Sunday 4 March 2012

Shahrizat Pasrah – Najib Dilema!! Gugurkan atau Pertahankan?


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil telah menyerahkan nasibnya kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mengenai kedudukan beliau sebagai Senator yang dilantik pada 9 April 2009 lalu dan berakhir pada bulan depan.

Ketika ditemui oleh Bernama selepas majlis program kebajikan Rakyat 1Malaysia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini, dengan katanya. "Semuanya terpulang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri".

Mungkin, kenyataan Shahrizat itu sebagai maklum balas daripada laporan sebuah akhbar berbahasa Cina (Sin Chew) yang membuat spekulasi bahawa beliau berkemungkinan tidak dilantik semula sebagai senator apabila penggalnya berakhir pada 8 April ini.

Apapun sebarang tindakan yang diambil oleh Najib ke atas Shahrizat dengan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui oleh suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail, tentu saja akan mengundang berbagai polimek tentang kewibawaan Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Antara persoalan nanti yang akan ditimbulkan ialah, sekiranya Shahrizat digugurkan. Maka, jelaslah bahwa Najib telah silap mencatur kabinetnya selama ini. Dalam sejarah politik UMNO/BN, zaman Najiblah Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menang dalam pilihanraya dengan mendapat mandat majority rakyat tidak diberikan peranan dalam cabinet kerajaan Malaysia.

Justeru itu, Najib sudah tentu tidak dapat elakkan lagi fenomena ini. Sudah terang lagi bersuluh bahwa kerajaan beliau sekarang diterajui oleh sebahagian pemimpin-pemimpin yang bermasalah seperti yang didakwa sendiri sebelum ini oleh Shahrizat bahwa, bukan beliau sahaja yang bermasalah dalam kerajaan UMNO/BN. 

Dan, jika sekiranya Najib mempertahankan Sahrizat pula dalam kabinetnya, tentu sekali tindakan atau keputusan itu tidak akan disenangi oleh dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO/BN sendiri yang menganggap selama ini Shahrizat adalah liability UMNO/BN.

Nah!! Mana satukah yang Najib mahu pilih?.. Pertahankan Shahrizat ke, atau gugurkan saja Shahrizat dalam kabinetnya?..

3 comments:

  1. Najib kena buat keputusan yang terbaik berhubung hal syarizat.

    ReplyDelete
  2. Kita masih belum tahu benar atau tidak Sharizat terlibat atau tidak dalam kes ini. Mana tahu dia langsung tidak menyedari perkara ini.

    ReplyDelete
  3. secara jujur, saya lebih suka jika beliau digugurkan..

    ReplyDelete