There was an error in this gadget

Friday, 9 March 2012

Kolot : Rahman Dahlan Dakwa Undi PAS Itu Rasuah Politik Besar Mengalahkan BR1M.

MP Kota Belud merangkap Setiausaha Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah menjelaskan mengenai komennya semasa program BICARA RAKYAT: POLITIK BARU ANTARA KEBENARAN DAN TANGGUNGJAWAB dengan mengatakan rasuah terbesar di negara ini ialah apabila pemimpin PAS menyatakan mengundi PAS akan masuk Syurga. Persoalan itu dibangkitkan semula oleh penganlisis politik, blogger Kelapa Mawar dalam laman sosial FCB beliau (KLIK).

Alasan Rahman, persoalan itu timbul ekoran daripada lanjutan pertanyaan penonton yang meminta penjelasan mengenai kenyataan pembangkang bahawa pemberian BR1M itu satu rasuah politik. Rahman memberikan jawaban mengatakan bahwa, kalau nak bercakap pasal rasuah politik, yang terbesar sekali ialah memberi jaminan syurga kepada orang yang mengundi PAS. Itu rasuah politik besar mengalahkan BR1M.

Rahman Dahlan tidak dapat membezakan antara memberi rasuah politik dengan memberi imbuhan seperti BR1M, dan mengajak manusia ke jalan Allah menuju ke syurga sebagai ganjaran yang sudah Allah s.w.t. janjikan. Apakah mengajak manusia ke jalan Allah itu satu rasuah?. Dan, apakah Rahman Dahlan tidak tahu bahwa memberi rasuah itu haram dan paling Allah s.w.t. benci?. Rahman Dahlan sebenarnya terikut-ikut rentak dengan kenyataan puak-puak UMNO lain yang mengatakan konon TG Nik Aziz mengatakan kalau undi PAS masuk syurga, tanpa mendalami makna yang tersirat dari kenyataan Mursyidul Am PAS itu. Kalau kita tanya soalan kepada Rahman Dahlan, bolehkah Allah s.w.t. itu dirasuah?.

Sedangkan sebelum penjelasan Rahman Dahlan di atas, Pengarah SIRIM Sabah Tuan Haji Khairan telah pun menjelaskannya lebih awal tentang kenyataan TG Nik Aziz  tersebut. Pada pandangan Tuan Haji Khairan mengenai perkara itu, memang ada terdapat pemimpin PAS menyatakan bahawa kalau mengundi PAS boleh masuk syurga. Tetapi syarat-syarat tertentu bukan semata-mata undi PAS terus masuk syurga. Perkataan undi PAS boleh masuk syurga disalah tafsirkan untuk tujuan-tujuan tertentu, katanya.

Menurut Haji Khairan, apa yang menjadi kemusykilan di sini ialah petikan perkataan 'kalau mengundi PAS boleh masuk syurga', tetapi ayat sebelum dan selepas tidak diungkapkan dengan jelas oleh orang yang mendakwa sedemikian. Haji Khairan memohon Rahman Dahlan rujuk semula ceramah-ceramah Mursyidul Am PAS itu dan memperhalusi semua ungkapannya.

Namun demikian, Haji Khairan tidak menafikan bahwa pemimpin tertinggi PAS itu memang ada menyatakan, sekiranya seseorg itu mengundi PAS dengan niat mendaulatkan Islam dan selepas itu tidak melakukan sebarang dosa. InsyaAllah katanya, ia boleh menjadi pasport ke syurga. Syarat-syarat inilah yang selalunya dipadamkan maka jadilah momokan dan ejekan oleh orang-orang tertentu 'kalau undi PAS masuk syurga', tambah beliau.

Menurut Haji Khairan lagi, pemimpin-pemimpin PAS ketika ini adalah terdiri dari golongan ilmuan agama, apabila mereka mengeluarkan perkataan, mereka mempunyai sandaran sama ada dari Al Quran, Hadith Nabi s.a.w. atau pun Ijma' Ulama. Bukan sebarangan melepaskan fatwa tanpa rujukan.


19 comments:

  1. Salam sdr Saya ready..ma kasih kerana turut sama menjadikan isu ini sebagai isu penting di KB menjelang PRU 13. semoga segala penerangan dan pandangan dari rakan2 yang lain terutama dalam FCB akan memberikan kita satu pendangan baru mengenai perjuangan mendaulatkan Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam sdr KM.. ini adalah amanah dan tngjwb kita semua umat islam.. mempertahankan agama suci ini, yakni islam agama Allah swt.. apa lg org bukan islam yakin dan percaya tentang kesyumulan islam.. org islam sendiri pun sudah mempertikaikan kesucian al-Quran dan kesucian islam.. akhir zaman sdr..

