Tuesday 21 February 2012

Rahman Dahlan Pertikaikan Penjualan Tanah di Bayan Mutiara, Pulau Pinang : Isu Tanah di Sabah Bagaimana?

Setiausaha Perhubungan Barisan Nasional Sabah juga MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman telah mendakwa bahawa penjualan tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara di Pulau Pinang dengan harga RM1.1 bilion tidak dilakukan secara tender terbuka berjaya ditunaikan berdasarkan daripada maklumat laman web pemilik tanah berkenaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), tarikh tutup tender adalah 31 Disember 2010.

Antara dakwaan Abdul Rahman Dahlan dan Zainal Abidin Osman ialah kononnya, tiada tender terbuka; harga penjualan dijual kepada pemaju swasta adalah 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM420 kaki persegi; dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah memandang rendah kepada rakyat tempatan dengan melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding untuk projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di Batu Kawan.

Ekoran daripada dakwaan tersebut, lantas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mencabar Zainal Abidin dan Datuk Abdul Rahman Dahlan agar berundur dari politik jika gagal membuktikan penjualan tanah di Bayan Mutiara tidak dilakukan secara tender terbuka. Beliau juga sedia untuk berundur diri daripada area politik sekiranya bukti-bukti tersebut dapat dikemukakan.

Pada 18 February 2012 lalu, syarikat Ivory Properties Group Bhd (IPGB) telah mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan dan menjelaskan bahawa ia telah memperolehi tanah 41.5 hektar di Bayan Mutiara, Pulau Pinang melalui sistem tender terbuka yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Kerajaan negeri Pulau Pinang kesal dengan tindakan UMNO yang cuba memainkan isu perkauman dalam perkara ini dengan menyoal mengapa rakyat tempatan tidak boleh melakukan kerja tersebut sebaliknya memilih Singapura. UMNO memainkan sentimen anti-Singapura bukan sahaja provokasi perkauman tetapi juga double-standards kerana apabila Singapura datang ke Iskandar, Johor tiada masalah, tetapi tidak boleh pula di Pulau Pinang.

Guan Eng mendakwa bahwa, taktik ekstrem sedemikian oleh UMNO tidak berkesan di Pulau Pinang kerana rakyat Pulau Pinang menyokong usaha ikhlas Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menyediakan rumah mampu milik terbaik untuk golongan miskin di Malaysia, ujarnya lagi.

Apa yang pelik bin ajaib di sini bagi SR ialah, kenapa Rahman Dahlan beria-ia sangat mempertahankan penjualan tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara, Pulau Pinang. Apakah beliau tidak sedar dengan pejualan pulau-pulau di Sabah dan pengambilan tanah komunal masyarakat kampung yang melanda rakyat Sabah masa kini, yang kian dibaham oleh syarikat-syarikat kroni pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional?.

Info dari Anak Sungai Derhaka KLIK DI SINI

17 comments:

  1. Datuk Rahman Dahlan should give more attention to local land issues before spending time on what does not concern us.

    ReplyDelete
  2. Let Penang handle their own affairs and Sabahans handle our own.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang bilang jaga tepi kain sendiri sebelum nak sibuk jaga tepi kain orang lain.

      Delete
  3. Green Sabah, SR setuju dgn kamu..

    ReplyDelete
  4. DRD shouldn't be concern about other states. He should be focusing on sabah's matter.

    ReplyDelete
  5. mmg Rahman harus utamakan isu2 di kawasannya, tapi tak salah juga jika dia ambil berat akan keadaan di kawasan lain. asalkan ia tak menjejaskan tugasnya.

    ReplyDelete
  6. MP2 dari kawasan lain pun byk juga ambil sibuk dgn keadaan di Sabah.

    ReplyDelete
  7. MP Kota Belud tidak salah ambil perhatian hal org lain, mungkin itu tngjwbnya sbg wakil rakyat.. mslhnya di sini, hal tanah di daerahnya sndiri pun belum selesai.. seharusnya dia mewakili rakyatnya selesaikan perkara tersebut.. kenapa beliau membisu sehingga sekrg, tidak bertindak?..

    ReplyDelete
  8. memang patut beliau mempertikaikan penjualan tanah di Pulau Pinang.. LKS pun pernah mempertikaikan projek Tambatuan KB.. jadi kira adil la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saling berbalas lah kiranya ni kan..

      Delete
  9. mana adil hanya PR saja yang boleh pertikaikan kawasan BN, BN pula tidak berhak pertikaikan kawasan PR.. untuk apa kita adakan pertukaran kerajaan jika yang bakal mengambil alih kerajaan itu melakukan tindakan yang sama??

    ReplyDelete
  10. Baguslah kalau sudah nampak di Pulau pinang sendiri pun masalah tanah ini berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya mana-mana negeri pun ada masalah tanah.

      Delete
  11. Tidak ada salahnya jika DARD mempertikaikan mengenai perkara ini. Kenapa orang lain boleh buat kenapa beliau tidak pula.

    ReplyDelete
  12. saya pun setuju DARD pertikaikan hal org lain, tp beliau kena la gentle man hadapi cabaran org lain yg dia pertikaikan itu.. beranikah DARD letak jwtan sptmana Guan Eng lakukan?.. jgn kasih malu org sabah..

    mslh DARD ini, dia x berani hadapi realiti.. berkali2 juga SR keluarkan artikel dlm blog ini mengenai mslh tanah Rampayan agar beliau dpt jelaskan kpd msyrkt kg berkenaan yg terlibat, sampai skrg beliau membisu xda jwban n tindakan.. apa motif beliau sebenarnya?..

    ReplyDelete