There was an error in this gadget

Saturday, 17 March 2012

Borneo Menggugat : Najib Anti dan Bertopengkan Demokrasi berfahaman Monarki

DS Najib Tun Razak sekali lagi menipu rakyat dengan mengingatkan mereka supaya tidak menggadai masa depan menyokong pembangkang. Kenyataan ini dipetik dari laporan Bernama media pro BN yang jelas membuktikan bahwa beliau sendiri adalah anti demokrasi. Najib seolah-olah lupa bahwa Barisan Nasional juga adalah pembangkang di negeri-negeri terajuan Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Penang, Selangor dan Kedah.

Najib keluar temberangnya dengan berkata, kononnya BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan yang mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan. Kalau benarlah kenyataan Najib itu, apa hal Sabah dan Kelantan negeri yang kaya dengan penghasilan emas hitamnya dilautan boleh melahirkan lagi rakyat termiskin di Malaysia jika Negara diurus tadbir dengan cekap dan berkesan?.
  
Najib berkata lagi, "Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik. Sehari dua ini pun sudah nampak bercelaru. Jadi tak usah dengar kalau mereka (pembangkang) datang. Dengar, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri". Lawak tahap gaban Najib.

Najib yang membuat lawatan kerja sehari ke Perak itu, negeri (Kerajaan TKO) kelahiran pemimpin katak berkata, kerajaannya dapat mengurangkan jumlah hutang dan menambah hasil negara, meskipun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat. Dari mana pula Najib dapat duit itu dengan begitu banyak, mengatakan dapat mengurangkan jumlah hutang malah dapat lagi menambah hasil Negara?. SR berpendapat, duit itu datangnya dari hasil kutipan daripada rakyat, zakat dan sebagainya. Cukai sana cukai sini, naik sana naik sini. Akhirnya rakyat yang merana diri, padan muka rakyat.
  
Sehubungan itu Najib mengakui dengan katanya, inilah sebab kita dapat mengurus tadbir negara dengan baik, menguruskan perjalanan ekonomi negara dengan cekap. Menentukan ekonomi negara dapat terus berkembang, hasil negara bertambah, apabila kita capai kejayaan sedemikian kita pulangkan hasil kekayaan itu balik kepada rakyat. Berapalah rakyat dapat, dan pemimpin-pemimpin UMNO dapat berapa pulak?. Dana 250juta yang diberikan kepada suami Shahrizat itu adalah duit rakyat, Najib jangan cakap temberang.

"Adakah itu menjadi kita sebagai kerajaan tidak bertanggungjawab? Tentunya jika kita kembalikan hasil negara kepada rakyat, ianya bermakna kerajaan mendahulukan rakyat. Seperti mana yang saya janjikan selama ini (dimana) selama tiga tahun gagasan tersebut (1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan) kita praktikkan," katanya. Rakyat dapat 500ringgit pemimpin songlap 250juta, belum lagi masuk majlis tunang sana majlis kahwin sini. Betullah slogan itu, kaburkan mata rakyat dahulu.
  
Najib menambah lagi, jika pembangkang menuduh kerajaan BN tidak bertanggungjawab, tuduhan itu tidak benar. Sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab adalah kerajaan yang menghabiskan wang negara, dan pada masa menambah hutang negara semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Pembangkang ada bukti, kata itu tuduhan lagi?. Najib! Najib..
  
Terakhir sekali menurut sumber ini, Najib berkata "Sudah nak dekat pilihan raya, kita baru nak beri bantuan semata-mata nak dapatkan undi tanpa uruskan ekonomi negara dengan baik. Itu namanya kerajaan tidak bertanggungjawab dan tidak fikir masa depan negara". Inilah lawak Najib paling kelakar sekali dalam 1Malaysia dari merdeka sampai sekarang.

Atau, betullah sepertimana dakwaan Borneo Menggugat, pengamal laman social FCB dalam ruangan ‘Jom Belasah Media Longkang’ dengan mengatakan, Najib adalah ANTI DEMOKRASI DAN PENGANUT FAHAMAN MONARKI YANG BERTOPENGKAN DEMOKRASI. Sumber KLIK


8 comments:


  1. We are making Sabah not just a gateway for trade, investment and tourism but a modern, vibrant, prosperous and harmonious place to live. ”


    Prime Minister Najib Razak speaking at the open day of the Sabah Development Corridor in Kota Kinabalu on February 16.
    Malaysia boleh ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami di sabah x mahu kenyataan itu hanya keluar bila tiba dekat2 pilihanraya sahaja.. selama terajui negeri ini, kenapa tak fikir benda itu semua?.. bila sudah hampir nazak baru terdetik diminda dia, sabah dijadikan pintu perdagangan, pelaburan dan pelancongan yg moden?.. semua itu janji kosong dan umpan naib yg kami x mahu mkn sudah.. knapa sabah jd negeri termiskin d msia walau negeri kaya dr hasil buminya?.. dan, knapa juga najib tak berani tubuhkan RCI dan naikkan royati dr 5% ke 20% di sabah..

      Delete
  2. hoped the people of Sabah would not be easily duped by the opposition’s promises. Opposition good at talking and making empty promises but not in following up and acting on those promises.

    ReplyDelete
  3. penduduk Sabah pasti bijak dalam membuat penilaian akan semua janji yang ditaburkam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. This GE-13, Sabahans must make the right choice when it comes to casting their votes.

      http://readysaya.blogspot.com/2012/03/borneo-mengugat-najib-anti-dan.html

      Delete
  4. Pandai fikir, pandai nilai dan pandai pilih..Jadi lakukan semua itu dengan mengkajinya terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  5. jika pembangkang memerintah negara ini, adakah semua cukai akan dihapuskan? mampukah mereka memberikan pendidikan percuma kepada semua pelajar? mampukan mereka menghapuska sistem tol? mampukah mereka menaikkan subsidi minyak dan barang2 keperluan asas? mampukah mereka menaikkan royalti di semua negeri2 pengeluar minyak?? dan dalam masa yang sama, mampukah mereka membangunkan negara ini?? dari mana pula mereka dapat dana begitu banyak?? IMF? kuasa besar asing?

    ReplyDelete
  6. The choice is still in the hands of the voters, no matter what was said, the people will cast their votes during the next GE to the party that most deserves it.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete