Sunday 9 September 2012

Tugu Peringatan Pahlawan Embo Ali di Kota Belud : PERLU atau TIDAK PERLU?

Sejarah kepahlawanan Embo Ali (Sharif Ali) dalam masyarakat Kota Belud, merupakan satu catatan kronologi silam lagenda perjuangan penentangan penjajahan British di Sabah. Penentangan Embo Ali terhadap penjajah British itu tercetus dalam Peristiwa Perang Pandasan yang berlaku pada tahun 1915. Perjuangan tersebut dianggap amat tinggi nilainya.

Mesejnya di sini ialah, sebagai memperingati perjuangan Embo Ali yang menentang penjajah British itu sehingga gugurnya beliau dimedan juang dalam Peristiwa Perang Pandasan seharusnya menjadi teladan kepada semua pihak dan masyarakat Kota Belud. Sejarah kepejuangan tokoh tersebut semangkin lama semangkin pupus dan dilupakan terutama sekali dalam minda masyarakat generasi muda daerah ini yang tidak langsung mengenali dan mengetahui, siapakah Embo Ali sebenarnya.

Dalam hal demikian, 'Tugu Peringatan Pahlawan Embo Ali dan Pengikutnya' sewajarnya dibina bagi memperingati sejarah perjuangan Embo Ali menentang penjajah British. Dengan terbinanya tugu berkenaan, sudah tentulah sekali dapat menjana ekonomi daerah Kota Belud dalam industri pelancongan.

SR rasa terpegun dan terharu, bila melayari laman sosial FB Datuk Masidi Manjun beberapa hari lalu. Terpapar dengan gahnya beliau menyempurnakan acara perasmian Tugu Peringatan Pahlawan Dusun Bukit Lahawon bertempat di Kg Narambai, Mininsalu, Ranau.

Justeru itu, satu persoalan yang SR tinggalkan di sini.. Apakah sumbangan serta peranan kita dan pemimpin-pemimpin di daerah Kota Belud ini terhadap pejuangan Embo Ali menentang penjajah British..??

Lorong  ini satu penanda aras kesahihan kewujudan Pahlawan 'Emboh Ali'
Lorong 'Emboh Ali' ini bersebelahan dengan pusat membelibelah Gui Bothers Trading Sdn Bhd, Kota Belud

Sekiranya di alam maya ini juga tercatatnya Peristiwa Perang Pandasan yang membuktian bahawa Embo Ali itu adalah seorang pejuang dan pahlawan Kota Belud.. Apakah perlu kita berdiam diri, tanpa memperingati serta mengenang jasa-jasa perjuangan Allahyarham Sharif Ali..??

SUMBER:-

Bukti sejarah penentangan terhadap penjajah yang dipelopori oleh Embo Ali sekitar tahun 1915.

Sejarah perjuangan Sharif Ali atau lebih dikenali dalam masyarakt Kota Belud sebagai Embo’ Ali, merupakan catatan penting dalam lipatan sejarah daerah ini.

Tapak Bersejarah Perang Pandasan Perlu diwartakan.
 

Embo Ali adalah ikon pejuang.

No comments:

Post a Comment