Thursday 9 May 2013

Artikel Hangat Pilihan Saya Ready - Apa Cina Nak Lagi?

Sebagai rakyat Malaysia, Saya Ready ingin mengajak rakyat seluruh lapisan masyarakat berbilang kaum di negara ini, supaya dapat membuka ruang lingkup minda yang tertutup selama ini. SR mohon, berilah masa yang singkat untuk membaca artikel di bawah..


ARTIKEL PENUH!!

   Kepada para Pemimpin yang tertanya "Apa Cina nak lagi":
Saya sebagai Malaysian yang berbangsa Cina ingin memberitahu kepada semua Malaysian yang saya kasihi bahawa kami tidak minta banyak seperti Utusan nyatakan.
  1. Orang Cina hanya minta satu Pilihanraya yang bersih dan adil seperti semua Malaysian yang minta. Tiada isu-isu yang tidak masuk akal berlaku tidak kira di mana-mana sahaja.
  2. Orang Cina hanya minta Malaysia adalah selamat dan aman damai seperti semua Malaysian yang minta. Saya tanya kepada semua Malaysian, adakah anda rasa anda berasa selamat semasa berada di luar samaada di dalam rumah? Pada tahun 2012, beberapa kes-kes rompak berlaku di dalam dan luar kawasan rumah? Selain itu, berapa kes-kes tembakan oleh pembunuh? Ini dipanggil aman damai? Sedangkan rakyat Malaysia takut setiap masa dan pembunuh tu macam tidak habis ditangkap.
  3. Orang Cina hanya minta orang yang berkebolehan diambil perhatian dan diambil berat oleh Negara tanpa memainkan isu perkauman. Pernahkan anda dengar Budak Cina dapat CGPA 4.0 tidak dapat masuk Universiti tempatan? Bagi yang tidak pernah dengar maka saya di sini bagi tahu bahawa setiap tahun akan berlaku peristiwa ini.
  4. Pernahkah Orang Cina mainkan isu perkauman dalam surat khabar "Pinyim"? Saya percaya ramai kawan-kawan yang bukan bangsa Cina tetapi pakar dalam bahasa Pinyim juga tahu bahawa Orang Cina sangat suka Negara ini dan suka berkawan dengan bangsa lain dan tidak suka main isu perkauman. Orang Cina tidak pernah fikir atau ingin memcabar kedudukan Khas bumiputera dalam perlembagaan Negara. Orang Cina tidak pernah fikir atau ingin mengambil ahli Negara sebagai Negara orang Cina. Kami lahir di Malaysia dan kami adalah rakyat Malaysia. 
  5. Dalam PRU 13, jumlah undi yang didapat oleh BN hanya tidak sampai 49% sedangkan Pakatan Rakyat dapat 51%. Data ini menunjukkan bahawa bukan hanya Bangsa Cina kata Tak Nak kepada BN sedangkan bangsa Cina hanya 20++% dalam jumlah penduduk di dalam Malaysia. Jika anda tertanya kepada Bangsa Cina sahaja maka anda tidak mengamalkan prinsip 1 Malaysia.
Saya di sini tulis dengan bahasa Malaysia sebab ini adalah bahasa Rasmi Malaysia dan ini senang difahami oleh Rakyat Malaysia dan tidak mudah timbulkan isu salah faham oleh kaum lain. Secara kesimpulannya, Rakyat Malaysia sentiasa berdoa hidup dalam negara yang selamat, aman damai, hidup hormoni antara sesama lain dan juga berdoa Pemimpin yang bersih, amanah, berbakti kepda Negara, dan sentiasa prihatin kepada Rakyat Malaysia. Ini hanya satu permintaan yang ringkas dari Rakyat Malaysia kepada semua pemimpin negara dan bakal pemimpin negara.

Ini adalah kenyataan saya diri sendiri Rakyat Malaysia dan tidak mewakil mana-mana organisasi.
S'ng Chee Wai
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan adil dan benar, maka ia akan mudah melihat keadilan dan kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan adil dan benar..

No comments:

Post a Comment