Sunday 12 February 2012

DSP Salleh Said Nahkoda Kapal Dagang Yang Hampir Karam : Musli Oli


United Sabah Bajau Organisation (USBO) : Menurut portal USBO, organisasi ini pada hakikatnya telapun wujud sejak 43 tahun yang lalu. Pada mulanya sebagai Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) dan Persatuan Seni Budaya Bajau (PSBB). USBO diluluskan pendaftarannya dan perubahan namanya pada 10 Ogos, 2006.

AHLI MAJLIS TERTINGGI USBO 2008-2010

Penasihat : YB. Datuk Shafie Haji Afdal
Presiden : Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said.
Timbalan Presiden I : Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia
Timbalan Presiden II : Datuk Amir Kahar Tun Mustapha
Timbalan Presiden III : Pn. Chandramata Haji Sinteh
Naib Presiden I : Haji Norzain Haji Tawi
Naib Presiden II : Haji Mohamad Said Hinayat
Naib Presiden III : Abdul Rashid Alan
Naib Presiden IV : Datuk Haji Yusof Amat Jamli
Setiausaha Agung : Dr. Haji Liddy Salun
Bendahari Agung : Haji Mohd. Akhir Tikok
Ketua Penerangan : Kibin Haji Samad
Tim Setiausaha Agung : Jemil Haji Sidah

Ahli Majlis Tertinggi:
Engineer Ajin Gagah @ Hazin, Mohamad Amir Haji Awid, Marali Haji Adim, Mohd Salim Gabot, Haji Abdul Hamid Kalling, Ramzah Haji Ahmad, Mohd Hasnan Haji Abd. Ghani, Norshima Simon, Haji Juragan Samamin, Dr. Mohd. Sharif, Mohd. Yunin Atin, Awang Rablah, Musli Haji Oli,
 **********************************************************************************************************

Dalam isu ini, Salleh Said sebagai presiden USBO dicabar oleh Ahli Majlis Tertingginya sendiri untuk berdialog dalam soal-soal kepimpinan bangsa, yang sebelum ini beliau dianggap sebagai pemimpin bangsa Bajau. Siapakah dia yang begitu lantang sekali mencabar Salleh berdailog dalam hal-hal halatuju organisasi rumpun Bajau ini?.

Tidak lain dan tidak bukan lagi iaitu, En Musli Haji Oli yang memiliki sejarah tersendiri di mana pada tahun 2002 telah memohon injuksi di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk menghalang Tan Sri Chong Kah Kiat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pada 2003, berakhirlah episod penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah. Ada yang melihat ini adalah sebahagian daripada hasil perjuangan murni Musli. Maka itu, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman kekal sebagai Ketua Menteri sehingga sekarang.

Menurut En Musli, setelah Salleh Said tersingkir menjadi calon di PRU12 pada tahun 2008 lalu, beliau telah berjaya menubuhkan USBO dengan sokongan Tan Sri Pandikar dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk memperluaskan kepimpinan itu meliputi masyarakat dalam rumpun Bajau iaitu 'USBO'.

Musli dengan beraninya mencabar Salleh berdailog dengan katanya, "Saya ingin cabar SSK berdialog soal halatuju rumpun USBO. Ke mana kaum ini di bawa atau dijual?"

Musli menambah lagi, "Apakah agenda Salleh dengan USBO? saya adalah AMT pertubuhan itu sewaktu SSK tiada jawatan dalam kerajaan. Tapi selepas dia jadi Penasihat Sains dan kemudiannya sebagai Speaker, SSK tidak lagi perlu khidmat kami termasuk sdr Kibin Hj Samad. Dia memilih dikalangan YES MAN".

Pada pengamatan SR, tindakan Musli mengajak Salleh berdailog adalah satu langkah yang baik untuk menentukan halatuju pertubuhan NGO ini tanpa mengira fahaman politik. Tidak semestinya, berlainan ideologi politik itu tidak boleh bersatu fahaman di dalam NGO yang ditubuhkan bagi tujuan memartabatkan rumpun bangsa 'Bajau' di Sabah.

