Tuesday 23 October 2012

Malaysia adalah negara Islam : Lai Ci Kang



Saya Ready nak tanya pencacai-pencacai UMNO.. Tolong baca dan fahami.. Betulkah Malaysia negara Islam?? Kalau tak boleh jawab, minum Lai Ci Kang dulu.. hehehe

Menurut kenyataan pencacai totok UMNO/BN Lai Ci Kang dan TPM Muhyiddin Yassin, Malaysia adalah sebuah negara Islam yang diperakui oleh negara luar seperti Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton.. Aduhhhh!! Hillary Clinton tu sapa??..

Cuba baca yang di bawah ni pulak.. hehehehe..

Menurut Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohammed Suffian Hashim, tujuan Islam (menjadi Agama persekutuan) dimasukkan pada awalnya adalah semata-mata untuk upacara misalnya untuk membolehkan doa dibaca diupacara-upacara rasmi, seperti pertabalan Yang di-Pertuan Agong, hari kemerdekaan dan lain-lain. - [Al-Ahkam : 4/18]

Tunku Abdul Rahman berkata pada tahun 1958 dalam Dewan rakyat; "Saya suka menjelaskan bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam sebagaimana difahamkan secara umumnya. Kita Cuma memperuntukan Islam hendaklah menjadi agama rasmi". [official Report of Legislative Council Debate, 1958]

Begitu juga dengan kenyataan tokoh-tokoh undang-undang negara yang tidak mengetepikan kenyataan pengasasnya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj seperti Al-Marhum Tun Sufian, Tun Salleh Abas, Al-Marhum Tan Sri Hashim Yop A. Sani dan yang terdahulu ialah laporan Suruhanjaya Reid yang mengasaskan perlembagaan negara dengan meletakan asas Malaysia sebagai negara secular yang tidak berkali-kali memberi kedudukan yang berdaulat kepada agama Islam dan objetif Negara Islam yang sebenar.

Di sini sudah terang lagi bersuluh, betullah bahwa Malaysia ini bukan negara Islam.. Patut pun Soi Lek selalu meroyan pagi petang, siang malam Najib dan krew-krewnya tak sampai hati nak tegur.. Nak info lagi, cuba KLIK Malaysia Bukan Negara Islam: Dr. Taufiq Al-Buti

Sebagai tambahan cuba pandang dan tenung betul-betul!! hehehe


OK! OK! OK! Saya da penat ni.. mari kita minum LAI CI KANG duluuuuu!!

2 comments:

  1. Rakyat Malaysia ada hak untuk menganut apa2 agama.tiada paksaan.

    ReplyDelete
  2. yang pasti Malaysia memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya.

    ReplyDelete