There was an error in this gadget

Tuesday, 10 April 2012

Kronologi Pembentukkan Malaysia Di Antara Malaya, Sabah dan Sarawak

S.H. Alatas adalah salah seorang penulis buku yang memang dikenali di Sabah sejak awal tahun 70an lagi. Buku beliau bertajuk ‘Sarawak Kepada Siapa Hendak Diserahkan’ yang ditulis pada sekitar 70an itu telah menarik perhatian SR untuk dikongsikan bersama dalam blog Saya Ready. Dalam kandungan buku ini juga, beliau telah menyelitkan sedikit fakta secara ringkas sejarah bagaimana terbentuknya persekutuan Malaysia.

Dalam buku S.H Alatas ‘Sarawak Kepada Siapa Hendak Diserahkan’, beliau telah menyatakan bahwa pada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj difahamkan telah melahirkan hasrat untuk membentuk Persekutuan Malaysia. Oleh kerana kurangnya kesedaran politik dan factor kemunduran masa itu, Sabah dan Sarawak telah bersetuju dengan rancangan pembentukan Malaysia tanpa memikirkan kesan dan faedahnya bagi masa hadapan serta akibatnya dua Negara ini dalam masa jangka panjang.

Sir Alexander Waddell sebagai  Gabenor  Sarawak ketika itu berpendapat bahawa Sarawak menghadapi masalah yang sama dengan Sabah. Menurutnya, cadangan pembentukkan Malaysia adalah satu idea baru yang mengambil masa sebelum rakyat dua Negara ini dapat memahaminya.

Rancangan pembentukan Malaysia ini telah mendapat restu kerajaan British, ketika itu Harold Macmillan adalah Perdana Menterinya. Dalam bulan Julai 1961, Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) yang kelapan telah diadakan di Singapura bagi merintis kejayaan pembentukkan pesekutuan Malaysia. Pemimpin-pemimpin tanah jajahan British di Borneo ketika itu telah di arah menyertai persidangan tersebut.

Sidang CPA telah memberikan kesempatan kepada pemimpin-pemimpin Malaya dan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew untuk memberikan kesedaran kepada pemimpin-pemimpin Sabah, Sarawak dan Brunei ketika itu tentang rancangan Tunku Abdul Rahman. Persidangan ini telah berjaya mencapai matlamatnya sehingga terbentuknya Malaysia.

Langkah pertama persidangan ialah menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (JPPM), dan tujuh bulan kemudian Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi menyiasat hasrat rakyat di ketiga-tiga Negara Borneo ini tentang hal penggabungan dalam Malaysia disamping menjelaskan kepada mereka maksud persekutuan tersebut.

Selain itu juga, antara alasan Tunku yang menarik perhatian pemimpin-pemimpin Borneo ke arah kejayaan terbentuknya Malaysia sekarang ini ialah ancaman komunis kepada Sarawak sebagai alasan yang amat membimbangkan di kepulauan Borneo.

Pada 3 Februari 1962 di Singapura, JPPM telah menyiapkan laporan ‘Memorandum Untuk Malaysia’ dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Cobbold untuk perhatian dan pertimbangan. JPPM ketika itu yang dipengerusikan oleh Tun Fuad Stephens.

Manakala ahli-ahlinya atau perwakilannya adalah terdiri daripada seperti berikut:-

Perwakilan Sarawak – Yeo Cheng Hoe (Ketua), Tan Sri Ong Kee Hui, Tan Sri Temenggung Jugah anak Barieng, Pengarah Montegrai anak Tugang, Tun Abang Haji Openg, Datuk Leng Beng Sew, Datuk James Wong, dan Remeigius Durin anak Nganau.

Perwakilan Sabah – Tun Datu Mustapha bin Datu Harun (Ketua), Datuk Pang Tet Tsung, OKKGS Sundang, dan Lai En Kong.

Perwakilan Brunei (Pemerhati) – Datuk Pengiran Ali bin Pengiran Haji Mohd Daud (Ketua). Manakala lain-lain ahli terdiri daripada Datuk Setia Pengiran Haji Mohd Yusuf, Haji Jamil bin P.U.K  Awang Haji Umar, Datuk Temenggung Lim Cheng Choo dan Datuk Abdul Aziz bin Haji Mohd Zain.

Perwakilan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) – Mohamed Khir Johari (Ketua), Mohamed Ismail bin Mohd Yusof, Tan Sri V. Manickavasagam, Dr Burhanuddin bin Mohd Noor, Tan Sri Lee Siok Yew, Syed Esa bin Alwee dan Abdul Ghani Ishak.

Perwakilan Singapura – Lee Kuan Yew (Ketua), Ahmad bin Ibrahim, S. Rajaratnam dan Datuk Abdul Hamid bin Haji Jumat.

Manakala Suruhanjaya Lord Cobbold sebagai pengerusi pesidangan diwakili oleh Sir Anthony Abell, Sir David Watherston, Tan Sri Wong Pow Nee dan Tan Sri Muhammad Ghazali bin Shafie.

Akhirnya kata kesepakatan tercapai membentuk sebuah persekutuan yang dinamakan Malaysia, dan perjanjian berhubung dengan persekutuan ini (Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak) dengan kerajaan British yang dibuat di London pada 9 Julai 1963. Persekutuan ini telah terbentuk pada 31 Ogos 1963 dan pengisytiharan pula dibuat pada tarikh 16 September 1963.

Justeru itu, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj telah digelar sebagai ‘Bapa Malaysia’ dan ‘Bapa Kemerdekaan Malaya’.

KLIK DI SINI => Perjanjian 20 Perkara Sabah, antara kandungan perjanjian pembentukkan persekutuan Malaysia.


INFO LAIN SILA LAYARI YOU TUBE DI BAWAH INI

8 comments:

  1. sejarah sebenar pembentukan Malaysia perlu diketahui oleh semua lapisan rakyat.

    ReplyDelete
  2. 20 perkara itu pasti akan dilaksanakan sepenuhnya kepada Sabah.

    ReplyDelete
  3. Malaysia tidak akan tertubuh tanpa Sabah dan Sarawak. Malaya kena hormat hak dan kepentingan rakyat Sabah Sarawak.

    ReplyDelete
  4. Mungkin ada baiknya jika amalkan sistem satu negara, dua sistem. Ini kerana Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang unik. Pentadbiran yang diamalkan seharusnya bersesuaian dengan keadaan di negeri2 ini.

    ReplyDelete
  5. 20 Perkara adalah untuk melindungi Sabah dan termaktub dalam perlembagaan

    ReplyDelete
  6. Sekiranya Sabah sudah bersedia untuk mentadbir sendiri, rasanya kerajaan Persekutuan harus memberi kuasa autonomi kepada Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Autonomous power is one way to help Sabah achieve more independence. Hope that the Federal Government will agree.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
  7. The agreement during the formation of Malaysia should be uphold.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete