Thursday 2 February 2012

Datuk Abdul Rahman Dahlan Cabar Blogger Kelapa Mawar Jelaskan Kenyataannya

Dalam laman sosial facebook blogger Kelapa Mawar, hangat memperdebatkan posting Kelapa Mawar mengenai kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sewaktu ucapan perasmian beliau pada Majlis Pesta Ang Pau di Dewan Chung SRJK Hwa, Kota Belud.

Kelapa Mawar mahu Datuk Rahman bertanggungjawab berhubung dengan kenyataannya, sebagai berkata; "Saya selaku Ahli Parlimen Kota Belud sejak dari dahulu telah mengistiharkan bahawa saya adalah Ahli Parlimen bukan sahaja untuk orang bajau, orang dusun, orang ubian, orang iranun tetapi juga untuk masyarakat kaum Tionghua yang akan kita pertahankan".

Kehangatan ini berlaku, bila Datuk Rahman memberi maklum balas dan mencabar Kelapa Mawar untuk menjelaskan apa masalahnya kenyataan beliau itu.

Kelapa Mawar MP Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam satu kenyataannya ketika merasmikan majlis Pesta Ang Pau di Dewan SRJK CHUNG HWA Kota Belud sebagai berkata :

"Saya selaku Ahli Parlimen Kota Belud sejak dari dahulu telah mengistiharkan bahawa saya adalah Ahli Parlimen bukan sahaja untuk orang bajau, orang dusun, orang ubian, orang iranun tetapi juga untuk masyarakat kaum Tionghua yang akan kita pertahankan".

                         Please lah Datuk! Apakah kenyataan ini bertanggungjawab?
                         hari Selasa, masa 6.17 ptg ·

Abdul Rahman Dahlan Apa masalah kenyataan itu?
Semalam pada pukul 1.02 pagi : Suka





Kelapa Mawar Datuk Abdul Rahman Dahlan...kita mahukan kenyataan yg jujur,kerana sblm ini dlm beberapa kenyataan datuk sprti yg sdr MSAM dan sdr RR katakan itu..telahmenguris hati bnyk pihak yg mberikan sokong awal kp Datuk!..Jika Datuk rasa kenyataan itu tdk ada masalahnya, datuk kena tunjukkn dgn turun pdang di kws2 yg bpenduduk mengikut kaum di KB bdasarkan keutamaan masalahnya.. 
Semalam pada pukul 9.32 pagi · Suka

Abdul Rahman Dahlan KM: kenyataan anda salah. Peruntukan saya menyeluruh dan sama rata. Diagih keseluruh Ketiga tiga DUN. Saya tidak tahu di mana anda mendapat maklumat.
Semalam pada pukul 8.03 ptg : Suka · 2 



Abdul Rahman Dahlan KM: siapa kata saya tidak hargai undi kaum irranun? Bila saya buat kenyataan begitu? Buktikan. Tuduhan anda agak melulu.
Semalam pada pukul 8.05 ptg : Suka · 2


 

Abdul Rahman Dahlan KM: dan saya masih menunggu penjelasan anda apa salah kenyataan saya itu? 
Semalam pada pukul 8.19 ptg : Suka · 2



 
Kelapa Mawar Datuk Mp Kb, Abdul Rahman Dahlan saya katakan kenyataan itu lebih btanggungjawab..dgn mgambilkira sensitiviti mkat lain d Kb..apakah dtk fikir di kb ini haya ada suku itu yg dtk sebutkan? 
22 jam yang lalu : Suka · 1





Di Bawah ini lah kenyataan Datuk Abdul Rahman yang akan SR rungkai, berhubung posting Kelapa Mawar di atas. 


