There was an error in this gadget

Thursday, 8 March 2012

Ko-Nelayan dan Agensi Lain Hidup Segan Mati Tak Mahu, Sejak Wujudnya LKIM di Sabah

Mari kita rungkai bersama, di manakah silapnya aduan nelayan Beluran ini sehingga meminta Wakil Rakyat mereka Datuk Ronald Kiandee campur tangan.

  • Jaini Ating (Nelayan) : Salam perjuangan DRK (Datuk Ronald kiandee). Seperkara yang ingin saya kongsikan tapi bukan publisiti. Keluhan rakyat dari warga nelayan Beluran untuk perhatian dan tindakan DRK sebagai wakil kami di akar umbi ini. Masaalah saya di pihak kami telah membuat permohonan Dana Transformasi Nelayan (bot fiver engine dalam) permohonan itu bermula 2009 dan telah di luluskan oleh LKIM 2010. LKIM melantik anak syarikat LKIM iaitu MEMS yang berpengkalan di Slipway Kuantan Pahang sebagai pelaksana membuat bot tersebut. Agrement litter telah dibuat pada tahun 2010 antara PNK dengan MEMS dan bayaran telah pun dilunaskan penuh sejumlah RM280,000. Tapi, hingga ke hari ini baying-bayang BOT TN tidak nampak-nampak kemunculannya. Kerajaan melaung- laungkan penghijraan nelayan tradisional ke nelayan moden, 5 tahun yang lalu. Nampak-nampaknya nelayan hampir hilang minat kerana penghijraan itu menelan waktu yang amat berabad (panjang) lamanya sehingga penantian kami ada nelayan yang tidak sempat merasa. Apa itu hijrah?. Tolonglah Datuk panjangkan masaalah ini di pihak Kementerian berkenaan”.     Info - Klik Kumpulan Terbuka FCB Ronald Kiandee
Bila kita perhatikan dasar tranformasi yang diwar-warkan itu, ia amat baik sekali dan boleh melangsaikan kemelut kemiskinan nelayan. Program Bot Transformasi Nelayan merupakan program penghijrahan nelayan kecil- kecilan / tradisional kepada nelayan moden dan komersial ataupun penghijrahan nelayan miskin yang hanya mengharapkan bantuan kerajaan secara berterusan kepada nelayan yang berdikari dan berdaya maju.

Pada 31 Mei 2010 lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah melancarkan Perasmian Bot Transformasi di Mini Kompleks Pemasaran Ikan Persatuan Nelayan Kawasan Papar Kampung Laut, Papar, Sabah. Objektif program ini adalah untuk menjadikan sektor perikanan pantai, satu sektor ekonomi yang produktif, berdaya saing, menarik dan menguntungkan melalui pengurusan yang lestari.

Bagi mencapai objektif tersebut, beberapa kaedah pelaksanaan diperkenalkan. Antaranya, mengurangkan bilangan vesel yang tidak produktif, menggantikan vesel kayu yang dilupuskan dan diganti dengan vesel FRP, memperkayakan sumber perikanan di dalam perairan 12 batu nautika, mengamalkan ‘target fishing’ di Ladang Ikan Di Laut dan memberi bantuan pinjaman modal melalui Dana Nelayan kepada pemilik vessel yang berminat untuk bergabung bagi mengusahakan satu vesel.

Kerajaan telah memperuntukan DANA Nelayan sebanyak RM3.718 juta. Bilangan nelayan yang diberikan peruntukkan ialah seramai 94 orang nelayan yang telah dibahagikan kepada 33 buah kumpulan. Di sabah sahaja bagi tahun 2008-2010, 30 orang nelayan telah menjadi sasaran utama transformasi ini dan kerajaan telah meluluskan dana kepada 21 nelayan, manakala 9 lagi adalah sasaran tambahan.

Agensi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan dasar berkenaan diletakkan di bahu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Piagam Pelanggan LKIM ialah memberi kelulusan Permohonan Peruntukan Pembangunan yang dikemukakan oleh Persatuan Nelayan dalam tempoh 14 hari bekerja dan menyelesaikan semua aduan dan masalah daripada nelayan dan Persatuan Nelayan dalam tempoh 3 hari bekerja.

Bukan itu sahaja, malah LKIM memberi kelulusan Permohonan Pinjaman Dana Nelayan yang dikemukakan oleh nelayan dan Persatuan Nelayan dalam tempoh 30 hari bekerja serta mempastikan semua peruntukan pembangunan dibelanjakan pada tahun berkenaan. LINK - LKIM

Satu piagam yang baik, tapi kenapa isu di atas itu timbul lagi?. Atau betullah persepsi masyarakat Sabah, sejak kewujudan LKIM di negeri ini semua peranan dan fungsi agensi negeri seperti Kementerian, Jabatan Perikanan dan Ko-Nelayan seolah-olah hidup segan, mati tak mahu.

5 comments:

  1. Farmers and fishers who are willing to be independent should be give due support, they should be encouraged.

    ReplyDelete
  2. Government agencies should take actions fairly to all applicants in these sort of programs.

    ReplyDelete
  3. setiap agensi mempunyai peranan mereka masing2.

    ReplyDelete
  4. Sebainya semua agensi yang berkaitan supaya berkerjasama dalam membantu hal rakyat.

    ReplyDelete
  5. baik mansuhkan agensi yang lain jika tidak diperlukan.. atau digabungkan menjadi satu agensi yang lebih besar..

    ReplyDelete