Saturday 28 July 2012

Dicerca dan dihina hanya kerana tinggalkan UMNO : Janang Gayuh buat UMNO seperti 'Kera Kena Belacan'

Yang Dipertua (PBBS) Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, hampir di setiap sudut dilontarkan berbagai tohmahan buruk terhadap beliau. 'Janang Gayuh' dicerca, dimaki dan dihina sebegitu rupa oleh puak-puak UMNO hanya kerana tinggalkan UMNO/BN. Lajim dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat.

Puak-puak UMNO ini mendakwa, tindakan Lajim meninggalkan UMNO adalah satu tindakan paling biadap, jahat, kotor serta keji dan inilah tindakan yang paling tidak bermaruah serta beradab dalam sejarah politik tanahair yang dipamerkan oleh beliau sekaligus membuktikan bahawa beliaulah pembelot parti yang paling hina kalau mahu dibandingkan dengan beberapa nama sebelum ini. Kalau puak-puak UMNO memaki orang, hebat sungguh! sebab mereka di didik begitu.

Tohmahan itu ditimbulkan bilamana teka-teki yang selama ini menjadi tanda tanya kepada penyokong Lajim sendiri dan UMNO Barisan Nasional telah terjawab. Menurut maklumat yang diberikan, Lazim telah pun menghantar jemputan kepada rakan-rakan beliau untuk hadir ke 'Majlis Berbuka Puasa' di rumah kediamannya di Beaufort, Sabah. Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 Julai 2012.

Kenapa puak-puak UMNO begitu takut dan marah sangat dengan 'Janang Gayuh' yang keluar daripada UMNO..?? Puak ini juga yang sendirinya bagi jawaban bahawa, konon Lajim keluar daripada UMNO adalah kerana keyakinan beliau sendiri yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah dalam PRU13 nanti bukan sahaja di Sabah, malahan diseluruh Malaysia.

Puak-puak ini tak tahu dan faham agaknya, sebab telah dibutakan oleh gula-gula UMNO/BN yang perkara itu ada kebenaranya. UMNO dan Barisan Nasional ini akan kalah, takkan itu pun di bagitahu. Janang Gayuh Lajim ini lebih banyak tahu daripada puak-puak ini. Sejauh mana kekuatan UMNO/BN menghadapi PRU13?. Lajim tahulah sebab beliau adalah orang terpenting parti dalam kerajaan UMNO/BN sebelum ini. Faham sudah kamu wahai puak-puak UMNO?. Bangunlah kamu dari lamunan 'Najib Tepati Janji' yang kamu tatang seharian itu. Siapa Najib @ Rosmah, semua janji mereka itu adalah retorik semata-mata..


Puak-puak UMNO Barisan Nasional semacam tidak mahu menerima hakikat kekalahan pulak. Sekiranya mereka terima hakikat kekalahan, sudah tentu mereka memahami dasar-dasar dan perlembagaan negara ini yang mengamalkan demokrasi. Setiap rakyat ada hak dan pilihan sendiri, sekiranya mereka fikir Pakatan Rakyat itulah yang terbaik dan memang pun terbukti terbaik berbanding Barisan Nasional sebelum ini. Apa salahnya dan di mana silapnya mereka buat pilihan sendiri..?? Lima tahun saja, bukan lama pun. Tak elok tukar balik, bukan susah pun. Kalau berkira sangat dengan 5 tahun, cubalah bandingkan dengan 55 tahun UMNO memerintah Malaysia..??

Puak ini menganggap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional itu semacam Tuhan yang perlu di sujud serta di minta ampun dan maaf. Apakah Najib dan Musa Aman itu langsung tidak pernah melakukan dosa pada Tuhan yang mereka sembah dan tidak pernah bersalah terhadap setiap rakyat mereka pimpin..??
Cuba tuan-tuan baca kenyataan puak UMNO di bawah ini.. WOW!!! Betapa ceteknya mentaliti mereka sehinggakan Lajim diminta untuk sujud dan disuruh minta ampun kepada Najib dan Musa sekiranya ingin kembali kepada UMNO/BN yang akan rakyat kuburkan sedikit masa lagi. Satu sen yang Najib Razak dan Musa Aman makan itu adalah DUIT RAKYAT!!! Kalau bukan rakyat, siapa Najib dan Musa..?? Rakyat perlu bangkit sekarang dan, TUKARRR!!!.. 'Daripada Ketuanan Melayu Kepada Ketuanan Rakyat'.
 Surat Jemputan Majlis Janang Gayuh..

9 comments:

  1. Lajim ada mengatakan dia sedia dipecat, kan lebih baik Lajim kelaur saja dari UMNO, tak perlu tunggu dipecat.

    ReplyDelete
  2. Lajim ada hak kalau dia mahu meninggalkan UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara kita negara demokrasi. tiada halangan dan sekatan untuk keluar dari sesebuah parti.

      Delete
  3. UMNO/BN tidak perlu bergantung kepada Lajim untuk menang dalam PRU13 nanti. Yang penting, semua pemimpin telah melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala janji2x yang telah ditaburkan kepada rakyat haruslah ditunaikan sebelum PRU13 datang.

      Delete
  4. Memang berisiko jika mengambil sesuatu keputusan. harap Lajim tiada penyesalan di kemudian hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tindakan ada baik buruknya terserah la kalau mahu terima atau tidak.

      Delete
  5. Bagus juga la Lajim keluar, segala spekulasi pun sudah terjawab

    ReplyDelete
  6. Tidak apalah..Biarkan saja Lajim dengan hala tujunya selepas ini. Kata orang menyesal kemudian tiada guna sudah itu.

    ReplyDelete