Monday 5 March 2012

Rutin Harian Lempar Fitnah : Macai-Macai UMNO Kantoi!!

Blogger UMNO/BN seringkali menggunakan taktik kejam untuk menyebarkan fitnah, menipu dan menanam perasaan takut dan kebencian di kalangan orang Melayu dengan menggunakan berbagai cara tohmahan serta cercaan berbentuk sintimen agama dan kaum. Tujuan mereka hanya untuk mempertahankan pemimpin-pemimpin UMNO/BN bagi mengaburi mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan berbilion-bilion ringgit wang rakyat.

Terkini, kerajaan negeri Kelantan menjadi sasaran blogger-blogger upahan UMNO/BN dengan menghebahkan sepucuk surat bebentuk arahan. Kononnya, penyebaran fitnah seumpama ini akan dapat menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu. Tapi malang sekali, kerja-kerja fitnah yang sudah Allah s.w.t. laknat dan benci itu didapati kesahihannya boleh dipertikaikan, malahan ianya satu penipuan dan pembohongan. 

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah."

Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' ayat 221-223)

Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar ayat 32).

Firman Allah bermaksud: “...fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan...” (Surah al-Baqarah, ayat 217).


Saksikan kesahihan surat yang dihebahkan ini. Bentuk ayat-ayat yang tidak munasabah serta saiz fonts yang berbeza setiap perenggan. Malah, tandatangan yang dibulatkan itu seperti cakar ayam, macam tandatangan budak tadika. Bukan itu saja, 'SEBAGAIMANA' di tulis 'SEBGAIMANA'. Hahaha.. Penipu taik kucing!!


8 comments:

  1. Rakyat bukan mudah terpedaya dengan usaha menyebar fitnah, kita boleh menilai sendiri apa yang betul dan apa yang tidak.

    ReplyDelete
  2. Undilah dengan bijak semasa PRU-13 nanti, ikut naluri kita dan bukan desakan pengaruh luar.

    ReplyDelete
  3. Sekarang macam2 boleh jadi. Benar atau tidak memang sukar dipercayai. Dalam politik apa pun boleh berlaku, jadi rakyat pun pandai2 la menilai.

    ReplyDelete
  4. Fitnah ataupun tidak, be professional.

    ReplyDelete
  5. rakyat perlu bijak menilai semua perkara yang disiarkan.

    ReplyDelete
  6. Tidak buat rutin harian blogger Pakatan lagikah? Pembangkang sabah kah juga.

    ReplyDelete
  7. Pasti lagi teruk fitnah yang mereka lakukan dan tidak patut. Benar atau tidak??

    ReplyDelete
  8. itu sahaja cara dia mempertikaikan surat ini?? buat la laporan polis..

    ReplyDelete