There was an error in this gadget

Monday, 30 April 2012

Kenapa Ada Jurang Perbezaan Gaji? : NAJIB Tidak ADIL!!!

Najib telah mengumumkan gaji bulanan minimum bagi pekerja-pekerja swasta di PICC semalam pada perhimpunan khas dengan sector swasta. Najib tidak dapat merasakan denyut nadi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan sebagaimana yang didakwanya dalam ucapannya semalam.

Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Speaker Dewan Rakyat (Parlimen) Malaysia telah timbulkan persoalan, kenapa penetapan gaji bulanan di Sabah, Sarawak dan Labuan rendah berbanding di Semenanjung Malaysia?.

Menurut kenyataan Ronald Kiandee yang dipetik dari laman social FB kumpulan beliau, Najib pada perhimpunan itu telah mengumumkan bahwa pekerja swasta akan mendapat gaji minima bulanan RM900 di Semenanjung Malaysia dan manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan hanya mendapat RM800 sahaja. Ia meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi kecuali pekerja yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan domestik, seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Dalam hal demikian juga, Ronald mendakwa bahwa MTUC telah setuju dengan quantum yang diumumkan oleh Najib. Maknanya MTUC juga setuju gaji minima Sabah, Sarawak dan Labuan mesti rendah dari Semenanjung Malaysia. MTUC seharusnya bela pekerja bukan majikan, katanya lagi.

SR setuju pada dasarnya pandangan Datuk Ronald, MTUC seharusnya mempertahankan kedudukan pekerja tersebut, tetapi Najib juga seharusnya memahami denyut nadi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan dan peka akan perkembangan semasa peningkatan harga barang dan kos sara hidup pada keseluruhan rakyat Malaysia yang tiada jurang perbezaan langsung.

Kenapa ada jurang perbezaan ini?, sedang harga barang di semenanjung Malaysia lebih murah berbanding dengan Sabah, Sarawak dan Labuan. Apa benarkah sepertimana dakwaan majority masyarakat di Sabah ini bahwa Kerajaan Persekutuan sekarang tidak berpegang pada prinsip ‘sama rata’ malah mengunakan perinsip ‘sapu rata’ mengikut kehendak dan kemahuan mereka sendiri. Maknanya slogan Najib ‘1Malaysia’ telah meleset jauh.

12 comments:

  1. ya.. senarusnya gaji minimum di seluruh negara di samakan. kos hidup di Sabah, sarawak dan Labuan jg tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabotage policy harus dikaji semula dan lebih baik dimansuhkan.

      Delete
    2. Hairan.kalau kerja kilang di Sabah gaji dalam 300-400 saja tapi kalau di Semenanjung boleh mencecah 2000 kalau tambah OT.

      Delete
  2. Serba serbi mahal di Sabah, seharusnya diberi sama rata atau Sabah & Sarawak diberi tinggi sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ada juga sesetengah barang yang murah di Sabah. sebab tu ramai yang dari SM suka datang dan membeli-belah di Sabah.

      Delete
    2. Somethings are cheaper, if bought from Labuan.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
  3. di sabah, paras garis kemiskinan bg rakyat di negeri ini ialah rakyat yg berpendapatan RM960 ke bwh.. Najib masih lg membelenggui rakyat sabah ini dlm kepompong kemiskinan..

    jika kerajaan umno/bn benar2 ingin mengeluarkan rakyat sabah dr garis kemiskinan, knapa tidak langkaui saja spt yg digariskan sewaktu Najib umumkan gaji berkenaan..

    ReplyDelete
  4. Ini menjadi persoalan sekarang. Kenapa perkara ini berlaku.Harap Datuk Najib perlulah selaraskan semua sekali. Taraf hidup di Sabah lebih tinggi dari semenanjung. Maka Datuk mesti bijak.

    ReplyDelete
  5. kenapa MTUC boleh bersetuju dengan pengumuman Najib?? adakah MTUC ditubuhkan hanya untuk membela nasib pekerja2 di semenanjung??

    ReplyDelete
  6. Just wait and see how the local employers adapt to the minimum wage policy after this.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said the issue of implementing the minimum wage policy in Sabah would be discussed further to get input from all parties on how best to address the matter.

    I believe the minimum wage policy should by right not only protect employees but also employers.Hopefully the government values the contribution of the business community to the economy and will not purposely create a situation that will cause disadvantage to business.

    ReplyDelete
  8. The implementation of the minimum wage policy should be seen as the key that could motivate employees to improve their productivity and strengthen businesses.

    ReplyDelete