  • Abdul Rahman Dahlan GS/IL: Untuk memajukan Kota Belud banyak perancangan besar yang perlu dibuat. Kita kena bina kejayaan melalui kekuatan semula jadi KB. Ini akan mengurangkan peratusan kegagalan kerana kekutan itu sudah ada Apa dia kejutan KB? Tanah yang subur, mukabumi yang cantik seperti pantai dan tanah tinggi yang indah, kedudukan berdekatan dengan sumber minyak. Semuaperancangan yang mantap mesti mengambil kira kekuatan itu. Agro politan, jelapang padi, akuakultur, hotel, homestay, pusat pelancongan, hub minyak dan gas, industri sokongan minyak dan gas, fabrikasi, kejuruteraan dan lain lain mesti menjadi teras kepada pembangunan model baru Kota Belud.

    Semalam pada pukul 11.28 ptg ·


Datuk Abdul Rahman juga seharusnya bertanggungjawab pada setiap kenyataan medianya, bila mana beliau menyentuh projek Jelapang Padi, Kota Belud. Kenyataan media Datuk Rahman baru-baru ini berhubung Projek Empangan Tambatuon di kampung itu tidak akan dibina selagi penduduk kampung berkenaan tidak memberi persetujuan. Bagaimana matlamat dan misi jelapang padi tercapai sekiranya projek Empangan Tambatuon tidak dapat dilaksanakan.

Empangan itu dicadangkan adalah kerana konon desakan daripada pihak pembangkang di dalam parlimen pada tahun 2008 bila Malaysia berdepan dengan krisis makanan terutamanya beras yang begitu teruk sekali sehingga harga meningkat tiga kali ganda.


Menurut Datuk Rahman, jelapang padi perlu ada empangan sebagai contoh di Kada ada empangan, di Mada ada empangan maka di daerah ini juga memerlukan empangan. Kenapa akur dengan tuntutan masyarakat kampung Tambatoun, sekiranya projek ini memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menangani krisis makanan seperti yang didakwa oleh beliau.


Baiklah! sekiranya beliau akur dengan kehendak masyarakat Kadazan/Dusun di kampung Tambatoun, apa pula ceritannya dengan kenyataan beliau mengenai bantahan orang-orang Iranun di kampung Rampayan, Kota Belud tentang isu tanah seluas 1,200 ekar yang diluluskan kepada sebuah syarikat swasta?.

 
Adalah tidak adil bagi masyarakat di daerah ini sekiranya hanya satu pihak sahaja yang diberikan peluang untuk membuat pilihan, sedangkan satu pihak lagi dinafikan peluangnya membuat pilihan menuntut hak mereka. Tambatoun adalah projek kerajaan, manakala di Rampayan itu adalah projek swasta. Mana satu yang betul ini?..

Rasanya, inilah yang blogger Kelapa Mawar itu maksudkan kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud ini. Saya Ready pun rasa keliru memahami dua kenyataan media Datuk Rahman sebelum ini.

Jika benar Datuk Rahman akui yang dia adalah Ahli Parlimen bukan sahaja untuk orang Bajau, orang Dusun orang Ubian, orang Iranun tetapi juga untuk masyarakat kaum Tionghua yang akan beliau pertahankan. Maka itu, Datuk Rahman perlu dan wajib jelaskan dua isu ini di antara Bantahan Projek Tambatoun dan Bantahan Tanah Kg Rampayan. Terima kasih..

47 comments:

  1. Datuk Rahman Dahlan must always to be fair to the people under his rule, the people's opinion must be heed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn Green Sabah.. juga, DARD harus telus dan bertngjwb pd setiap tindakan dan kenyataannya.. jgn ada udang disebalik mee goreng.. tq

      Delete
    2. Kedua dua projek ini sebenarnya dimiliki oleh mereka yang berkepentingan. Kerajaan/swasta dua duanya proksi mereka.Ada perkara tersirat dari yang tersurat.

      Delete
    3. Betul saudara Green Sabah, seorang pemimpin kenalah melayan semua penduduknya tanpa mengira bangsa ataupun agama. Hak mereka semua perlulah diperlindungi, barulah adil.

