Wednesday 24 October 2012

Kesal dan malu sebab saya orang cina, Soi Lek hina hudud mewakili parti kaum Cina (MCA) : Vincent Lee



KOTA BELUD, 24 Oktober 2012: Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee membidas Chua Soi Lek di atas kenyataan Presiden MCA itu menghina hudud.

Vincent berkata, “Saya dari kaum cina merasa malu dan amat kesal dengan kenyataan Soi Lek yang menghina hudud kerana beliau adalah pemimpin utama dari parti kaum cina. Jika dilihat dari sudut politiknya dan hukum akal, Soi Lek seolah kehabisan modal, dan dari sudut logik dan faktanya pula hudud itu hanya untuk orang-orang Islam”.

“Kenapa beliau sanggup berbuat demikian? MCA sekarang ini dalam misinya ialah ingin melaga-lagakan PAS dan DAP agar orang cina bukan Islam membenci PAS dan begitu juga dengan orang Islam supaya membenci DAP dan disokong oleh UMNO” katanya lagi.

“Sebelum ini orang cina sering ditakut-takutkan dengan hudud. Jika PAS berkuasa semuanya kena potong. Ini adalah angkara orang politik Islam itu sendiri yang tidak bertamadun di mana tidak memberikan kefahaman kepada orang bukan Islam mengenai hudud”, tambahnya.

Menurut Vincent, setelah tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang ahlinya majority dari kaum tiong hua, barulah orang cina mula memahami bahawa corak pemerintahan Islam itu adalah adil seperti mana pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan. Tidak seperti yang didakwa sebelum ini oleh pihak-pihak tertentu.

Keahlian DHPP sekarang ini telah melebihi 40 ribu orang ahli diseluruh negara, di Sabah sudah mencecah lebih daripada 3 ribu orang. Menurut Vincent lagi, di daerah Pitas sahaja sudah melangkaui angka 500 orang paling ramai ahli dalam daerah di negeri Sabah termasuk seorang Pastor Kristian yang sekarang ini aktif menjelaskan keadaan sebenar provokasi UMNO/BN tentang sintimen agama.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Jelajah Ceramah Umum Isu-Isu Semasa PAS di Dewan Rasa Sayang, Kota Belud. Turut sama hadir dalam sisi ceramah itu ialah Dato Yahaya Lampong, Bekas MP Kota Belud, Aminuddin Aling Pesuruhjaya PAS Sabah, Uztaz Haji Laiman Ikin Setiausaha PAS Negeri Sabah dan Ketua Cabang Kota Belud, Saidil Simoi.

Dato Yahya dalam ceramahnya memberikan soalan kepada yang hadir, “Siapa boleh jadi imam! Najib atau Anwar?” semua jawap Anwar sambil dengan tepukan gemuruh dan laungan ‘INI KALI LA’.

No comments:

Post a Comment