Sunday 28 October 2012

Agenda Membunuh Politik : UMNO serang UMNO



28 Oktober 2012 : Menurut sumber melalui www.umno-reform2.com, telah diwar-warkan ada diantara ahli UMNO Bahagian yang ada niat mahu bertanding pada PRU13 akan datang mula menyerang ahli UMNO yang sedang memegang dan akan mempertahankan kerusi mereka baik Parlimen atau pun DUN.

Ahli-ahli berkenaan dikatakan perlu menjatuhkan ahli Parlimen dan DUN terbabit dengan menyiarkan berita sensasi dan membongkarkan keburukan kepimpinan rakan mereka dengan hasrat kepimpinan itu tidak lagi menjadi calon dijangka menang atau winnable candidate.

Fenomena ini juga dikatakan telah merebak luas dalam UMNO, calon yang dijangka akan dipilih untuk bertanding akan dihalang dari dipilih untuk mendapat kerusi baik Parlimen atau DUN. 

Agenda membunuh politik yang diberitakan ini, dimaklumkan terlalu dahsyat bila ada yang sanggup mengatakan bahawa arahan untuk memburukkan kepimpinan tersebut adalah atas arahan PM dan TPM. Tujuan mereka ialah untuk mengeluarkan kepimpinan lama yang sedang menyandang kerusi di Parlimen dan DUN.

Pada 19 Oktober 2012 yang lalu, Presiden UMNO DS Najib Razak dan Majlis Tertinggi UMNO telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap ahli yang sabotaj calon BN pada PRU13 nanti : Sumber – UM

Mampukah Najib dan Muhiyiddin Yassin menyelamatkan gelombang ganas politik yang melanda parti UMNO Barisan Nasional?

Senario ini dikatakan tsunami kedua dalam parti UMNO dan Barisan Nasional. Sebelum ini, tsunami pertama telah berlaku pada PRU12 yang lalu dalam tahun 2008, suatu fakta yang kukuh telah membuktikan kepada kita bahawa UMNO sudah tidak mampu memberikan keyakinan kepada rakyat lagi.

Saya Ready sebenarnya langsung tidak merasa heran dan pelik sama sekali terhadap fenomena yang melanda parti bangsawan ini, kerana budaya ini adalah budaya dan trend UMNO dari dahulu lagi. Mereka saling bercakaran di antara satu sama lain, kononnya masing-masing ingin menjadi juara kepada rakyat sehinggakan rakyat jadi mangsa hasil dari kerakusan mereka.

Bencana inilah yang menjadi suatu igauan dan mimpi buruk kepada Najib dan krew-krewnya, malahan penasihat UMNO Tun Mahathir pun dikatakan juga sudah tidak mampu menghalang gelora yang menghempas parti kesayangannya ini. Antara sebabnya, punca segala kehancuran UMNO itu adalah bermula dari beliau sendiri.

RAKYAT JANGAN MUDAH TERTIPU DENGAN 'JANJI DITEPATI' YANG SERING DILAUNG-LAUNGKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO BARISAN NASIONAL. SEMUANYA ITU ADALAH RETORIK SEMATA-MATA, ADA YANG SEKADAR MENGHABUI MATA RAKYAT. SELEPAS MEREKA MENDAPAT KEDUDUKAN DAN PANGKAT, RAKYAT DITINGGALKAN TANPA BERITA!!

1 comment: