Wednesday 29 February 2012

KERJA SYAITAN : Halal Haram Tak Kelihatan, Bila Islam Diletakkan Di Kandang Salah - Mejar Haji Ramli


Nota Ringkas SR, 'Menjejaki Mentaliti Seorang Tokoh'


MEDIA ADALAH WADAH DAKWAH

Mejar (Bersara) Haji Ramli Abdul Rahim suatu ketika dahulu semasa di universiti pernah berpolemik dengan Profesornya tentang saluran maklumat media TEHRAN TIMES. Persoalan beliau, apakah wajah TEHRAN TIMES semasa zaman Shah Iran dan zaman Ayatullah Khomini?. Dan, apakah kerja TEHRAN TIMES pengampu Shah Iran itu mengampu Ayatullah Khomini apabila tampuk pemerintahan Iran bertukar?. Pada pandangan akademik yang tidak mewakili mana-mana pihak atau parti, persoalan sinis itu beliau bangkitkan untuk mengajak masyarakat menoleh ke Putrajaya.

S
aya Ready beranggapan dan sempat mencatatkan sedikit 'nota ringkas' beberapa pandangan dan pendapat Mejar Haji Ramli Abdul Rahim di sini bahwa, beliau adalah seorang tokoh pejuang. SR dapat menjejaki mentaliti tokoh ini sewaktu tengah bersembang di laman social facebook kumpulan terbuka ‘JOM BELASAH MEDIA LONGKANG’ (JBML). SR ada mengajukan satu pertanyaan terhadapnya, apakah beliau menyokong JBML dan, media longkang tu siapa?. Beliau tidak menghampakan SR yang menunggu jawaban, dengan katanya;

“Ini bukan sokong atau tentang!
Borneo Menggugat yang melahirkan JOM BELASAH MEDIA LONGKANG, punya nawaitu untuk menarik audienns, saya di sini untuk berdakwah, ijazah saya adalah dalam mass communication, ini domain saya. Saya berdakwah untuk merubah wajah pemberitaan kepada yang lebih Islamik. Malaikat ada di kiri kanan kita sentiasa mencatat apa yang kita tulis apa yang kita lakukan dan kita semua akan diberi buku catatan itu sama ada dari tangan kanan atau kiri di depan Allah Robbul Jalil di Yaumil Mahsyar”.

Pada Mejar Haji Ramli, bukan caranya untuk mengutuk mana-mana pemimpin di Negara ini seperti Dato Seri Najib Razak, Tok Guru Nik Abdul Aziz, Dato Seri Anwar Ibrahim dan sebagainya, dakwahnya adalah umum dan juga tidak menyerang mana-mana parti politik di Negara ini. Ditambah lagi dengan rumah beliau berhampiran dengan Masjid yang selalu berjumpa dengan sahabat-sahabatnya dari ABIM. Menurut Mejar, beliau masih apolitical bukan UMNO ataupun PAS. Beliau berjuang atas landasan Islam, kerana politik maki hamun Allah SWT tak ajar, Rasululah SAW pun tak ajar, katanya lagi.

Mejar Haji Ramli juga ada mengingatkan bahwa, lebih sepuluh tahun lalu tentang isu tiga ratu cantik yang pernah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Allahyarham Mufti Selangor ketika itu dibelasah habis-habisan kerana mempertahankan tindakan JAIS. Mejar telah membangkitkan persoalan, siapakah yang jadi tukang belasah ketika itu dengan tindakan JAIS?. Beliau mendakwa. akhbar-akhbar tempatan ketika itu membela ratu-ratu cantik ini, ‘ITULAH AKHBAR LONGKANG YANG TAK KENAL HALAL DAN HARAM’. Bila Islam dikandang orang salah, halal haram tak nampak dan itulah juga kerja syaitan, tambahnya lagi.

Pendapat Mejar Haji Ramli, politik seharusnya kena ikut arus Islam dan di Islamkan, bukan Islam dipolitikkan. Pandangan beliau pula siapa yang akan ke Putrajaya selepas PRU Ke-13 nanti?. Mejar telah mengemukan jawaban surah Al-Imran [3:26], bahwa inilah jawaban beliau.

Allah telah berfirman - Al-Imran [3:26]

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” - Ali Imran [3:26].

Mungkin ada ramai rakyat di Negara ini yang tidak mengenali Mejar Haji Ramli Abdul Rahim. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membawa lebih 1,000 ahli kumpulan terbuka laman social facebook JBML. Menurut beliau, tujuannya sebenar menatang kumpulan terbuka berkenaan adalah untuk berdakwah. Semua akan mati, samaada tengah-tengah berseronok atau sedang berdukacita. Apabila sampai masa Malaikat Izrael datang menjalankan tugas, selamat tinggal duniaku, tambahnya lagi.