      Delete
    4. seorang pemimpin memang perlu adil dan saksama ke atas semua rakyat tidak kira apa bangsa sekalipun. jika hanya membela sesuatu kaum saja sudah pasti timbul ketidakpuasan hati dan seterusnya boleh menjejaskan pemimpin tersebut.

      Delete
    5. Bangsa dan agama bukan satu ciri yang harus dipertimbangkan semasa melaksanakan sesuatu, seharus memberi keutamaan kepada semua pihak.

      Delete
  2. Of course its good if Datuk Rahman Dahlan is able to fulfill his responsibility towards all his people regardless of race. Walk the talk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Green Sabah.. klu org ckp x serupa bikin, kategori apa bro?

      Delete
    2. Jangan sekali cakap tak serupa bikin, mana ada rakyat boleh percaya kalau selalu tidak menunaikan janji.

      Delete
    3. 'cakap tak serupa bikin' lama2 rakyat akan tendang. amalkan!

      Delete
  3. nampakny ada pihak salah faham berhubung kenyataannya. DARD kena memberi penjelasan berhubung kenytaaannya agar semua pihak faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap isu yang berlaku perlu diberikan penjelasan agar semua faham dengan apa yang sebenarnya berlaku.

      Delete
  4. isu Tambatuan kita dah ketahui takkan dibina jika penduduk membantah, tapi isu Kg. Rampayan kita masih belum tau keputusannya. itu yang dinantikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True. Perhaps the decision on this matter is still being deliberate. Let's just wait and see on the development regarding this matter.

      Delete
    2. Harap wakil rakyat akan memberikan penjelasan tentang isu Kg Rampayan ini dan bantulah rakyat di sana untuk mempertahankan hak mereka.

      Delete
    3. isu yang timbul harus diselesaikan dengan sebaiknya agar tidak terus berpanjangan.

      Delete
  5. Hopefully DARD will give a statement that will give satisfaction to Kelapa Mawar as well well the people under his constituency

    ReplyDelete
  6. Saya percaya rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apapun yang berlaku penilaian rakyat adalah yang paling penting kerana rakyatlah yang akan membuat keputusan next GE nanti.

      Delete
    2. ya..setiap orang pastinya ada penilaian mereka sendiri.

      Delete
  7. People in Kampung Tambatuon are thankful to the Government for listening to them on the issue of the Tambatuon Dam.

    that mean MP KB really listen to the people and concern about KB

    ReplyDelete
  8. empangan tambatoun da tahu keputusan, terpulang kpd penduduk berkenaan.. kita tngu sejauh mana keputusan tanah di rampayan pulak.. dngr2 salleh said da kemukakan hal ini pada CM.. yg peliknya!! kenapa salleh, bukan DARD sbg wakil rakyat?.. apa sbb WR tempasuk dan MP kota belud diam, salleh yg bertindak?.. atau, ini juga strategi salleh.. tan sri pandikar pun hanya diam, wal hal rampayan itu adalah kampungnya.. ????????..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salleh begitu rapat dgn KM, mgkin lebih mudah jika Salleh yang bincangkan hal ini dgn KM.

      Delete
    2. Tak kira lah siapa yang kemukan hal itu utk diberi perhatian... Yang penting hal itu dapat perhatian sewajarnya, OK lah:)

      Delete
    3. Mengenai Tanah di Kg Rampayan itu rasanya masih dalam siastan dan kajian lanjut. Pasti akan terjawab dalam masa terdekat lagi. Mengenai siapa yang mengemukakan itu rasanya tidak ada salah sesiapa pun, yang penting ada pihak yang berani tampil dan mengemukakannya.

      Delete
    4. sekurang-kurangnya ada pihak yang bertindak..

      Delete
    5. Betul tu, tidak kira siapa yang bertindak, yang penting perkara ini dapat di selesaikan dengan segera.

