Saturday 12 January 2013

Isu Projek Empangan Tambatuon dan Penutupan Sungai Tempasuk Dimanipulasi Oleh Pemimpin-Pemimpin UMNO Barisan Nasional Kota Belud

Rakyat yang tidak mendapat apa-apa maklumat sahih akan keliru sekiranya tidak diberikan penjelasan dengan info-info yang tepat. Amat malang bagi rakyat bila secara emosinya diberikan liputan yang meluas dalam bentuk persepsi dan andaian yang berbagai-bagai.

Cuba kita lihat bagaimana mereka memanipulasikan isu-isu, contohnya maklumat projek Empangan Tambatuon dan Penutupan Sungai Tempasuk di Kota Belud..

ISU EMPANGAN TAMBATUON..



Bagi memenuhi kehendak Datuk Abdul Rahman Dahlan MP Kota Belud ini, maka itu jawabannya diberikan seperti berikut di bawah bagi menjelaskan kepada kekalutannya:-

Mantan Ketua Kampung Tambatuon Kota Belud En. Singkui Bin Tinggi pada tarikh 26.09.2011, telah membuat ulasan mengenai kenyataan Datuk Herbert Timbun Lagadan di dalam Daily Express pada 14.07.2011 mengenai pembinaan empangan di Kg. Tambatuon yang mampu menjana RM500,000.00 setahun kepada penduduk kampung tersebut. Ulasan yang kedua ialah diberi peluang melawat ke penempatan empangan di Kedah.

Pada tarikh 11.09.2011, jam 2.00 petang kami telah mengadakan mesyuarat tergempar di Mini Dewan Kg. Tambatuon dan kira-kira 140 orang perwakilan termasuk Badan Bertindak Pengurus Jehim Singkui, WKN Sayhui Sumbin, KK Yamin Goling, PJKK Sindih Giong turut hadir bagi menyuarakan pendapat masing-masing.

Keputusan kedua-dua cadangan Kerajaan yang memberi wang dana empangan sebanyak RM500,000.00 setahun dan melawat ke kedah, adalah sebulat suara masyarakat Kg. Tambatuon tidak menerima dan menolak sama sekali cadangan Kerajaan tersebut. Ini kerana apabila Badan Bertindak menilai dan membahagi wang dana tersebut kepada 898 orang dan setiap seorang hanya mendapat RM42.00 sebulan.

Adakah wang yang sedikit ini (RM42.00) dapat menampung keperluan hidup sekeluarga selama sebulan, sedangkan pendapatan masyarakat kampung pada masa ini tidak kurang di bawah RM5,000.00 atau ada yang dibawah RM10,000.00 sebulan daripada hasil getah dan padi sawah serta bukit. Tanah pekebun getah semuanya dibawah 10 ekar dan kebanyakkannya lebih dari 20 ekar, 15 ekar dan lain-lain buah-buahan serta tanaman sayur-sayuran, dan sampai sekarang semuanya rancak bergerak menambah keluasan tanaman getah serta lain-lain usahawan.

Kedua-dua cadangan Kerajaan seperti tawaran meletak penempatan empangan Kedah, kami sangat meminta maaf kepada Kerajaan terutama kepada Datuk Herbert Timbun Lagadan ADUN N.7 Kadamaian dan YB Datuk Rahman Bin Hj. Dahlan, Wakil Parlimen Kota Belud. Ini kerana kami tidak mahu tawar menawar atau seperti menjual dan membeli kampung kami. Semua tawaran Kerajaan secara langsung tidak boleh diterima.. [Sumber : Empangan Tambatuon - Ketua Kampung dipecat kerana pertahankan Kg. Tambatuon.]

ISU PENUTUPAN SUNGAI TEMPASUK..


Isu sungai tempasuk juga dimanipulasi oleh pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional di Kota Belud, yang jelas ada percanggahan pendapat dikalangan mereka sendiri.

Puan Tiajor Hj Sibil selaku AJK Wanita UMNO Kota Belud telah menyatakan bahwa Sungai Tempasuk ditutup adalah kerana alasan yang diberikan oleh Jabatan Parit dan Saliran (JPS) bagi tujuan menyelamatkan kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir yang juga memusnahkan tanaman padi mereka. 

