There was an error in this gadget

Tuesday, 12 June 2012

Mampukah Rakyat Transformasikan Kepimpinan Negara?

Sejak berdekad lamanya, masyarakat kita sering didodoi dengan senikata lagu kesejahteraan yang berpaksikan material dan duniawi. Dikalangan pemimpin-pemimpin yang menerajui kepimpinan Negara kita masa kini mendodoikan senikata itu dengan suara yang merdu menyebabkan kita terlena dalam buaian.

Masyarakat kita umpama bayi yang menangis hanya didodoikan dibuaian sehinggakan tidur lena mendengar nada lagu yang sangat merdu. Sedar-sedar lagi kita masih di situ tanpa berganjak, kerana kita hanya berada dibuaian yang dilambung setinggi manapun tetap berpaut pada tali gantungan. Itulah analogi yang dapat digambarkan tentang aspirasi kehidupan kita selama ini.

Kini, adalah era perubahan yang memerlukan penampilan pimpinan yang mampu menanganinya. Dalam era inilah, pemimpin seharusnya sedar dan mampu memperolahi maklumat-maklumat yang tepat dan cukup ke arah perubahan. Pimpinan sewajarnya mempunyai kekuatan intelektual dan daya fikir yang tajam untuk menganalisis sesuatu. Justeru itu, mereka mampu menggariskan sesuatu matlamat yang jelas. Dan yang amat penting sekali, mereka menginsafi kepemimpinan sebagai taklif (amanah dan tanggungjawab), bukannya tasyrif (kemegahan dan kebesaran).

Peter F Drucker mengatakan, “the leader sees leadership as responsibility rather than as rank and privilege”. Beliau membezakan antara leader (pemimpin) dan misleader (penyesat). Menurut Drucker, pemimpin ialah yang mempunyai perjuangan yang unggul, memahami fungsi kepimpinan dan tidak takut atau cemburu dengan kekuatan rakan-rakan dan orang-orang bawahannya. Kejayaan rakan-rakan itu tidak dirasai sebagai satu ancaman, sebaliknya menjadi kejayaannya jua. Misleader atau penyesat pula, sering merasa tergugat dengan kejayaan rakan-rakan atau orang-orang bawahannya. Justeru itu, ia sentiasa memperlekeh atau merendah-rendahkan mereka – (The New Realities, Harpers and Row publisher, New York 1990).

Era globalisasi yang kian mencabar ini juga  merupakan era yang sengit dengan persaingan. Dalam dunia ini, akan wujud dua kelompok masyarakat iaitu ‘menang dan kalah’. Di mana masyarakat kita mahu berada?, tentu sekali ingin berada dipihak yang menang. Untuk memenuhi kehendak kemenangan itu, kita memerlukan transformasi jiwa dan minda. Untuk mentrasformasikan masyarakat, kita memerlukan pemimpin yang mampu merubah keadaan umat, mengilap bakat dan mengembangkan potensinya, menyemarakkan nilai-nilai agama di dalam masyarakat kita.

Negara kita yang sedia diketahui bahawa berkurun lamanya telah mengamalkan berbagai faham dan ideologi serta anutan. Semua agama berkehendakkan kepentingan sejagat dengan kebaikkan, tanpa menimbulkan kemaslahatan. Semua ini dapat dicapai jika pimpinan kita memiliki kepemimpinan yang berteraskan nilai-nilai keilmuan, ketaqwaan, moral yang baik, tidak ada prejudis dan sebagainya. Inilah nilai-nilai yang relevan sepanjang zaman dan mengupayakan kita menghadapi sebarang cabaran di masa hadapan.

Dalam Islam, soal persaingan usia senior atau junior tidak timbul sama sekali. Ketika Saidina Abu Bakar as-Sidek menjadi khalifah, baginda pernah melantik Khalid Ibn Al-Walid menggantikan Abu Ubaiydah Ibn Al-Jarah sebagai ketua tentera. Walaupun ketika itu Khalid lebih muda dari Abu Ubaiydah, tetapi era itu amat memerlukan kemampuan Khalid Ibn Al-Walid untuk mengetuai tentera Islam kerana dekad itu adalah era kebangkitan Islam. Oleh itu kepimpinan kita hendaklah berteraskan kepada kualiti cara kepemimpinan Islam yang berilmu atau memiliki intellectual prowess.

Menggariskan wawasan dan merancangnya dengan teliti adalah keunggulan yang ada kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w ketika merangka setiap gerakannya. Baginda begitu berstrategik dengan menjalankan dakwa secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat. Daripada keluarga, sahabat, masyarakat dan seluruh umat di muka bumi ini. Dalam perjuangan, baginda tidak pernah kehilangan arah dan sama sekali tidak seperti pemimpin lain yang hipokrit, tidak berprinsip, tiada wawasan dan sering kehilangan arah tujuan sebenar kerana tidak mampu merancang dan memandu masyarakat yang ada di bawah pimpinannya.

Lantaran itu, kepimpinan yang ada mutakhir ini di Negara kita haruslah ditransformasikan kerana gagal membimbing masyarakat dalam unsur-unsul nilai yang dikehendaki oleh agama iaitu jujur, adil dan amanah. Pemimpin yang ada kini harus dipertanggungjawabkan kepada yang mampu merancang dan mempunyai wawasan untuk kesejahteraan masyarakat pimpinannya. Bukan merancang untuk kepentingan diri dan kroni-kroninya sahaja semata.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah meluahkan apa yang terbuku dihati beliau  selama ini bahwa UMNO sebagai peneraju pemerintahan Negara sekarang ini ketandusan pemimpin dengan katanya, “UMNO dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS”.

"Ini akhirnya menyukarkan UMNO mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pilihan raya", tambah Mahathir lagi kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Melaka pada 28 Mac 2012 yang lalu - (Bernama).

Halatuju dan perubahan yang ingin dicapai oleh masyarakat kita perlu diperolehi dengan memenuhi pra-syarat perubahan iaitu perubahan dalaman atau anjakan paradigma dan juga perubahan luaran yang melibatkan rombakan struktur dan strategi kepimpinan yang ada. Sebarang perubahan atau hajatuju itu haruslah dipandu oleh pimpinan yang ada kualiti-kualiti yang islamik dan dinamik.

Dalam konteks ini, John Naisbitt pernah membicarakan kepemimpinan yang memandu halatuju sesuatu masyarakat dengan katanya, “Pemimpin yang berkesan mendapat komitmen dan dokongan dengan penampilan diri sebagai contoh kecemerlangan menerusi sikap yang beretika, terbuka dan memberi kekuatan kepada para pengikut serta mampu menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat” - (Sidgwick Jackson, London 1990).

Mampukah kita masyarakat di Malaysia ini yang inginkan perubahan ke arah kecemerlangan untuk membuat transisi kepimpinan yang ada dengan mentransformasikan ia dikertas undi menjelang PRU13 nanti?. Kita masyarakat yang dahagakan khazanah Negara bukan sahaja dari hasilnya, malah pengalinya adalah amat diperlukan sekali agar dapat direalisasikan dan berupaya memenuhi ciri-ciri kegemilangan yang boleh membawa kita ke halatuju yang sebenar dan diredhai oleh Allah s.w.t. Wallahualam..

10 comments:

  1. Maka rakyat perlulah bijak menilai sesuatu perkara itu.

    ReplyDelete
  2. rakyat akan menentukannya.

    ReplyDelete
  3. Just wait and see the results in 13th GE

    ReplyDelete
  4. Perubahan cemerlang hanya akan berlaku jika para pemimpin yang menerajui negara ini mempunyai integriti yang tinggi serta pandangan jauh ke depan.

    ReplyDelete
  5. Good quote from Peter F Drucker, leadership should be about responsibility for their people, rather than just rank and privilege. Hope that our leaders will do their duty to the people.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. A leader who is sincere in serving the people and is willing to fulfill his responsibility will surely gain the people's support and votes during the next GE.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. sudah tentu masyarakat di negara ini mahukan perubahan, tapi majoriti rakyat masih belum yakin bahawa kerajaan baru itu nanti mampu memberikan perubahan seperti yang diinginkan oleh rakyat..

    ReplyDelete
  8. kalau mahu rakyat melakukan perubahan, pemimpin2 politik perlu berusaha meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu melaksanakan perubahan, bukan sekadar omong kosong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tugas pemimpin yang mewakili kerajaan memang sangat penting dan perlu dilaksanakan dengan penuh amanah

      Delete
  9. Rakyat perlu pemerintah yang bijak dan saksama. Rakyat tiada kerajaan, rakyat akan terumbang ambing. Kalau tiada tali, macam mana buaian boleh dibuai tinggi.

    ReplyDelete