Di bawah ini, antara beberapa kenyataan-kenyataan Musli dengan rakan-rakan lain yang SR petik dari laman sosial FCB beliau untuk dikongsi bersama anda.

Musli Oli Asalnya sebuah BAHTERA PERJUANGAN.. Kerana kepentingan diri diubah-suai menjadi KAPAL DAGANG.. Kerana perasaan tamak, kapal menjadi senget. Bila semakin bertambah haloba dan hilang pedoman.. Kapal menunggu masa untuk karam!!!

Kelapa Mawar Ada dua yg bermain di fikiran saya ketika membaca kenyataan sdr Musli Oli ini, satu, MUNGKIN parti UMNO, kedua MUNGKIN juga USBO, kerana kedua-duanya bagi saya lebih kurang membawa makna yg sama w/pun USBO bkn parti politik..

Musli Oli KM memang seorang pemerhati yg tajam: hanya dua organisasi ini yg menjaja bangsa utk kepentingan seseorang atau puak2 mereka!! Bravo Kelapa Mawar!!

Musli Oli KM: Saya berucap di Kg Bengkahak dan Kg keguraan Kota Belud, saya mengingatkan para pemimpin yang mewakili bangsa dan suku masing-masing agar jangan mengikuti JEJAK seorang pemimpin yang sanggup jual bangsanya untuk dapat kedudukan dan berada dalam sistem..

Atats Samsul Belayar diair yg cetek apa lgi habis kipas kena batu karang.. akhirnya tersadai disitu juga,... Aduhaiii..

Maskan Rasta saya teringat kisah tragis kapal titanic karam terlanggar bongkah ais.siapakah terfikir kapal tersebut akan karam kerana ais..

Narawi Ahmad Kapal yg sudah tua tentu banyak masaalah dan akan tenggalam tidak lama lagi.

13 comments:

  1. USNO has not yet gotten the approval from ROS, would they sink before they sail?

    ReplyDelete
  2. Ooops sorry, out of topic. The main question is whether USBO actually have that much supporters to survive in the political scene?

    ReplyDelete
  3. USBO bahan dagangan....bangsanya miskin merempat dan papa kedana...

    ReplyDelete
  4. Green Sabah.. USBO semcm USNO juga itu rasanya, akan tenggelam sebelum belayar.. sbb, nakhodanya pakai kompas dua hala.. akhirnya karam terlanggar batu karang..

    ReplyDelete
  5. bro MO,

    dlm sejarah kota belud, tiada pun jutawan bajau atau iranun yg kita boleh tunjukkan dpt membantu bangsanya sndiri.. mungkin jg ada, tapi sedikit..

    tidak juga SR nafikan, memang ada jutawan di kota belud ini, setelah menjual bangsanya sndiri bg kepentingan peribadi..

    ReplyDelete
  6. USBO harus tumpukan pada matlamatnya penubuhannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka harus kembali kepada visi dan misi asal USBO.

      Delete
  7. Karam atau tidak boleh tahu juga tu nanti.

    ReplyDelete
  8. USBO masih bertahan sehingga kini, memang jangka masa yang panjang. USNO biar pun masih ramai penyokong tapi tidak mendapat kelulusan dari ROS. USBO masih lagi ada yang menyokong.

    ReplyDelete
  9. USBO pasti akan meneruskan usaha untuk berjuang untuk penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  10. beliau tidak akan karam selagi ada banyak tempat berpaut dikiri kanan beliau..

    ReplyDelete
  11. tidak semestinya dalam menentukan halatuju pertubuhan NGO ini perlu ada dialog atau debat.. lebih baik buat saja perbincangan tertutup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin ramai yang mahu ambil pendekatan secara berdebat. Mungkin ini satu anjakan paradigma?

      Delete