan telah diambil mengikut prosedur dan undang-undang Malaysia. Namun, menurut salah seorang ahli jawatankuasa bertindak  Tuntutan Tanah Warisan Rampayan (TTWR), mereka sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan termasuk menggunakan SPRM ataupun kuasa Mahkamah dalam mempertahankan hak mereka.

Dimaklumkan juga, Srikandi TTWR Puan Bahi Mulia sentiasa mengikuti segala perkembangan dari masa ke semasa dan pasti akan bertindak sekiranya tuntutan mereka diketepikan. Beliau ada menjelaskan, ahli jawatankuasa TTWR sudah mengemukakan memorandum kepada Ketua Menteri, “Kami sedang menunggu berita dari pejabat Ketua Menteri dengan perasaan yang sangat luar biasa”. Katanya.

Menurut wakil Jawatankuasa bertindak Akim Salleh dalam Free Malaysia Today bahawa Kinsa Mewah Sdn Bhd, telah  mengambil tanah di Kampung Rampayan Ulu/Laut seluas 1,200 hektar dengan sokongan MP Kota Belud. Menurut Akim yang di petik dari www.rontogdaily.com 7 Ogos 2011 yang lalu. Mereka telah menerima surat daripada SUHAKAM bahawa siasatan akan dilakukan bagi mempertahankan hak penduduk Kampung Rampayan.

Kenyataan itu banyak menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka pemimpin-pemimpin dan masyarakat setempat termasuk Datuk Abdul Rahman sendiri. Namun demikian, Ahli Parlimen Kota Belud itu telah memberi penjelasan mengenai apa yang didakwa oleh wakil jawatankuasa bertindak Tuntutan Tanah Warisan Kampung Rampayan tersebut dalam portal blognya http://mpkotabelud.blogspot.com bertarikh  9 Ogos 2011 yang lalu.

Datuk Abdul Rahman telah menyangkal dakwaan kononnya beliau terbabit dalam perebutan tanah warisan (adat) di kawasannya. Ada penduduk Kampung Rampayan Ulu/Laut menuduh beliau "menggadai" 1,200 ekar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kepada sebuah syarikat swasta selepas berjanji membantu mereka menyelesaikan isu berkenaan. 

Menurut Datuk Abdul Rahman, awalnya syarikat itu mahu melaksanakan projek terbabit di Tuaran, berikutan jaraknya yang lebih hampir dengan Kota Kinabalu. Bagaimana pun, kerajaan negeri Sabah mengarahkan pembangunan itu dilaksanakan di Kota Belud sebagai usaha melonjakkan ekonomi daerah tersebut. Rahman berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perancangan itu sehingga dimaklumkan oleh Ketua Menteri,  YAB Datuk Musa Hj Aman.

Selepas itu, satu kenyataan berani daripada Datuk Abdul Rahman telah memeranjatkan semua pihak terutama sekali jawatankuasa TTWR. Di dada akhbar arus perdana beliau memberikan kenyataan secara terbuka bahawa tanah tersebut bukan tanah warisan (adat), ia adalah tanah kerajaan. Maknanya, jawatankuasa TTWR tiada hak terhadap tanah berkenaan. 


Apa yang memunkinkan pada pendapat sesetengah pihak, Tanah Warisan Rampayan akan menerima nasib yang sama seperti yang berlaku kepada pulau Mengalum, Pandanan dan Montukod untuk tujuan keuntungan pihak-pihak tertentu. Atau, mungkinkah Syarikat yang tersenarai di papan utama Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) bakal membeli tanah tersebut bagi mengira sumbangannya pada PRU13 nanti demi mempertahankan dan membalas budi ‘runner’nya?.

Salah seorang daripada ahli jawatakuasa TTWR telah melahirkan seribu harapan kepada pihak kerajaan dan Ketua menteri, katanya “Kami rakyat negeri Sabah dan merupakan penyokong UMNO/BN, kerajaan harus menilai tuntutan kami. Jangan penduduk Rampayan Ulu/Laut dianaktirikan dalam pengadilan untuk memberikan hak pengembalian tanah NCR. Penduduk di 15 buah kampung di daerah Pitas dianak kandungkan. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman telah bersetuju untuk mengembalikan tanah tersebut kepada penduduk Pitas seluas 64 ribu hekter yang diwartakan kepada sebuah syarikat iaitu Bigger Raya/Safoda. Kami juga mahukan seperti demikian”.

Hiruk-pikuk perjuangan Tuntutan Tanah Warisan Rampayan masih berlegar di kalangan pemimpin dan masyarakat daerah Kota Belud hingga kini. Anehnya, pemimpin-pemimpin yang dikaitkan telah mendiamkan diri seribu bahasa. Di mana tanggungjawab pemimpin-pemimpin tersebut?. Apakah mereka mahu, bila nasi sudah menjadi bubur. PRU13 akan melabuhkan tirainya sedikit masa lagi, akan menjadi parah jika tidak ditangani dengan cara berhikmah.

5 comments:

  1. Teruskan penulisan yg baik..Tahniah!

    ReplyDelete
  2. Kenapa perlu TTWR berhenti bila ditegur oleh seorang Pemimpin. Apakah perjuangan mereka mengikut telunjuk pemimpin tersebut? Walaupun mereka telah membuat berbagai bagi mempertahankan tanah tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa, mereka mesti terus berjuang bukan menunggu keputusan pihak berkuasa. Andainya keputusan tidak memihak mereka, sedang mereka sudah mendiamkan diri apakah akan terus berlaku? Aku sentiasa memerhati walau tidak pernah buat komen sebelum ini kerana aku juga kuturunan Rampayan.

    ReplyDelete
  3. walaupun ianya tanah kerajaan seperti kenyataan MP Kota Belud, yang anehnya begitu mudah sekali satu syarikat seperti Kinsa Mewah Sdn. Bhd. mendapatkan tanah seluas 1200 ekar, berbanding dengan penduduk tempatan yang dah memohon tanah berpuluh-puluh tahun yang lalu dan sehingga kini belum dapat geran, dan ada pemohon dah pun meninggal dunia, tapi geran belum keluar juga...Kinsa Mewah Sdn Bhd baru mohon boleh pula dapat geran dengan cepat...pelik bin ajaib....

    ReplyDelete
  4. sukar diramalkan.. jika DARD masih dikekalkan sebagai MP Kota Belud, apakah tiada sabotaj undi terhadapnya.. demikian juga, jika sekiranya dikalangan keluarga atau calon yang rapat dgn Srikandi TTWR Pn bahiwata atau beliau sendiri yg dicalonkan.. pasti akan berlaku sabotaj spt tersabotajnya DARD.. sukar ramal bukan?.. petanda baik buat pembangkang utk menguasai Parlimen KB.. tunggu dan lihat sahaja..

    ReplyDelete