      Delete
  9. Pendek kata kenyataan si Abdul Rahman ni agak mengelirukan sebab itulah timbulnya isu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn Paquin.. klu DARD dpt jelaskan, xda la timbul isu ni.. persoalanya di sini, knapa DARD x boli jwb dan jelaskan saja supaya masyarakat kota belud khususnya masyrkt iranun tidak keliru..

      Delete
    2. Mungkin beliau sendiri bingung dengan apa yang telah beliau katakan.

      Delete
    3. kenyataan mengelirukan...harus lebih bertanggungjawab...dan bukannya hanya pentingkan kelansungan politik..

      Delete
  10. Mungkin maksud DARD itu ditujukan kepada semua penduduk dikawasan kota Belud dan bukannya tertumpu kepada kaum yang disebutkannya. Tapi mungkin ada pihak yang kurang senang dengan yang disebutkan maka sebab itu persoalan timbul. Kenapa kaum itu saja dan bukan yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendek kata, kena berhati-hati bila membuat ucapan atau mengulas sesuatu perkara.

      Delete
    2. kekeliruan ini dapat dielakkan sekiranya DARD tidak membuat kenyataan yang mengelirukan...

      Delete
  11. Kita mahukan sekarang ini adalah Datuk supaya memberikan sepenuh tanggungjawab kepada penduduk KB. Laksanakan apa yang telah dirancang sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. namun hak dan kepentingan penduduk kampung harus diambil kira dan diberikan perhatian sewajarnya..

      Delete
    2. Harap datuk dapat menjalankan tugas kepada penduduk KB dengan baik.Semua yang di rancang harus di buat.

      Delete
    3. tanggungjawab kepada penduduk harus sentiasa dilaksanakan.

      Delete
  12. adakah projek itu sedang atau telah dilaksanakan? jika tidak, bermakna bantahan itu tidak diabaikan oleh beliau..

    ReplyDelete
  13. apa pun yang ingin dilaksanakan pastikan ianya memberikan manfaat kepada penduduk.

    ReplyDelete
  14. Rakyat yang harus diutamakan tanpa kira bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  15. Sebagai masyarakat Kota Belud yang bermastautin di daearah ini, mmg menjadi perhatian kedua-dua isu tersebut dlm skala besar yg melibatkan dua kelompok masyarakat di Kota Belud. Saya juga berbangsa Iranun, mmg isu Tanah di Rampayan itu agak sensitive but kenapa kita tidak serahkan sahaja kepada penduduk rampayan dan wakil mereka, sbb dr satu sudut DARD tidak boleh dipersalahan secara keseluruhan kerana dia juga terikat dgn batas-batas sebagai wakil rakyat. Adakalanya kita juga pernah berada dlm situasi dimana kita ingin melakukan sesuatu tetapi akhirnya kita sendiri menjadi mangsa keadaan begitu juga DARD. Cuma kalau boleh dipikir-pikir projek-projek mega sedemikan dilaksanakan setelah keperluan asas dipenuhi contohnya bekalan air yang terawat utk masyarakat daerah tersebut telah disempurnakan. Amat memilukan dalam keadaan kemajuan dan kemerdekaan masyarakat KB masih tiada bekalan air. Setiap hari harus membeli air...apa cerita bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli air????? belum cerita ttg akibat ketiadaaan air terawat? penyakit berjangkit, penyakit kulit dll. Mungkin isu ini kecil tapi lihat dari sudut jangkamasa panjang apa yg boleh berlaku dengan ketiadaan air terawat seperti ini. Minggu depan bulan Ramadhan...kita mengharapkan mampu untuk menjalani ibadah ini dengan keadaan yang lebih baik...mudah-mudahan dibukakan jalan agar mampu untuk mendapatkan bekalan air yang menjadi idaman selama ini.

