Wednesday 23 January 2013

Krisis dalaman UMNO Barisan Nasional membawa kehancuran atau kemahsyuran Negara?


Krisis dalaman yang berlegar-legar dalam UMNO Barisan Nasional tidak terungkap dengan kata-kata atau secara zahir. Kerana ada krisis bak penyakit yang menjelma dalam peribadi pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional itu sendiri yang merebak ibarat wabak bahaya menjangkiti kepada sesiapa yang berada disekelilingnya.

Krisis yang terletus dan tersebar luas itu tidak dapat dibendung lagi, malahan ianya telah membawa pelbagai masalah kepada kehidupan rakyat di Negara ini. Konflik ini sengaja dicanang oleh sekumpulan yang mahukan kuasa itu kekal ditangan mereka sehingga terciptanya suatu pemusuhan, perbalahan dan pergolakan yang amat ketara.

Lazimnya, sesiapa yang menghadapi krisis ini sememangnya kehidupan rakyat tidak akan stabil dan Negara terdedah kepada pelbagai kepincangan dan kemusnahan. Antara kesan yang mungkin dihadapi ialah taraf hidup rakyat tergugat malahan rakyat juga akan resah, kemungkinan juga pemerintah gelisah dan pelbagai lagi kemungkinan yang akan berlaku sekiranya krisis itu berterusan.

Antara krisis yang amat ketara sekali dilihat mutakhir ini ialah krisis kepimpinan, rakyat tidak lagi menghormati kepimpinan Negara dan langsung tidak menghormati pemerintah malahan, pemerintah tidak dipatuhi dan hilang kedaulatan. Ini menunjukkan petanda awal Negara akan diambang krisis yang kritikal, dan sekiranya rakyat tidak memikirkan cara bagaimana untuk menanganinya, tentu sekali rakyat juga yang akan menerima akibatnya kelak.

Apa yang diperhatikan, krisis dalaman UMNO Barisan Nasional sudah merentasi sempadan. Dikalangan mereka sendiri berlaku pergolakkan dan konflik kerana perbalahan pemahaman dan perbezaan pendapat dalam politik, kadangkala terletus ungkapan-ungkapan penghinaan sesama sendiri, kaum dan agama mereka sehingga berlaku ketegangan. Semua ini mempunyai makna tersendiri yang boleh membawa kepada krisis kehidupan rakyat.

Kerakusan dan tindak-tanduk mereka itu bukan sahaja merosakkan diri mereka sendiri atau parti-parti komponen mereka, bahkan ianya juga boleh membawa kepada kemusnahan Negara dan kestabilan hidup rakyat yang tak tahu apa-apa. Mereka seolah-olah gagal menguruskan kehidupan rakyat di Negara ini dengan baik. Ada juga penyelesaian yang diambil oleh meraka, namun bukan membawa kepada kebaikkan ianya ibarat tikus yang membaiki labu.

Majoriti rakyat di Negara ini sememangnya mengetahui bahawa, krisis dalaman UMNO Barisan Nasional itu ada di antara individunya yang terjerat dengan krisis kewangan, pelaburan lesap, hutang bertimbun, poket barait kempis dan pelbagai lagi krisis yang dihadapi. Jika diperhatikan dengan krisis kepimpinan, ada juga konflik antara peribadi, perbezaan pendapat, perwatakan dan citarasa fahaman sehingga membawa kepada penghinaan dan jatuh menjatuh dikalangan mereka sendiri.

Umumnya juga semua lapisan masyarakat di negara ini maklum bahawa, kenapa UMNO diharamkan sehingga terbentuknya UMNO (Baru) di bawah kepimpinan Dr Mahathir ketika itu. Mahathir adalah ketua pemerintah kuku besi, siapa di antara mereka ketika itu yang mengancam kedudukkannya akan dijatuhkan dengan cara apa sekali pun. Siapa pemimpin yang berkrisis dengan Mahathir, tentu akan menerima padahnya.

UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.

Pada 1999, Mahathir telah menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.

Mahathir pernah berkrisis dengan Tungku Abdul Rahman, Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah), dan semua pemimpin-pemimpin tersebut telah memberi tentangan kepada Mahathir. Regim Mahathir jelas memperlihatkan kepada umum bahawa beliau ingin mewariskan legasi kuasanya dalam UMNO Barisan Nasional kepada generasinya iaitu anaknya Mukriz Mahathir serta kuncu-kuncunya.

Dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sekarang ini, masih lagi merujuk dan mengagung-agungkan Mahathir. Jauh sekali mereka meratapi apa yang Mahathir telah lakukan kepada UMNO sebelum ini. Jika benar Mahathir dan kuncu-kuncunya sayang dan ingin mempertahankan UMNO, tentu sekali Pak Lah ketika itu sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang telah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO tidak diporak-porandakan oleh regim Mahathir.

Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Pak Lah. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008 setelah Mahathir khianati Pak Lah, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak (TKO), dan Selangor selain PAS mengekalkan Kelantan.

Mahathir telah melakukan berberapa helah dan strategi untuk menjatuhkan Pak Lah dengan menggunakan kelibat Tan Sri Muhiyiddin Yassin. Akhirnya Pak Lah berjaya dijatuhkan sehingga turun tahta, dan Dato’ Seri Najib Tun Razak pula telah diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6 sehingga kini. Dengan peralihan kuasa itu rakyat terlalu mengharapkan perubahan, namun apa yang berlaku dan diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Mahathir semakin galak memasuki hal-ehwal dalaman pentadbiran Najib dalam UMNO, sekalipun dalam pentadbiran kerajaan di Negara ini. Najib dilihat lemah dalam pentadbiran, Najib memiliki kekuatan pun bukan kepada pengaruh bapanya atau jawatannya sebagai Perdana Menteri. Kekuatan Najib terletak kepada isterinya Rosmah Mansur yang mana, Mahathir sendiri pun tidak berani menegur. Apa lagi pemimpin-pemimpin UMNO lain, dengar batuk Rosmah pun mereka kecut.

Setelah Mahathir keluar dalam UMNO di zaman pentadbiran Pak Lah, satu tabloid telah melaporkan bahawa Tun Musa Hitam pernah berkata, 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu. Namun, kenyataan Musa Hitam itu telah meleset, hakikatnya Mahathir semakin galak dan masih juga berkokok disinggah-sana.

Ke mana Mahathir bawa UMNO – Kemahsyuran atau Kehancuran?.. Ikuti kupasan selanjutnya dalam ‘Siri II’..

Kepekaan dan kebolehan mengenal pasti, menganalisis, merumus, mentafsir dan menilai isu-isu semasa yang wujud dalam konflik politik Negara secara rasional adalah penting untuk mewujudkan kesedaran bagi kebaikkan diri dan Negara. Ini adalah penting kepada setiap lapisan masyarakat yang celik maklumat dan ilmu.

Untuk menghadapi isu-isu semasa dengan berfikiran secara terbuka dan cuba menghadapinya dengan sikap positif dan bertanggungjawab adalah merupakan ciri-ciri rakyat yang baik dan mantap. Di dalam masyarakat moden hari ini, pemimpin berlumba-lumba mengejar kesenangan untuk kemajuan dan harta. Justeru itu, tidak heranlah sekiranya tumpuan kepada kemajuan rakyat kian berkurangan.

28 comments:

  1. Ancaman fitnah dari luar parti mungkin mampu ditangani UMNO menerusi pelbagai strategi dan kaedah, namun fitnah dari dalam parti juga perlu diberi perhatian.

    ReplyDelete
  2. Angkara fitnah dalaman itu juga amat berbahaya kesannya kepada parti yang pada masa sama menerima serangan fitnah dari luar.

    ReplyDelete
  3. Fitnah dalaman ini bukan sekadar menggugat kedudukan parti, malah mampu memecah-belahkan perpaduan ahli akar umbi dan pucuk pimpinan pada semua peringkat, sekali gus melemahkan parti untuk menghadapi saingan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  4. Sejarah membuktikan, kerana fitnah dalaman seperti mensabotaj parti, budaya cah keting dan tidak mematuhi arahan pucuk pimpinan menyebabkan UMNO menanggung risiko besar hampir kehilangan kuasa seperti berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

    ReplyDelete
  5. Fitnah dalaman parti juga menyebabkan krisis kepemimpinan UMNO sehingga diharamkan pada 1988. Ancaman fitnah melanda UMNO selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998, juga tidak kurang hebatnya.

    ReplyDelete
  6. Angkara fitnah yang timbul selepas pemecatan itu, orang Melayu yang sebelum itu berpecah kepada dua kumpulan ada yang menyokong UMNO dan PAS, terus berpecah tiga apabila Parti Keadilan Nasional (Keadilan). Apakah orang Melayu Islam masih tidak mahu belajar daripada kesan fitnah ini.

    ReplyDelete
  7. Meneliti sejarah krisis yang melanda UMNO selama ini, ternyata fitnah dalaman parti yang menjadi penyebab kepada perpecahan, bukan saja dalam kalangan ahli, tetapi juga terhadap perpaduan orang Melayu Islam.

    ReplyDelete
  8. UMNO tidak boleh leka dalam usahanya menangani ancaman fitnah luaran kerana fitnah dalaman juga tidak boleh diabaikan begitu saja bagi memastikan perpaduan ahli terus utuh bagi menghadapi PRU dan cabaran politik masa depan.