Menurut sumber lain, kawasan lain sebelum ini yang tidak terjejas dengan fenomena alam itu sekarang ini sering pula dilanda banjir semenjak Sungai Tempasuk itu ditutup. Ertinya di situ, kampung lain diselamatkan manakala kampung yang lain lagi dibiarkan terdedah dengan banjir.

Apa pulak penjelasan yang diberikan oleh MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan? 

Menurut kenyataan Abdul Rahman, bukan itu alasannya sepertimana alasan yang diberikan oleh  JPS. Sebab utama kekerapan banjir berlaku katanya ialah, "Saya sudah bertanya kepada Jabatan Parit dan Saliran dan telah melawat lokasi sungai yang ditutup itu. JPS mengatakan itu bukan penyebabnya. Mereka tunjukkan kepada saya bahawa benteng itu ada sistem di mana jika air naik mendadak, air akan melimpah keluar dari benteng itu".

Mana satu yang betul ini? Kata AnakSama KbSbh, "Macam mana ini kakak Tiajor Hj Sibil, siapa yang menipu? Siapa yang kena tipu? Yang pasti, bukan saya yang kena tipu".

Berhati-hatilah.. RAKYAT jangan mudah TERTIPU!!

48 comments:

  1. dalam hal ini kita tidak tahu siapa yg benar dan tidak benar. bagaimanapun, rakyat haruslah bijak dalam hal maju-memajukan ini. jangan terpedaya denga permainan politik. tetepi, maju untuk bangsa

    ReplyDelete
  2. Pakatan Pembangkang Sabah Hadapi Krisis Kepimpinan Serius - Rahim Ismail

    PAPAR, 14 Jan (Bernama) - Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Abdul Rahim Ismail berkata pertelingkahan dalam kalangan pemimpin pembangkang Sabah adalah petanda jelas mereka menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

    "Pergeseran dalam kalangan mereka memberi mesej jelas bahawa mereka (pembangkang) boleh mencetuskan masalah besar kepada rakyat dan negara andainya mereka diberi peluang memerintah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rahim ismail berckp kosong, x kan dia tidak menyedari dgn apa yg berlaku pd suasana politik dlman umno itu sndiri..

      atau, menganggap dirinya la yg terbaik agar PR sabah tawarkan dia nnti sbg ketua?

      diri dia sndiri pun x selamat skrg ini dlm politik umno sabah..

      Delete
  3. Pakatan Pembangkang Sabah Hadapi Krisis Kepimpinan Serius - Rahim Ismail

    "Bagaimana mungkin pakatan pembangkang boleh mentadbir negara dengan lebih baik daripada apa yang dibuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini jika kalangan mereka sendiri saling tidak mempercayai," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

    Abdul Rahim yang juga Ketua Umno Bahagian Papar mengulas tindakan ketua Parti Reformasi Negeri (Star) Papar Datuk Patrick Sindu, keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Patrick juga dilaporkan sebagai berkata Star di Papar telahpun dibubarkan, tetapi ia dinafikan oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang itu.

    ReplyDelete
  4. Pakatan Pembangkang Sabah Hadapi Krisis Kepimpinan Serius - Rahim Ismail


    Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Star Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula mendakwa anggota Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing, yang baru-baru ini mengumumkan keluar parti UPKO, sebagai pemimpin yang mengamalkan 'politik cari makan'.

    Jeffry berkata demikian berikutan kenyataan Bumburing bahawa Star adalah 'anti-Malaya'.

    Rahim berkata pergeseran mereka bukan sahaja menyerlahkan kelemahan kepimpinan parti itu tetapi juga ketidaksepakatan dan keretakan serius dalam kalangan parti pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Pakatan Pembangkang Sabah Hadapi Krisis Kepimpinan Serius - Rahim Ismail

    Beliau menggesa para penyokong parti pembangkang itu, khususnya di daerah Papar, supaya menilai semula sokongan mereka terhadap pakatan pembangkang.

    "Yang menjadi mangsa tentulah para penyokong parti...Pintu Umno dan Barisan Nasional sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk penyokong parti pembangkang.

    "Tidak ada apa-apa yang perlu disegani kerana Umno dan BN sentiasa mengamalkan dasar menyatupadukan semua kaum di negara ini tanpa mengira fahaman dan anutan agama," katanya.

    ReplyDelete
  6. Keadaan topografi Tambatuon yang berada dicelah-celah bukit dan lembah, maka sangat sesuai untuk pembinaan empangan, atas sebab dinding empanpan tersebut tidak perlu dibina kerana, bukit telah menjadi dinding semulajadi.

    ReplyDelete
  7. Empangan, sangat diperlukan di Kota Belud, untuk mengairi tanah sawah yang landai di kawasan Tempasuk dan Usukan yang juga dua kawasan DUN di kawasan Parlimen Kota Belud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kerajaan perlu mencari kaedah lain jika empangan yang ingin dibina di Tambatuon mendapat bantahan penduduk. suara rakyat perlu didahulukan!

      Delete
  8. Walaupun, Kota Belud mempunyai tanah landai yang sesuai untuk tanaman padi, namun keluaran padi di kawasan itu tersebut, belum bersifat komersial, kerana potensi yang ada tidak dapat diekspolitasikan, penyebabnya adalah masalagh air.

    ReplyDelete
  9. Perparitan yang ada tidak sesuai, kerana apabila musim banjir, sistem perpartian itu akan tertutupi oleh segmenatasi lumpur yang terbawa daripada aliran air daripada arah kaki Gunung Kinabalu.

    ReplyDelete
  10. Itulah penyebabnya kenapa empangan diperlukan di kawasan itu, selain untuk tujuan sumber air di musim kemarau, juga sebagai pembentong dikala musim banjir.

    ReplyDelete
  11. I thought this issue has been closed off.

    ReplyDelete
  12. More development projects are on its way.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan telah memberikan yang terbaik untuk semua.

    ReplyDelete
  14. Tambatuon Dam issue has been solved.

    ReplyDelete
  15. For me, I have seen lots of changes happen in KB.

    ReplyDelete
  16. Banyak orang mempertikaikan usaha kerajaan.

    ReplyDelete
  17. Pembangunan yang ingin dilaksanakan tidak akan berjaya tanpa sokongan dan kerjasama daripada penduduk.jadi dalam isu empangan ni, penduduk di sekitar Tambatuon tidak boleh dipaksa jika mereka tidak mahu projek empangan tu diteruskan.

    ReplyDelete
  18. I hope the matter will be solved asap.

    ReplyDelete
  19. Dalam bajet 2013, Najib telahpun mengumumkan peruntukan untuk mewujudkan empat jelapang padi baru iaitu di Kota Belud, Sabah; Batang Lupar (Sarawak); Rompin dan Pekan (Pahang), khusus bagi kelestarian jaminan bekalan makanan.

    ReplyDelete
  20. Ia membabitkan kawasan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dan dijangka dapat menghasilkan 104,000 tan metrik padi dengan perbelanjaan RM140 juta.

    ReplyDelete
  21. Kawasan jelapang padi sedia ada seluas 389,000 hektar yang mampu menghasilkan 1.8 juta tan metrik ketika ini pula akan ditambah baik dengan sistem pengurusan tanamannya secara sistematik.

    ReplyDelete
  22. News publised on 26 January 2012.
    People in Kampung Tambatuon are thankful to the Government for listening to them on the issue of the Tambatuon Dam. The villagers were relief and happy with the decision

    ReplyDelete
  23. News publised on 26 January 2012.
    Kampung Tambatuon head Amin Goling, who represented the villagers, said the statement by MP Datuk Abdul Rahman Dahlan was a relief to them. The most important is the people who plays the main role.

    ReplyDelete
  24. News publised on 26 January 2012.
    Last week, Abdul Rahman said the proposed Tambatuon Dam would not be implemented without the consent of the affected villagers.People 1st.

    ReplyDelete
  25. News publised on 26 January 2012.
    "If the Government wants to sit down and talk with the kampung people on the matter, then they need to discuss properly but we will ensure that the dam will not be built as long as they still disagree to it," he said.

    ReplyDelete
  26. Memang pun kerajaan sanggup.

    ReplyDelete
  27. The people are hoping the government will do its best.

    ReplyDelete
  28. Semoga apa yang dihajati dapat diterima dengan baik.

    ReplyDelete
  29. This shouldn't be the issue anymore.

    ReplyDelete
  30. Make sure everything is alright.

    ReplyDelete
  31. Don't abuse the people trust.

