Monday 9 April 2012

Pairin dan Dompok adalah pihak bertanggungjawab memusnahkan kesatuan KDM yang menjadikan kawasan Penampang kubu kuat UMNO.

SR tidak mahu ulas tapi ada edit beberapa bab tanpa mengubah makna kenyataan penganalisis politik dan penggiat laman social ini, Birispunya Biris. Cumanya SR ingin mengajak kalian melihat sama-sama dan baca sendiri apa yang berlaku terhadap KDM sepertimana kata beliau di bawah ini:- 
 
Kenapa PBS, UPKO dan PBRS berdiam diri dalam isu penubuhan KDM di Malaysia?

KDM Malaysia ialah satu persatuan yang lahir ke dunia secara mengejut yang penuh dengan kontroversi dalam masyarakt KDM. Penubuhannya tidak mendapat restu dari Istana kayangan Nunukragang, tidak mendapat restu dari presiden KDCA atau pun dari mana-mana parti KDM, antaranya ialah PBS, UPKO dan PBRS.


Persatuan ini sekurang-kurangnya dan sepatutnya mendapat blessing dari orang KDM Penampang atau YB bagi P174 Penampang. Tapi ini tidak berlaku, malahan orang yang menubuhkannya pun sudahlah tidak dikenali, langsung tidak ada taraf dalam masyarakat Penampang atau pun kedudukan dalam masyarakat KDM Sabah. Tiada kredibiliti dalam apa jua bentuk, tiada jasa kepada rakyat, dan bukan activist ataupun politikus yang berkualiti atau tulin.


Kita bertanya, apakah motif tersembunyi sebenarnya manusia yang membentuk persatuan ini? Kita bertanya, apakah bangsa KDM di Sabah atau di Penampang tidak dipelihara dengan baik oleh KDCA atau UPKO sehingga masih memerlukan satu persatuan lagi untuk mencapai objektif yang sama?


Adakah presiden persatuan KDM Malaysia ini lebih bijak dan pandai, atau lebih bermaruah daripada Huguon Siou atau YB P174 Penampang? Parti-parti KDM berpendapat, motif disebalik penubuhan persatuan ini ialah untuk meningkatkan keahlian UMNO dikalangan bangsa KDM di Penampang, dan seterusnya menjadikan kawasan Penampang satu kubu kuat UMNO pada masa hadapan.


Presidennya, John Ambrose dan timbalannya Peter Anthony menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan tujuan persatuan itu hanyalah meningkatkan keberkesanan UMNO membantu masyarakat KDM di Penampang dan seluruh masyarakat Sabah tanpa ada motif untuk merebut kawasan P174 Penampang dari tangan UPKO.


Penjelasan Peter Anthony dan John Ambrose memang tidak masuk akal kerana secara logiknya tidak ada keperluan sekarang ini untuk menambah saluran menyampaikan bantuan kepada bangsa KDM di mana-mana jua kawasan di Sabah ini.


Jelas, kelahiran persatuan KDM Malaysia ini dianggap oleh rakyat KDM sebagai satu ancaman dan satu usaha cubaan untuk memecahbelahkan perpaduan, kesatuan atau solidarity bangsa KDM terutamanya dalam politik. Peter dan Anthony juga dianggap pengkhianat bangsa KDM tetapi lebih jauh dari itu, UMNO juga dianggap sedang melaksanakan dasarnya iaitu ‘Pecah dan Perintah’ ke atas bangsa KDM pada masa ini.


Biris berkata, usaha UMNO menerusi pengkhianat-pengkhianat bangsa ini perlu dihentikan dan dihalang oleh setiap orang yang berbangsa KDM. Pinjam kata-kata UBF, “KALAU BUKAN KDM SIAPA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI.”


Dalam isu ini, pihak yang paling bertanggungjawab dan akauntabliti memusnahkan hasrat dan menghancurkan usaha Peter Anthony dan John Ambrose ini ialah tidak lain tidak bukan, Pairin dan Dompok selaku presiden PBS dan UPKO merangkap guardian kepentingan bangsa KDM itu sendiri.


Biris bertanya, mana sudah Pairin, mana sudah Dompok? Selesaikan masalah ini dengan segera sebelum terlambat, dan sebelum Peter dan Ambrose menjadi sel-sel kanser dalam tubuh KDM.


Adakah Pairin dan Dompok sanggup bersikap tolerant, atau self-compromising kepada UMNO semata-mata ingin menjaga relationship politik yang baik? Jalan terbaik ialah mempamerkan sikap assertiveness yang matang dan professional untuk menghadapi situasi seperti ini tanpa menggadai relationship dengan BN.


“Tindakan PBS, PBRS dan UPKO yang lebih concrete, rasmi dan bermaruah dalam situasi ini sedang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat KDM Sabah”, kata
Birispunya Biris lagi.

Atau, inikah cara dan strategi UMNO untuk menguasai negeri Sabah keseluruhannya?. Sama-sama kita rakyat Sabah fikirkan..

12 comments:

  1. Semoga pemimpin tempatan kita seperti Huguan Siou Pairin Kitingan akan berusaha mengemabalikan kesatuan antara rakyat KDM.

    ReplyDelete
  2. Rakyat Sabah juga perlulah sentiasa ingat untuk bersatu, kerana bercerai kita roboh. Bersatulah Sabah.

    ReplyDelete
  3. tidak perlu menyalahkan sesiapa, yang penting perpaduan dan kerjasama harus ada pada semua.

    ReplyDelete
  4. selain itu, yang enting semua harus berusaha untuk melakukan apa yang terbaik untuk negeri Sabah.

    ReplyDelete
  5. semua pemimpin juga harus berusaha utk memenuhi tanggungjawab mereka kepada rakyat dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  6. PBS president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan announced that he wished to re-contest the Keningau parliamentary. he also expressed confidence that the people’s support for the Barisan Nasional in Keningau has remained strong. He said the people must continue to back the ruling coalition because it has an unblemished record.

    ReplyDelete
  7. Pairin sebagai Huguan Siau harus membela nasib KDM.

    ReplyDelete
  8. moga masyakat KDM dapt bersatu dan nasib mereka terbela.

    ReplyDelete
  9. Jika KDM yang menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan BN rasanya itu semua ada pilihan mereka. Jadi kita tidak dapat buat apa-apa mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  10. Lebih banyak persatuan KDM, lebih banyak saluran yang boleh dipakai untuk sampaikan permasalahan rakyat.

    ReplyDelete
  11. Lain orang lain pandangannya. Perkara ini ada pro dan kontranya. Berapa banyak persatuan yang ada untuk KDM, yang harus diutamakan adalah unity among them. Jika mahu berada di bawah satu naungan saja (cth KDCA), maka perlu dipastikan persatuan ini proaktif dalam memperjuangkan nasib KDM.

    ReplyDelete
  12. apa salahnya jika banyak persatuan yang memperjuangkan satu2 kaum?? bukankah itu lebih baik dari tidak ada langsung?? bagi saya, lagi bagus jika ada 10 persatuan yang memperjuangkan suku kaum KDM.. banyak pilihan..

    ReplyDelete