Sunday 8 July 2012

Artis Dianggap Sebagai Penghibur, Keluar Berjuang Menentang Kezaliman ISA

Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee telah menyampaikan mesej setiap karyanya dengan berani kepada masyarakat contonhya, Semerah Padi (hudud), Hang Tuah (Sultan yang zalim), Anakku Sazali (anak yang terlalu dimanjakan) dan berbagai lagi filem-filem beliau yang mempunyai mesej berbentuk pengajaran.

Seni yang diperjuangkan oleh TS P. Ramlee amat berbeza sekali dengan mesej yang di bawa atau disampaikan oleh karyawan-karyawan kita di kala ini. Kebanyakkan karyawan sekarang ini lebih mengutamakan keuntungan dan kekayaan dari menyampaikan mesej berbentuk pendidikan masyarakat. Namun jika kita perhatikan pun, filem-filem TS P. Ramlee juga yang tidak lapuk ditelan zaman, sampai sekarang masih lagi diminati oleh setiap lapisan masyarakat dari umur usia muda sehinggalah seusia tuanya.

Apa pun, perkembangan dunia artis sekarang sudah berubah wajah. Ada artis yang selama ini kita anggap hanya sebagai penghibur dilayar-layar perak dan pentas, kini telah mula mendekatkan diri mereka kepada masyarakat. Turun berjuang dan membela mana-mana masyarakat yang dizalimi, TAHNIAH!!

Terbaru, tiga orang artis terkenal antara sebilangan rakyat yang menyertai demontrasi untuk mendesak kerajaan UMNO BN membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting, hari ini.

Mereka ialah Arbaiyah Abdul Manan atau terkenal dengan nama Abby Abadi, Hairie Othman dan Man Raja Lawak, selain 200 lagi rakyat lain termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.

Bukankah ISA itu telah dimansuhkan..? Selanjutnya klik info di bawah ini..




Artis berhimpun di Kem Kamunting desak pembebasan tahanan ISA

PERAK 8 JULAI: Tiga artis terkenal antara sebilangan rakyat yang menyertai demontrasi mendesak kerajaan Umno BN membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting di sini, hari…
Jul 8 2012 / / Read More »

No comments:

Post a Comment