    ReplyDelete
  9. Pada era globalisasi dan dunia komunikasi tanpa batasan hari ini, ternyata serangan fitnah terhadap UMNO semakin menjadi-jadi khasnya menerusi internet, khidmat pesanan ringkas (SMS), media baru dan laman sosial.

    ReplyDelete
  10. Pertelingkahan dalam kalangan pemimpin pembangkang Sabah adalah petanda jelas mereka menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

    ReplyDelete
  11. Disebabkan ketaksuban dan keghairahan pembangkang hendak merampas Putrajaya pada PRU-13, fitnah kini seperti mainan murahan mereka untuk mencapai keseronokan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN)

    ReplyDelete
  12. Tanpa memikirkan kesannya kepada negara dan rakyat khasnya generasi muda, pembangkang terus mengeksploitasi serta memanipulasi apa saja isu yang boleh menguntungkan mereka walaupun menyedari yang ia boleh meruntuhkan negara.

    ReplyDelete
  13. Pergeseran dalam kalangan mereka memberi mesej jelas bahawa mereka (pembangkang) boleh mencetuskan masalah besar kepada rakyat dan negara andainya mereka diberi peluang memerintah negara.

    ReplyDelete
  14. Bagaimana mungkin pakatan pembangkang boleh mentadbir negara denganlebih baik daripada apa yang dibuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini jika kalangan mereka sendiri saling tidak mempercayai.

    ReplyDelete
  15. Perkara sensitif seperti kontrak sosial, hak dan keistimewaan Bumiputera, isu bahasa Melayu dan pendidikan serta institusi istana dan raja-raja sentiasa menjadi bahan fitnah bagi pembangkang untuk menimbulkan kekeliruan serta kebencian rakyat.

    ReplyDelete
  16. Malangnya, seperti sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita pada hari ini yang amat mudah terpedaya dengan fitnah dijaja pembangkang sama ada menerusi ceramah, internet atau perbualan tanpa mengkaji kebenarannya.

    ReplyDelete
  17. Tindakan ketua Parti Reformasi Negeri (Star) Papar Datuk Patrick Sindu, keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    ReplyDelete
  18. Dulu Jeffrey yang keluar daripadap PKR dan meminjam STAR daripada Sarawak.

    ReplyDelete
  19. Sikap cepat mempercayai khabar angin dan menerima bulat-bulat cerita daripada sebelah pihak tanpa memeriksa kebenarannya boleh dianggap perbuatan tidak berintegriti, khianat terhadap diri sendiri dan merosakkan persepsi terhadap individu atau organisasi yang diperkatakan.

    ReplyDelete
  20. Kita sering mendengar khabar angin "BN semakin goyah di Sabah", "Berlaku krisis kepimpinan BN", "Sabah mengalami tsunami politik" dan seumpamanya yang menunjukkan bahawa BN di Sabah kini ditolak oleh rakyat.

    ReplyDelete
  21. Sampai ada yang membuat andaian yang mana kemenangan mereka di Sabah semakin tipis.

    ReplyDelete
  22. Namun apa yang berlaku sekarnag ini rupanya pihak pembangkang pula yang semakin menghadapi krisis.

    ReplyDelete
  23. Rasanya kita dapat lihat sendiri sekarang ini akan sokongan rakyat kepada kerajaan BN.

    ReplyDelete
  24. Itulah bukti yang mana Kerajaan BN ini masih menjadi pilihan rakyat untuk menjadi kerajaan seterusnya.

    ReplyDelete
  25. fitnah umno/bn memuncak sehingga tidak pandai mengenal siapa sdr2 mereka.. fitnah knyataan PR yg dikatakan fitnah itu bukan fitnah, semuanya ada fakta.. lihat saja apa berlaku dgn khir toyo dan pemimpin2 umno/bn lain yg terlibat dgn ketirisan dan rasuah.. pengesahan mahkamah itu adalah satu mesej sbg penjelasan kpd rakyat.. rakyat skrg jgn difikirkan sangat bodoh tidak tahu menilai, mana satu auta dan fakta..

    ReplyDelete
  26. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu sifar daripada sebarang masalah dalaman untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  27. sifar daripada masalah merupakan ramuan penting kepada BN sebagai satu keluarga besar yang terdiri daripada 13 buah parti komponen.

    ReplyDelete
  28. Kalau 13 buah parti BN ini bergerak sebagai satu formasi yang tersusun dengan objektif yang sama iaitu mempunyai kesepaduan dan kesefahaman yang amat jitu pastinya BN akan menjadi sebuah parti yang kuat dan tidak mungkin dapat ditandingi oleh parti pembangkang.

    ReplyDelete