    ReplyDelete
  16. Apakah Anda membutuhkan pinjaman cepat? Apakah Anda memiliki hutang Anda ingin menghapus? Apakah Anda secara finansial dan Anda perlu untuk membangun sebuah bisnis? Apakah bank menolakmu sebagai akibat dari kredit macet Anda? Khawatir tidak lebih sebagai Holy Family Majelis Pinjaman Perusahaan untuk memberikan pinjaman dengan bunga rendah rate.If Anda tertarik dalam penawaran kredit kami dan ingin mengajukan pinjaman, hubungi kami hari ini melalui Email: holyfamilyassemblyloancompany@gmail.com untuk lebih Info!

    ReplyDelete
  17. Halo, saya Mrs.Clara, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman kesempatan waktu hidup. Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak untuk melunasi utang Anda atau Anda membutuhkan pinjaman untuk meningkatkan bisnis Anda? Anda telah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Kami meminjamkan dana kepada individu yang membutuhkan bantuan keuangan, yang memiliki kredit buruk atau membutuhkan uang untuk membayar tagihan, untuk berinvestasi di bisnis di tingkat 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui email di: claraloans@financier.com

    ReplyDelete
  18. sesiapa yg ada masalah tu kenapa tidak di atasi, harapkan kerajaan tapi tak pandai sabar buat apa??..

    ReplyDelete
  19. Saya adalah Widya Okta dari SURABAYA, saya ingin memberi kesaksian tentang karya bagus Tuhan dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari pinjaman di Asia dan sebagian lain dari kata tersebut, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara.
    Apakah mereka mencari pinjaman di antara kamu? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman yang curang di sini di internet, tapi mereka tetap asli sekali di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban penipuan pemberi pinjaman 6-kredit, saya kehilangan banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka.

    Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari hutang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan teman saya yang saya jelaskan situasi saya, kemudian mengenalkan saya ke perusahaan pinjaman yang andal yaitu SANDRAOVIALOANFIRM. Saya mendapat pinjaman saya sebesar Rp900.000.000 dari SANDRAOVIALOANFIRM dengan tarif rendah 2% dalam 24 jam yang saya gunakan tanpa tekanan atau tekanan. Jika Anda membutuhkan pinjaman Anda dapat menghubungi dia melalui email: (sandraovialoanfirm@gmail.com)

    Jika Anda memerlukan bantuan dalam melakukan proses pinjaman, Anda juga bisa menghubungi saya melalui email: (widyaokta750@gmail.com) dan beberapa orang lain yang juga mendapatkan pinjaman mereka Mrs. Jelli Mira, email: (jellimira750@gmail.com). Yang saya lakukan adalah memastikan saya tidak pernah terpenuhi dalam pembayaran cicilan bulanan sesuai kesepakatan dengan perusahaan pinjaman.

    Jadi saya memutuskan untuk membagikan karya bagus Tuhan melalui SANDRAOVIALOANFIRM, karena dia mengubah hidup saya dan keluarga saya. Itulah alasan Tuhan Yang Mahakuasa akan selalu memberkatinya.

    ReplyDelete
  20. BERITA BAIK! BERITA BAIK!

    Untuk memperkenalkan diri dengan betul,
    Ibu saya SUSAN [SYARIKAT PINJAMAN SUSAN BOWMAN]

    Saya seorang pemberi pinjaman swasta, syarikat saya menyediakan pinjaman semua jenis dengan kadar faedah 2% sahaja. Ia adalah peluang kewangan di langkah pintu anda, memohon hari ini dan mendapatkan pinjaman cepat anda.

    Terdapat ramai di luar mencari peluang atau bantuan kewangan di seluruh tempat dan masih, tetapi mereka tidak dapat mendapatkannya. Tetapi ini adalah peluang kewangan di langkah pintu anda dan dengan itu anda tidak mampu untuk melepaskan peluang ini.
    Perkhidmatan ini menjadikan kedua-dua individu, syarikat, lelaki dan wanita perniagaan.
    Jumlah pinjaman tersedia antara jumlah pilihan anda untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui e-mel:
    Susanbowmanloancompany@gmail.com

    ReplyDelete