Thursday 8 March 2012

Budaya Subsidi vs Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang : Allahyarham Dr. Haji Datu’ Bandira


Terkenang pula cerita seloka bekas Pesuruhjaya PAS Sabah, Allahyarham Dr. Haji Datu’ Bandira Haji Datu’ Alang secara tiba-tiba. Dengan tidak sengaja, wajah fotonya terpapar di skrin computer saya.

Kisah ini menceritakan kehidupan dua generasi haiwan peliharaan, yang mengisahkan perjalanan hidup ‘Ayam Kampung’ dan ‘Ayam Karan’.

Pada mulanya, Ayam Kampung akan dibinakan reban oleh si tuan untuk mereka tempat berteduh. Si ayam betina, akan cari tempat yang selamat membuat sarang untuk menyimpan telur jika tuannya gagal menyediakan sarang bagi menetaskan generasinya supaya tidak pupus.

Si ayam jantan pula seringkali mengipas-ngipaskan sayap dengan jerit pekik yang nyaring lagak pahlawan, keris sedia terhunus di kaki. Jika paluan atau terjahan hebat, tuannya tentu sekali gembira menjadikan ia pahlawan di gelanggang (ayam sabung). Jika ia menang, habuannya berbagai vitamin disajikan. Jika pula ia tersungkur, keris si tuan pula akan menjelar lehernya.

Si tuan Ayam Kampung setiap pagi akan membuka pintu reban. Generasi ini akan keluar cari makan untuk meneruskan kehidupan tanpa bantuan tuan mereka. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang, beitulah rutin harian mereka. Bila datang waktu senja, sedia kala ayam kampung akan balik ke tempat tinggal seperti yang diajar oleh tuan mereka tanpa dipandu oleh siapa-siapa.

Si tuan senang hati dengan gelagat peliharaannya. Tiba waktu matang, si tuan akan jual dengan harga yang lumayan. Tanpa menyusahkan si tuan, jasa Ayam Kampung kepada tuannya amat bermakna sekali. Ayam Kampung bangga diri dengan cara mereka berdikari. Sekurang-kurangnya dapat membantu dan meringankan beban kehidupan tuan mereka.

Manakala kisah kehidupan si Ayam Karan pula, si tuan terpaksa menyediakan modal yang besar. Dijaga dengan baik, disediakan tempat tinggal yang selesa, dan berbagai kemudahan lagi akan disediakan kepada mereka. Generasi ini, setiap hari disuapkan makanan. Sehari tak makan, alamat kebuluranlah mereka dan mungkin juga sampai berlakunya kematian.

Ayam Karan cepat membesar, jika dibandingkan dengan Ayam Kampung. Ayam Karan sudah biasa dengan budaya subsidi. Tiada subsidi dari si tuan, mereka tidak boleh hidup dan akan jadi kurus kering. Jika si tuan hidup, mereka pun hidup. Dan, sekiranya tuan mati, mereka pun akan turut sama mati. Begitulah juga seterusnya, kalau tuan mereka bangkrap, mereka juga akan jatuh muflis dan jadi papa kedana.

Si tuan Ayam Karan akan tabur makanan yang berzat-zat setiap hari kepada mereka. Tiba waktu umur matang dengan badan yang besar dan gemuk sehingga jarum timbangan mereng. Si tuan akan cari taukeh untuk memasarkan mereka.

Ayam Karan akan pupus tanpa generasi yang ditinggalkan, mereka semuanya akan dijual. Hasil jualan itu, si tuan akan cari pula generasi lain untuk dibesarkan dan digemukkan sebagai ternakan. Begitulah seterusnya sehinggakan si tuan jadi kaya raya, manakala si Ayam Karan pun mati disembelih oleh si taukeh.

