There was an error in this gadget

Friday, 24 February 2012

Isu Keganasaan di Syria, PR Pertikaikan Tindakan Kerajaan Malaysia Berdiam Diri

Apakah Kerajaan Malaysia menyokong keganasan di Syria?




Pada 10 February 2012 yang lalu, Pakatan Rakyat telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Syria mendesak agar menghentikan segera keganasan serta menyeru Presiden Bashar meletak jawatan. Malaysia adalah salah sebuah negara yang turut berada dalam gabungan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), sewajarnya membuat desakan itu agar diadakan persidangan khas bagi membincangkan keganasan tersebut.

Namun demikian, Kerajaan UMNO/BN menyatakan pendirian bahwa kerajaan Malaysia berhubung isu yang berlaku di Syiria adalah tanggungjawab rakyat Syiria sendiri dalam memastikan kesejahteraan dan kestabilan negara mereka. Kenyataan ini disuarakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn pada 22 Februari 2012 lalu kepada Duta Syria, Dr. Mohamad Khafif semasa dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia.

Justeru itu, Syria mengangumi pendirian UMNO sebagai sebuah parti politik yang mantap dalam menyatakan pendirian menolak sebarang campurtangan luar dan tidak menerima hakikat berkaitan unsur-unsur luar dalam usaha memporak-perandakan sesebuah negara. Apakah peranan Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)?.

Wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa juga turut sama menjadi mangsa dalam isu keganasan yang melanda negara Syria ketika ini. Pandang dan rasailah dengan panca indera, serta hayati dengan seadil-adilnya dunia akhir zaman yang mana manusia itu melihat dunia ini sebagai syurga bagi mereka yang tamak.


Sumber : harakahdaily dan umno-onlineumno-online

12 comments:

  1. According to its charter, the OIC aims to preserve Islamic social and economic values; promote solidarity amongst member states; increase cooperation in social, economic, cultural, scientific, and political areas; uphold international peace and security; and advance education, particularly in the fields of science and technology.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Based on what drako drakonius posted, I believe the status quo is merely complying the the OIC charter.

      Delete
  2. moga pergolakan di Syria akan selesai. utamakan keamanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tidak penatkah hari-hari mahu berperang?

      Delete
  3. tngjwb sesama umat islam membantu umat islam lain yg teraniaya.. wanita dan kanak2 tidak berdosa jg turut sama jd mangsa keganasan di syria..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekejaman berlaku atas sikap manusia itu sendiri.

      Delete
  4. Syria pun memuji pendirian umno ba.. jadi tidak payah la masuk campur..

    ReplyDelete
  5. Kerajaan Syria perlulah memberhentikan kekejaman tersebut. Jangan bertindak ikut perasaan semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully they will take the right actions in this issue.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
  6. Setiap kerajaan mempunyai pendirian masing2. Lagi pun rakyat M'sia sendiri lebih memerlukan perhatian kerajaan memerintah.

    ReplyDelete
  7. Say no to any form of violence. We want peace, not war.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete