There was an error in this gadget

Monday, 9 July 2012

Artikel Terhangat : Tabiat Rosmah Tak Pakai Tudung Di Dewan Rakyat

Layan beb..!! Sikap hipokrit pemimpin-pemimpin UMNO/BN akhirnya membawa padah dan malu kepada Najib Razak, Pedana Menteri Malaysia. Seterusnya, baca info di bawah ini... malas sudah nak ulas...

SHAH ALAM 9 Julai : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menempelak Adun Taman Templer, Datuk Seri Subahan Kamal berhubung isu wanita tanpa tudung.


Ia berikutan Adun BN mencetuskan isu pemimpin wanita Pakatan Rakyat yang bukan Islam tidak memakai tudung menyertai majlis senamrobik dalam kawasan masjid.

Subahan dan seorang lagi Adun BN mempertikai kenapa Pakatan membenarkan pemimpin itu tidak memakai tudung dalam kawasan masjid.

Azmin berkata, soal wanita bukan Islam tidak memakai tudung tidak berbangkit langsung kerana mereka bukan Islam.

“Yang perlu dipersoal oleh Adun BN adalah isteri Perdana Menteri yang beragama Islam dan tidak bertudung itu yang patut dipersoal dahulu,” kata Azmin mendapat tepukan meja bergemuruh dalam sidang itu hari ini..

1 comment:

  1. Isteri datuk sri subahan sendiri tak pakai tudung. Kalau nak suruh org pakai tudung, tengok isteri dan anak2 dulu woi datuk. Baru boleh cakap org lain...hampeh punye org islam...

    ReplyDelete