"Apabila mati anak Adam, putuslah amalannya, kecuali sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh" – hadis

Mejar Haji Ramli Abdul Rahim (Bersara) A.M.N. adalah bekas Pegawai Perhubungan Akhbar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kementerian Pertahanan. Mendapat pendidikan di Armed Forces Apprenctice Trade School Port Dickson dari 1969 hingga 1971. Selepas itu beliau mengikuti program di Pre-Officers Cadet Training Unit (PREOCTU) di Kem Sebatang Karah, Port Dickson pada 1972 sebelum meneruskan latihan di Maktab Tentera Diraja Sg. Besi Kuala Lumpur dan ditauliahkan sebagai pegawai pada 20 April 1973.

Pada tahun 1974 beliau telah dihantar berkursus di Texas dan mendapat Diploma of American English daripada Defense Language Institute, San Antonio, Texas sebelum meneruskan kursus ketenteraan di Tyndall Air Force Base, Tampa, Florida, Amerika Syarikat. Semasa di dalam perkhidmatan, beliau telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Komunikasi Massa dan di Universiti Malaya dalam bidang Kajian Strategik dan Pertahanan.

Selain daripada itu, beliau juga telah mengikuti kursus pegawai turus di Maktab Turus Angkatan Tentera di Haigate Kuala Lumpur. Semasa berkhdimat, Mejar Haji Ramli telah diberi kepercayaan untuk menjadi Editor Berita Udara (1981-1990), (1994-1995) dan (1997-1999). Beliau telah menjadi Editor Majalah Keselamatan TUDM (MKT) semasa ditugaskan di Inspektorat TUDM.

Mejar Haji Ramli pernah ditumpangkan kepada The New Straits Times Group pada 1993 untuk bertugas dengan akhbar The Malay Mail sebagai sebahagian daripada program internship. Beliau telah menulis buku yang berjodol ‘A Portrait of Military Aviation in Malaysia (1936-1990)” yang diterbitkan oleh Pustaka Cipta Sdn. Bhd. pada 1991.

Pada tahun 1998 buku beliau yang berjodol “Guarding the Sky” telah diterbitkan oleh Diwangsa Publications. Sajak-sajaknya telah diterbitkan bersama penyair Indonesia yang lain dalam antologi yang berjodol “Graffiti Gratitude” yang diterbitkan oleh Yayasan Media Sastra dengan kerjasama Penerbit ANGKASA Bandung, Indonesia pada 2001.

Mejar Haji Ramli adalah seorang penulis yang versatile, dan tulisan-tulisannya telah tersiar di dalam Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, majalah Ummi, Kancil, Gila-Gila, Dewan Kosmik, Pahlawan, Tamadun, Perajurit, Aniqah dan sajak-sajaknya mendapat tempat di majalah Dewan Sastera, Mastika, Sarina, Variasari, Wanita, akhbar-akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Zaman dan Watan.

Semenjak bersara pada tahun 2004, kerjaya Mejar Haji Ramli Abdul Rahim sekarang ialah, antaranya; sedang menulis sejarah militer di Siasah, mengajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, Pensyarah Tamu Asia E-University dalam subjek kepimpinan.

Difahamkan, Mejar Haji Ramli memiliki tiga orang cahayamata, seorang belajar hafiz di Al-Azhar, masih di Madinah dan seorang lagi di UIA sebagai penasihat undang-undang SUK Selangor, manakala yang bongsu semester akhir di UUM Sintok.

Kalam terakhir Mejar Haji Ramli yang dapat SR kongsi di sini ialah, “Islam tidak memperjuangkan bangsa, dalam kubur malaikat Mungkar Nangkir tak Tanya, APA BANGSA KAMU?. Proses dakwah dan tarbiyyah adalah berkesinambungan”.


SUMBER :
KLIK JBML


TIMBULKAN PERSOALAN PADA DIRI ANDA, BERAPA ORANGKAH YANG BERDAKWAH MENGGUNAKAN SUMBER MEDIA DI NEGARA INI?. MARILAH KITA LIHAT SUMBER MEDIA MUTAKHIR INI, TEPUK DADA TANYA IMAN..

5 comments:

  1. Media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat yang benar kepada orang ramai dan bukannya menyebarkan fitnah mahupun hasutan.

    ReplyDelete
  2. politik seharusnya kena ikut arus Islam dan di Islamkan, bukan Islam dipolitikkan.

    saya setuju!

    ReplyDelete
    Replies
    1. The race and religion card shouldn't be played for politics.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
  3. bila sampai keperingkat yang bersangkut paut dengan kepentingan peribadi, pemimpin2 politik ini akan lupa soal agama.. baik dalam BN mahupun pembangkang..

    ReplyDelete
  4. Religion shouldn't use for political leverage.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete