Friday 10 August 2012

Mahathir kata tak perlu..!! Najib ke Sabah untuk menerangkan pembentukkan RCI : Wences Angang

Sempena lawatan rasmi Perdana Menteri DS Najib Tun Razak ke negeri di Bawah Bayu pada 11 Ogos 2012 ini, rata-ratanya rakyat Sabah inginkan Najib mengumumkan penubuhan RCI (Royal Commission of Inquiry) atau Suruhanjaya Inkuiri Diraja bagi menangani isu pendatang tanpa izin (Pati) di negeri ini.

Ramai yang mengharapkan penubuhan RCI dapat dan berjaya dibentuk untuk menangani isu Pati di Sabah dan juga seluruh Malaysia, tetapi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula seolah-olah menjadi batu penghalang kepada pembentukan RCI terhadap pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah. Menurut Mahathir, ia tidak akan memberikan sebarang perubahan yang akan menyelesaikan masalah berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Presiden UPKO Datuk Wences Angang cuba membidas Mahathir tentang kenyataannya yang seolah-olah cuba menghalang pembentukkan RCI.

Wences berkata dalam satu petikan kenyataannya dalam akhbar, “Sekarang, dia (Mahathir) tiba-tiba muncul menyuarakan sokongan kuatnya terhadap pemberian kerakyatan kepada bilangan warga asing yang besar apabila Perdana Menteri kini (DS Najib Tun Razak) baru hendak datang ke Sabah untuk mengumumkan secara rasminya pembentukkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas pendatang haram”.


Wences mendakwa bahwa, kenyataan Mahathir itu betul-betul antiklimaks kepada jangkaan dan harapan tinggi pada kunjungan Najib ke Sabah pada 11 Ogos ini untuk menerangkan selanjutnya tentang penubuhan dan pelaksanaan RCI. Jika betul Mahathir menghalang pembentukkan ini, kandungan buku oleh Mutalib "Projek IC : Agenda Tersembunyi Mahathir" kemungkinan mengandungi banyak kebenarannya, tambah beliau lagi.

Wences juga mencadangkan supaya Mahathir bersara dengan aman dan membiarkan Najib menjalankan pentadbiran negara tanpa campurtangan luar. Beliau juga beranggapan, ada dikalangan pemimpin-pemimpin politik tertentu yang cuba menghalang pembentukkan RCI selain Mahathir.

19 comments:

  1. RCI perlu ditunaikan dan dilaksanakan di Sabah. Dr M tidak patut menghalangnya untuk dilaksanakan.

    ReplyDelete
  2. macam mana lantang pun suara Tun M hingga bergema diseluruh pelusuk negara, ianya hanya ibarat tin kosong.. bunyi saja kuat tapi isi tidak ada.. apa kuasa beliau untuk menghalang usaha2 kerajaan pimpinan Najib? era beliau sudah lama berlalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. era regim mahathir sudah lama berlalu...rakyat tidak mahu beliau mencampuri dalam urusan kerajaan...beliau kini adalah orang luar...

      Delete
    2. Mahathir berhak mengeluarkan pandangannya sendiri tentang RCI tapi beliau tiada hak untuk memutuskan sebarang tindakan dibuat samada untuk teruskan atau menghentikan RCI.

      Delete
  3. DS najib, tidak perlu takut dengan mahathir...dia tidak boleh buat apa2...dia tiada kuasa esekutif...dia bukan PM...buat saja apa yang perlu dibuat mengenai RCI...tubuhkan RCI agar kita tahu siapa yang bertanggungjawab ke atas projek IC di sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suara rakyat perlu diutamakan, rakyat yang berkuasa di negara kita.

      Delete
    2. Mahathir hanya takut dengan bayang2nya sendiri. mungkin juga terbayang 'dosa' lampaunya.

      Delete
  4. penubuhan RCI memang impian rakyat Sabah

    ReplyDelete
  5. kerajaan patut mendengar suara ramai dan bukannya membuat keputusan berdasarkan suara sebilangan kecil yang membantah penubuhan RCI ini

    ReplyDelete
  6. biarlah RCI ditubuhkan atas permintaan rakyat

    ReplyDelete
  7. inilah masa kerajaan buktikan bahawa suara rakyat diutamakan

    ReplyDelete
  8. tentunya rakyat akan memberi sokongan kepada BN jika masalah PATI ini dapat ditangani

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum tentu lagi terlaksana, saya risau ia hanya wayang kulit umno/bn.. pemansuhan ISA pun sehingga skrg tiada kesudahannya..

      Delete
    2. pandai2lah rakyat nilaikan sendiri. terjemahkan dalam bentuk undian.

      Delete
  9. Najib tahu apa yang perlu dilakukannya, jadi tak payahlah kita risau.

    ReplyDelete
  10. Harap Tun akan diam dan tidak campur tangan kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan sahaja.

    ReplyDelete
  11. RCI mesti ditubuhkan, tak perlu dgr kata mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib pun sudah umumkan terma2 RCI dan akan dilaksanakan

      Delete
  12. Tidak payah la dengar sangat Mahathir punya cakap.

    ReplyDelete