Friday 20 July 2012

KERETA NASIONAL 'PROTON PREVE' TAK BERKUALITI..!! Sudahlah Mahal, Dimalukan Lagi

Kita kekadangnya terlalu bangga dengan apa yang kita perolehi, walhal tak sehebat mana pun. Sebagai rakyat yang cintakan negara ini, saya cukup bangga dengan sebahagian kejayaan Malaysia, terutama sekali penyertaan negara dalam industri automotif.

Sejak penubuhan Proton pada tahun 1985, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan industri automotif yang bersepadu merangkumi rekaan tempatan dan keupayaan rekabentuk, operasi pengeluaran berskala penuh dan penyertaan tempatan yang meluas dalam pembekalan komponen.

Kerajaan sebelum ini percaya bahawa, Dasar Automotif Nasional akan menjadi langkah utama dalam memacu transformasi sektor automotif tempatan kepada sektor yang mapan, kompetitif dan berdaya tahan, untuk faedah semua perserta industri, pengguna dan ekonomi Malaysia.

Namun akhirnya, kereta nasional 'Proton Preve' (Buatan Malaysia) yang dikatakan produk terbaik Proton setakat ini, telah dimalukan oleh rakyat Malaysia sendiri. Seorang mekanik di pusat servis Proton, dengan sendirinya mengakui bahwa produk keluaran baru 'Proton Preve' memang tidak berkualiti.

Sewaktu SR melayari laman sosial facebook, terbaca satu kenyataan yang sewajarnya diberikan perhatian oleh pihak Proton dan kerajaan Malaysia khususnya. Menurut Hazrul Syazwan, atas rasa tanggungjawabnya terhadap produk kebanggaan rakyat ini, beliau telah membuat tinjauan sendiri dan menceritakan keadaan sebenar.


SR sempat kongsikan kenyataan Hazrul Syazwan seperti berikut di bawah, untuk tatapan kita semua rakyat Malaysia:-

16hb Julai


Saya terlihat gambar ini (gambar di atas) yang dikongsi oleh seorang sahabat FB saya, maka saya rasa bertanggungjawab menceritakan apa yang saya sendiri tengok, perhati dan kecewa, sebab saya tidak mahu lebih ramai yang kecewa disebabkan pelaburan yang sangat merugikan. Kerana harga kereta ini agak mahal.

Ya, memang betul, benar dan tepat tanpa sebarang keraguan bahawa Proton Preve memang TIADA KUALITI. Kerana saya sendiri tengok ahli keluarga saya yang telah membelinya, tidak sampai seminggu, saya ulang, TIDAK SAMPAI SEMINGGU, minyak hitamnya bocor sehingga basah timing belt dan sangat2 berisiko tinggi jika kerosakan itu tidak dikesan lebih awal kerana jika timing belt yang dibasahi dengan minyak hitam itu putus ketika memandu maka pasti lebih banyak kerosakan teruk akan berlaku [ini menurut kata mekanik di pusat servis Proton sendiri].

Manakala, kepala gear tangan selalu tercabut, ianya plastik, dan SETELAH DIGANTI DENGAN YANG BARU, perkara sama tetap berulang, ianya masih tercabut walaupun kita sudah terlalu lembut menolaknya setiap kali menukar gear. Dan selepas memandu, untuk menukar kepada gear P sebelum enjin dimatikan, kerap kali tersekat, puas dicuba namun masih tidak berjaya, sehingga ada ketikanya perlu masuk ke gear Reverse dahulu dan menggerakkan kereta ke belakang sedikit, maka barulah gear boleh ditukar kepada Parking. Masalah gear ini sudah dirujuk ke pusat servis, namun tidak lama selepas itu ianya berulang semula.

Dan saya kenal sangat sikap pemilik kereta ini, ianya memang prihatin soal keretanya dan beliau seorang yang berhemah, namun ANDA PERLU INGAT, berhemah macam mana pun anda, jika anda diberi seekor kuda yang sudah tempang, lututnya bengkak, matanya buta sebelah dan bermacam masalah kesihatan yang lain, kuda itu tetap memberi anda banyak masalah, bukannya kepantasan dan kepuasan.
Oleh: Hazrul Syazwan

Manakala sebelum ini, menurut kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata nama baru model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A bermaksud bukti atau sudah terbukti kepada dunia bahawa PROTON mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.
“Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia. “Oleh itu, kami memilih nama PREVE, yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu selepas 27 tahun berada dalam industri automotif,” katanya ketika sidang media.
Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu kereta baru itu sejauh 156 kilometer. Syed Zainal Abidin berkata PREVE mampu menjana keuntungan yang lebih tinggi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi.

PROTON memberi perhatian terhadap ciri keselamatan termasuk mengukuhkan badan kereta, kelajuan dan penggunaan minyak, aksesori selain sistem pengendalian dalam membangunkan kereta global.

Sumber : Bernama Malaysia - April 4, 2012

Sumber lain yang boleh juga dijadikan rujukan KLIK => Preve Review? Enjin Bocor & GPS Rosak Selepas Sebulan? Apa Kata Pemilik Sebenar Proton Preve?

5 comments:

  1. Saya ada plan untuk beli kereta ni dan customise menggunakan parts parts kereta yang saya dapat dari http://ikutkiri.com. Tapi lepas baca, hmm macam tak je

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tak semua kereta proton tak bagus.

    ReplyDelete
  4. Improvement,improvement barulah boleh berjaya.ambil tindakan di atas complain pelanggan.kalau tanya 10 orang tentang kualiti proton cuma seorang je yang jawap ok lah.

    ReplyDelete
  5. Improvement,improvement barulah boleh berjaya.ambil tindakan di atas complain pelanggan.kalau tanya 10 orang tentang kualiti proton cuma seorang je yang jawap ok lah.

    ReplyDelete