Friday 22 June 2012

Kuda Bajau Digunakan Untuk Perjudian Lumba Kuda di Tambalang, Tuaran Selain Dari Tujuan Tradisi dan Adat Resam

Daerah Kota Belud adalah sebuah daerah yang banyak mencipta sejarah. Dalam arena politik, masyarakat Kota Belud memiliki pemimpin-pemimpin berkaliber malah digeruni oleh masyarakat luar di daerah ini. Apa tidaknya, Kota Belud telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang banyak menjawat jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan, seperti Tuan Yang Terutama (TYT), Ketua Menteri, Menteri, Pembantu Menteri, Menteri Persekutuan dan Speaker Dewan. Daerah ini jugalah yang pertama menerima kemasukkan UMNO di Sabah, sehinggakan mendapat gelaran ‘Anak Sulung UMNO’.

Pekan ะšota ะ’elud juga amat sinonim dengan panggilan ‘Pekan Koboi’. Sesiapa sahaja pelancung yang mengunjungi Pekan Kota Belud, pertama yang mereka hadapi dan lihat ialah mercu tanda ‘replika kuda’ yang menjadi simbol tradisi dan adat resam masyarakat Kota Belud.

‘Kuda Bajau’ suatu ketika dahulu digunakan di daerah ini sebagai kenderaan dan tujuan peperangan menentang penjajah. Selain itu juga, ia digunakan untuk menyambut orang-orang kenamaan. Sekarang hanya jadi penghias adat resam tradisi nenek moyang terdahulu bagi tujuan-tujuan majlis kebesaran seperti perkahwinan dan sebagainya.

Baiklah! Kita tinggalkan sejarah itu seketika, mengenai adat resam dan tradisi masyarakat Kota Belud. SR pun tak berapa arif tentang adat piadat ini. Apa yang SR mahu fokuskan di sini ialah, kuda sememangnya banyak memberikan manafaat terutama sekali jika ia digunakan untuk tujuan perniagaan. Di Tuaran contohnya, sebuah pusat pelancungan telah menggunakan kuda sebagai tarikan pelancung.

Tapi, apa pula ceritanya ini? Petang tadi SR mendapat SMS dari seorang kawan (nama mahu dirahsiakan), konon ada pemimpin UMNO di Kota Belud menjalankan perniagaan memelihara kuda untuk tujuan lumba kuda setiap kali hujung minggu di Tambalang, Tuaran. BETULKAH BERITA INI??..

Jika betul, apa yang perlu dilakukan? Apakah masyarakat Kota Belud masih ingin mempertahankan pemimpin seumpama itu?. Jika tidak benar, adalah lebih molek sekali sebagai selaku Ketua Bahagian, Pemuda Bahagian, Wanita dan Puteri UMNO Kota Belud tampil untuk menafikan perkara tersebut.

Jangan ada pemimpin yang boleh menconteng arang ke muka pemimpin-pemimpin seperti yang SR maksudkan di atas. Ia boleh menjatuhkan imej pemimpin-pemimpin kita yang berjiwa rakyat.. Kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.. wallahualam..

16 comments:

  1. jglah kita melibatkan diri dalam judi kuda. siapa pemimpn yang dimaksudkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjudi akan memusnahkan kehidupan sendiri.

      Delete
  2. konon saja, belum dapat dipastikan. bagus siasat dulu perkara ni.

    ReplyDelete
  3. Di Tambalang Tuaran pun sudah ada replika kuda ni. Ramai yang akan nampak jika memasuki simpang ke padang lumba kuda Tambalang Tuaran.

    ReplyDelete
  4. Tempati itu janganlah dijadikan tempat perjudian, manalah perginya hormat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum confirm lagi dakwaan ini. Tapi kalau betul pun, kerana duit, segelintir manusia sanggup buat apa saja kan.

      Delete
  5. Hopefully this rumors that a leader is breeding the horses for horse race will be investigated.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. This sort of activities can damage our leader's reputation, hope that it is only a rumors.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  6. Siapalah gerangan tuan empunya diri yang dimaksudkan itu? Silap cakap, nanti kena saman. Remains Anonymous sajalah.

    ReplyDelete
  7. siapakah org yg boleh nafikan bahwa tempat di Tambalang, Tuaran itu adalah pusat judi lumba kuda yg dulunya berada di Tanjung Aru, Kota Kinabalu..

    setiap hjg minggu berduyun pickup yg sarat dgn muatan kuda dr Kota Belud, ini pun ada org yg boleh nafikan ke..? gambar2 kandang kuda pemimpin tersebut ada dlm doc SR..

    artikel ini hanya sekadar peringatan kpd rakyat agar tidak memilih pememimpin spt ini lagi.. persoalannya lg, pemimpin tersebut disokong oleh pemimpin KB yg berpengaruh juga utk mendpt tempat dlm jwtan tertinggi dlm umno.. rosakkkk..

    ReplyDelete
  8. Belum pernah lagi saya pergi sana lumba kuda di Tuaran. Macam mahu tengok juga macam mana suasananya. Macam mendapat sambutan saja mengenai lumba kuda di Tuaran itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau setakat dtg sana sekdar untuk menonton, tiada masalah jg.. jgn ja ikut bertaruh.

      Delete
    2. Lumba kuda di Tuaran belum pernah tengok lagi tapi di Tanjung Aru pernah, dulu2.

      Delete
  9. Kuda ku lari gagah berlari..Ayuh lari..hehe Macam mahu belajar naik kuda nanti. Dapat juga join lumba kuda sana Tambalang.

    ReplyDelete
  10. Pasti rakyat di KB tahu menilai semua tu..

    ReplyDelete
  11. baik dedahkan terus siapa pemimpin itu.. biar dia nafikan sendiri tuduhan ini atau terpaksa memilih jalan mengakuinya..

    ReplyDelete