    ReplyDelete
  32. Cadangan pembinaan projek empangan Tambatuon di kampung itu tidak akan dibina selagi penduduk di kampung berkenaan tidak memberi persetujuan

    ReplyDelete
  33. Abdul Rahman memohon kerjasama orang-orang kampung terutamanya pemimpin-pemimpin Jawatankuasa Bertindak yang membantah rancangan pembinaan projek empangan tersebut untuk membuka minda dan berbincang dengan pihak kerajaan.

    ReplyDelete
  34. Jika pihak kerajaan ingin berbincang dengan penduduk kampung mengenai isu itu maka perlulah mereka berbincang dengan sebaik mungkin, tetapi kerajaan pastikan bahawa empangan itu tidak akan dibina selagi mereka tidak memberi persetujuan

    ReplyDelete
  35. kenapa empangan itu dicadangkan adalah kerana desakan daripada pihak pembangkang di dalam parlimen pada tahun 2008 bila Malaysia berdepan dengan krisis makanan terutamanya beras yang begitu teruk sekali harga meningkat tiga kali ganda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut Abdul Rahman lagi, pihak pembangkang pada ketika itu, telah membuat usul di dalam Parlimen pada tahun 2008 dan dalam usul itu telah diterima dan telah dibahaskan pihak pembangkang dengan sekeras-kerasnya mengkritik kerajaan kerana tidak mengadakan perancangan yang sistematik bagi menangani isu bekalan beras di negara ini iaitu tidak mencapai ke tahap sara hidup yang diharapkan.

      Delete
    2. pihak pembangkang yang meminta pihak kerajaan membuka jelapang padi baru, menambah peningkatan padi dan sebab itu kerajaan dengan usul yang telah dibahaskan oleh pihak pembangkang di Parlimen maka kerajaan telah membuat keputusan untuk menambah kawasan jelapang padi termasuklah di daerah Kota Belud.

      Delete
  36. CADANGAN pembinaan projek empangan Tambatuon di kampung itu tidak akan dibina selagi penduduk di kampung berkenaan tidak memberi persetujuan,” kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan.

    ReplyDelete
  37. Bagaimanapun, Abdul Rahman memohon kerjasama orang kampung terutamanya pemimpin-pemimpin Jawatankuasa Bertindak yang membantah rancangan pembinaan projek empangan tersebut untuk membuka minda dan berbincang dengan pihak kerajaan.

    ReplyDelete
  38. Jika pihak kerajaan ingin berbincang dengan penduduk kampung mengenai isu itu maka perlulah mereka berbincang dengan sebaik mungkin, tetapi kita pastikan bahawa empangan itu tidak akan dibina selagi mereka tidak memberi persetujuan.”

    ReplyDelete
  39. Jelasnya, antara lain kenapa empangan itu dicadangkan adalah kerana desakan daripada pihak pembangkang di dalam parlimen pada tahun 2008 bila Malaysia berdepan dengan krisis makanan terutamanya beras yang begitu teruk sekali harga meningkat tiga kali ganda.

    ReplyDelete
  40. Menurut Abdul Rahman lagi, pihak pembangkang pada ketika itu, telah membuat usul di dalam Parlimen pada tahun 2008 dan dalam usul itu telah diterima dan telah dibahaskan pihak pembangkang dengan sekeras-kerasnya mengkritik kerajaan kerana tidak mengadakan perancangan yang sistematik bagi menangani isu bekalan beras di negara ini iaitu tidak mencapai ke tahap sara hidup yang diharapkan.

    ReplyDelete
  41. pihak pembangkang yang meminta pihak kerajaan membuka jelapang padi baru, menambah peningkatan padi dan sebab itu kerajaan dengan usul yang telah dibahaskan oleh pihak pembangkang di Parlimen maka kerajaan telah membuat keputusan untuk menambah kawasan jelapang padi termasuklah di daerah Kota Belud.

    ReplyDelete
  42. Di mana juga jelapang padi akan dibina perlu ada empangan sebagai contoh di Kada ada empangan, di Mada ada empangan maka di daerah ini juga memerlukan empangan. Jika cadangan pembinaan empangan ini ditolak bermakna pihak pembangkang hipokrit kerana pada masa yang sama mengkritik kerajaan apabila kita membuat sesuatu,” tambah Abdul Rahman lagi.

    ReplyDelete
  43. "Tipah Tipu Tipah Tertipu," ....

    ReplyDelete