      Delete
  2. hi,

    Apa benar ia boleh menjadi 'passport' ke syurga.. Adakah manusia boleh memberi passport ke syurga dengan criteria2 yang dinyatakan tu.. saya pun pernah dengar "siapa undi PAS boleh masuk syurga" kenyataan tu benar2 mengelirukan, boleh menimbulkan salah faham. Rasanya tu rasuah terbesar yang dilakukan oleh PAS seperti yang dinyatakan oleh MP KB

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la kamu dngr, tp tidak fhm maksudnya.. itu pun dngr sekerat2.. dan saya lihat pun, sdr ini memang kurang pemahaman.. baca balik apa maksud 'passport' ke syurga itu.. katanya di situ, mendaulatkan Islam dan selepas itu tidak melakukan sebarang dosa.. ertinya semua perintah Allah dipatuhi, dan semua larangan Allah ditinggalkan.. ada faham ka ini?.. jika kamu pun buat perkara itu sdr, insyaAllah! itulah passport kamu ke syurga..

      Delete
  3. All the best to the elections in Kota Belud, hopefully the KB leaders can be prepared to face the next GE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdr GS.. itulah cara persediaan Rahman Dahlan menghadapi GE..

      Delete
  4. sebagaimana kenyataan "undi PAS masuk syurga" kononnya tidak didalami oleh pihak tertentu dan disalahtafsir oleh pihak tertentu, begitu jugalah halnya dengan BR1M ini.. ianya gagal didalami dan gagal ditafsir sehingga ada pihak yang mengatakan bantuan untuk membantu rakyat susah itu adalah rasuah..

    ReplyDelete
  5. dalam program 100 hari Pakatan yang terkandung dalam buku jingga, ada dinyatakan bahawa mereka akan menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.. kenapa itu tidak diklasifikasikan sebagai rasuah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. rebirth.. klu ini yg DARD kata, rasanya tak timbul la polimek itu.. syurga itu urusan Allah swt, bukan urusan manusia.. apa hal DARD main lepas saja, 'undi PAS masuk syurga' itu rasuah..sepatutnya dia selidik dulu kenyataan TGNA sedlm2nya..

      Delete
  6. ketika PRU 2008, Pakatan ada menjanjikan perkara2 seperti berikut di Selangor dan Pulau Pinang:

    - Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
    - Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pusat asuhan.
    - Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah.
    - Memberi bantuan kepada anak muda untuk berkahwin.
    -Menyediakan perubatan percuma untuk warga berumur 65 tahun ke atas.
    - Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga anak-anak sepenuh masa.
    - Memberi bonus RM6,000 setahun kepada keluarga bergaji kurang RM6,000 sebulan.

    janji terkini:

    - Memberi jaminan keluarga di negara ini akan menerima gaji RM4,000 sebulan.
    - Warga emas akan menerima RM1,000 sebulan.
    - Menaikkan imbuhan kepada guru RM500 sebulan.

    sebagaimana tohmahan dilemparkan terhadap Bantuan Rakyat 1Malaysia oleh pemimpin2 Pakatan, begitu juga tohmahan saya terhadap janji2 berbentuk kewangan($$$) Pakatan seperti diatas.. bukankah ianya SAMA??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak hairanlah janji2 seperti ini dibuat untuk mempengaruhi dan mendapatkan sokongan rakyat. mana2 pihak pun boleh mengatakan perkara seperti ini sebagai rasuah. semuanya bergantung pada penilaian individu.

      Delete
  7. Ada2 saja yang timbul ni. hhmm, harap2 rakyat tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak dan pastikan kita buat pilihan yang tepat.

    ReplyDelete
  8. Sebaiknya janganlah politik dikaitkan dengan agama bagi mengelakkan sebarang salah faham timbul.

    ReplyDelete
  9. BR1M bukanlah rasuah, ia adalah wang bantuan. segala aktiviti rasuah harus dibendung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The government has clearly stated that BR1M is to aid only to those who fulfil the requirement. It the government’s responsibility to take care of the people’s welfare.

      Delete
    2. Asal memenuhi syarat kelayakan, tidak kira menyokong kerajaan ataupun sebaliknya individu pasti akan menerima bantuan ini. Ini membuktikan ia bukannya rasuah tapi sebaliknya keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan.

      Delete
  10. Betul juga..Tidak pula aku terfikir mengenai perkara ini. Tapi macammana mahu masuk syurga kalau penduduk Kelantan sendiri banyak kes jenayah dan maksiat. Walaupun sokong PAS sekalipun namun kalau kelalukan penduduk begitu syurga tidak akan menerima pun.

    ReplyDelete
  11. Rasuah Besar PAS dari BR1M..Iaitu menjanjikan Syurga.. Undi PAS kompom masuk syurga..Tidak pasti syurga yang dimaksudkan oleh PAS sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi syurga lain ke, selain dr syurga Allah swt?..

      Delete