Panjang cerita seloka ini, hanya setakat itu sahaja yang saya dapat kongsikan bersama dari Allahyarham Dr. Haji Datu’ Bandira. Rasanya, semua tahu cara perjalanan kehidupan Ayam Kampung dan Ayam Karan. Cerita ini saya rakam dalam minda sewaktu beliau memberikan ceramah motivasi  sebagai penceramah jemputan khas suatu ketika dahulu.

Dalam isi kandungan cerita ini, ianya tiada kaitan kepada siapa-siapa mahu pun yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ianya hanya sekadar motivasi dan rekaan semata-mata. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham.

AL-FATIHAH
الحمد لله ربّ العالمين  
Al-hamdu lillahi rabbil 'alamin

22 comments:

  1. Subsidies are only a short term measure to help ease the people's burden for a moment. We still need a long term plan to eradicate poverty in Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perancangan jangka masa panjang amat penting supaya rakyat berdikari dan mendapat pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian.

      Delete
    2. Rakyat jangan terlalu mengharap pada subsidi. usaha sendiri itu lebih penting dan berkesan utnuk mengubah hidup.

      Delete
  2. There has been a debate for a long time whether Subsidies are needed or not. Some say its good for the people to enjoy subsidies, some say its a waste of money.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kerajaan mahu mansuhkannya, biarlah ia dilaksanakan secara beransur-ansur.

      Delete
  3. subsidi itu baik, jika ditangani dgn baik dan terancang.. dr sudut jangka panjangnya, biar subsidi diberikan sekali dan hasilnya berhari2 tidak pupus.. apa pun, saya setuju dgn pandangan Green Sabah..

    ReplyDelete
  4. Hi,

    Subsidi seharusnya menyasarkan kepada mereka yang benar2 memerlukannya. Jadi bolehlah meringankan beban sikit. tapi jangan juga terlalu bergantung dengan bantuan subsidi nanti termanja pula. Perancangan yang bijak harus dilaksanakan supaya semuanya teratur.

    U Say Bah, I Say Bah. Sabah Bah......

    ReplyDelete
  5. cerita mengenai ayam kampung dan Ayam karan ini mempunyai makna yang mendalam. kita harus mencontohi ayam kampung yang berusaha sendiri untuk hidup tanpa mengharapkan bantuan dan subsidi.

    ReplyDelete
  6. The government should slowly eliminate subsidy that will only burden the government.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus dikurangkan sedikit demi sedikit agar beban kerajaan tidak berat.

      Delete
  7. Rakyat harus berusaha dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  8. Subsidy harus dikawal jika tidak rakat akan semakin bergantung kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan harus menumpu perhatian kepada projek yang memperkembangkan ekonomi negara. Cuma dengan ini, pendapatan rakyat semakin diperbaiki.

    ReplyDelete
  10. Not a right time to entirely revoke subsidy. Its should go step-by-step.

    ReplyDelete
  11. Meringankan beban jangka pendek sahaja. Rakyat juga harus berusaha dan kurangkan bergantung kepada peruntukan sebegini.

    ReplyDelete
  12. Projek & kempen membangunkan ekonomi amat diperlukan.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan harus memberi peruntukan berdasarkan kemampuan.

    ReplyDelete
  14. Semoga kerajaan akan meneruskan usaha bagi memastikan ekonomi negara dapat dipertingkatkan dan juga pada masa yang sama pendapatan rakyat juga perlu diambil serius.

    ReplyDelete
  15. Program2 kemahiran dan latihan yang disediakan oleh kerajaan lebih baik daripada pemberian subsidi.

    ReplyDelete
  16. Tapi kadang2 subsidi yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat disalahgunakan oleh segelintir pihak untuk kepentingan dirinya sendiri. contohnya, penyeludupan barang2 yang telah dikenakan subsidi seperti gula.

    ReplyDelete
  17. ada masanya kita perlukan subsidi, dan ada masanya kita tidak perlukan subsidi sebaliknya berlajar atau diajar atau dibantu untuk berdikari..

    ReplyDelete