Monday 27 February 2012

Najib Kantoi!!.. UMNO/BN Tak Perlu Tunggu Majoriti 2/3 PRU13 Jika Ikhlas Banteras Rasuah : Tuan Ibrahim Tuan Man

Perdana Menteri, DS Najib Razak menyatakan semalam akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah (SPRM), seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka. Namun demikian, beliau menyatakan bahawa isu ini perlu pindaan perlembagaan.

Ekoran daripada kenyataan itu, PAS akan mengemukakan usul penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah seperti yang dicadangkan oleh Najib Razak pada sesi parlimen terdekat supaya UMNO/BN tidak perlu menanti mendapat 2/3 majoriti parlimen dalam pilihanraya akan datang untuk melaksanakannya, kerana rakyat akan menilai sejauhmana kerajaan mendokong usaha membanteras rasuah dengan menilai sokongan UMNO/BN, menurut kenyataan reaksi balas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Jika PM ikhlas dalam membanteras rasuah, beliau tidak perlu mengambil usul ini sebagai satu lagi janji berbentuk ‘you help me, I help you’ untuk mendapatkan undi rakyat, kerana pihak PAS dan Pakatan Rakyat sudah tentunya akan menyokong usul tersebut asalkan ia memberi manfaat kepada negara dan rakyat,” tegas Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sepatutnya, kata Tuan Ibrahim, bukan sahaja kuasa pemantauan diberikan kepada kakitangan SPRM, bahkan kuasa pendakwaan juga sepatutnya diberikan kepada SPRM, dan bukan lagi tertakluk kepada budi bicara Peguam Negara sebagaimana kini. “Apa yang penting bagi SPRM bukan semata-mata siasatan, tetapi turut mempunyai kuasa pendakwaan. Rakyat masih bertanya kemana pendakwaan kes berprofile tinggi yang pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Rais Yatim, demikian juga isu besar NFC dan sebagainya,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Mengenai komitmen UMNO/BN untuk membanteras rasuah, Tuan Ibrahim mengingatkan rakyat mengenai wayang ‘anti-rasuah’ yang dimainkan ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan pendakwaan terhadap Tan Sri Kasitah Gaddam dan Tan Sri Eric Chia, di mana kedua-duanya akhirnya didapati tidak bersalah.

7 comments:

  1. Rasuah memang patut dihentikan. Tangkap mana2 mereka yang mengamalkan rasuah.

    ReplyDelete
  2. Tiada 'jerung', tiadalah 'bilis'. SPRM bukan saja perlu membanteras kes rasuah yang kecil malah yang berprofil tinggi juga. SPRM dan Peguam Negara perlu buktikan ketelusan mereka dalam menegakkan keadilan di negara ini.

    ReplyDelete
  3. bersama kita hapuskan rasuah.

    ReplyDelete
  4. Teruskan usaha membenteras Rasuah di negara kita ini. PM perlu tegas mengenai perkara ini. Kerana jika tidak ekonomi kita akan terus tidak ada perkembangan.

    ReplyDelete
  5. apa kaitan keikhlasan membanteras rasuah dengan kuasa melantik dan memecat pegawai2 sprm?? kalaupun sprm mempunyai kuasa itu, adakah pemimpin2 pembangkang akan berhenti menuduh kerajaan mempergunakan sprm untuk melindungi kegiatan rasuah mereka??

    ReplyDelete
  6. If the government is sincere in fighting corruption, they can do it now.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walk the talk now, Datuk Najib Razak.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete