There was an error in this gadget

Friday, 10 February 2012

Najib Terlajak Lakukan Perbuatan Syirik : Mufti Perak Tan Sri Harussani

Mufti Perak Tan Sri Harussani, dalam satu kenyataannya di The Malaysian Insider hari ini melahirkan rasa terkilan dengan sikap Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Harussani berpendapat, sepatutnya Najib wakilkan sahaja menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya, kerana umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain. Harussani rasa heran, mengapa boleh jadi macam ini sehinggakan Najib terlajak melakukan perbuatan syirik.

Menurut sumber ini lagi Harussani juga dengan tegas berkata, walaupun sudah banyak kali ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah. Perkara ini serius kerana ianya masalah akidah, dan terpulang kepada Najib kalau tidak mahu mendengarnya. Harussani menambah, tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

The Malaysian Insider dalam laporannya, Najib pada 7 Februari lalu telah menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isterinya Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

Sekiranya kenyataan dan teguran Mufti Perak Tan Sri Harussani ini benar-benar berlaku, seperti yang dilaporkan oleh TMI. Maka itu, SR bolehlah mengandaikan bahwa perbuatan Najib dan isterinya Rosmah Mansor itu telah melanggar nilai dan ciri-ciri seorang pemimpin Islam yang berdiri di atas tiket bangsa Melayu.

SR rasakan, teguran Harussani ini adalah ikhlas. Beliau tidak mahu melihat Perdana Menteri Malaysia yang beragama Islam berbangsa Melayu sanggup menggadaikan akidahnya, demi kepentingan politik untuk meraih sokongan masyarakat India..

13 comments:

  1. I believe Najib was there only as an observer and did not participate in the rituals.

    ReplyDelete
  2. Beliau tidak mahu melihat Perdana Menteri Malaysia yang beragama Islam berbangsa Melayu sanggup menggadaikan akidahnya, demi kepentingan politik untuk meraih sokongan masyarakat India..

    Najib has been attending this festival for the past three years. So can you justify your statement above?

    ReplyDelete
  3. Maybe Najib wanted to uphold the 1 Malaysia spirit, he is walking the talk to promote racial harmony.

    ReplyDelete
  4. A friend once told me that it is ok to attend but not participate in any of the religious rituals. It could be that we have a different view about it in Sabah compare to West Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Sebagai seorg mufti yg dikhaskan menjaga kesucian agama islam, teguran seumpama itu adalah sebahagian tugas beliau utk menjaga kepentingan agama Islam dan akidah umat islam. Perkara ini serius kerana ianya masalah akidah dan harussani pun ada mengatakan, terpulanglah kepada Najib kalau tidak mahu mendengarnya. Harussani juga ada menyarankan, tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tersebut tetapi bukan dlm upacara keagamaan. Ini pandangan seorg ulamak.. tq

    ReplyDelete
  6. Setiap yang mempunyai tanggungjawab ada peranan masing2. buat terbaik terhadap tanggungjawab peranan tersebut yang lain biar rakyat saja yang menilai. Kalau hati berniat baik, maka penilaian positif begitu juga sebaliknya.

    U Say Bah, I Say Bah. Sabah Bah......

    ReplyDelete
  7. Najid hnya menghadiri upacara tersebut, tapi tidak terlibat dalam aktiviti dan ritual yang diadakan. jadi hal ni tak perlu nak dijadikan isu, apapun segala teguran kena juga diterima.

    ReplyDelete
  8. Ramaikan bergaul dengan kawan dari segala suku kaum dan agama baru tidak macam katak di dalam kaca. Pasal Akidah tu, tidak la saya paham sangat. Tapi ada juga saudara mara yang beragama Islam tidak juga sombong menghadir majlis kenduri di rumah biar pun ada sembanyang. Tidak la join dalam tu sembayang. Pada pendapat saya, yang penting tu niat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di WM memang jauh beza dengan EM. tidak hairan bila datang ke Sabah ada yang begitu sombong dan rasa jijik untuk bergaul dengan orang yang tidak seagama dan satu kaum dengan mereka.

      Delete
  9. saya rasa Najib hadir bersama2 menyambut perayaan tu sebagai memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin. tidak perlu diperbesarkan isu ni.

    ReplyDelete
  10. Jika Najib hanya hadir untuk melihat upacara tersebut tetapi tidak terlibat dalam acara ritual, adakah ianya juga salah?

    ReplyDelete
  11. Rasanya tidak ada salahnya kita melawat dan melihat sendiri cara agama orang lain. Yang penting niat kita itu yang perlu dinilai bukannya luaran. Tidak perlulah cuba untuk menjadi Alim dalam politik. Kalau niat untuk mendekati rakyat, maka tidak ada salahnya. Kita sendiri sudah diajar, niat baik akan dikira pahalanya dan berniat jahat ditidak dikira pahalanya selagi kita tidak melakukannya.

    ReplyDelete
  12. adakah beliau turut serta dalam upacara keagamaan itu? atau sekadar hadir melihat sendiri bagaimana upacara itu berlangsung??

    ReplyDelete