Tuesday 6 November 2012

Akan bakal muncul hudud versi UMNO yang dipersetujui Soi Lek

Hudud jenis apa yang dimaksudkan oleh Chua Soi Lek? Beliau mendakwa bahwa selama ini Enakmen Hudud yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat itu adalah hudud versi PAS.

Merujuk kepada kenyataan Presiden MCA baru-baru ini, beliau kononya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari daripada Pertubuhan Ilmuwan Malaysia. Setelah diberi penerangan dengan jelas oleh UFB mengenai hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar. Katanya, MCA tiada masalah untuk menerimanya.

Saya Ready merakamkan berbanyak terima kasih kepada Ustaz Fathul Bari kerana dapat memberikan penjelasan dan penerangan perkara sebenar tentang hudud kepada Soi Lek. Sebagai umat Islam yang hidup bermasyarakat di negara ini, SR rasa gembira bila hudud tidak lagi dipersendakan atau dipermainkan oleh umat Islam mahupun bukan Islam.

Walaupun Saya Ready menyatakan bahwa akan muncul hudud versi UMNO, bukan bermakna SR tidak setuju. Hudud yang dijelaskan oleh Ustaz Fathul Bari itu adalah hudud sebenar, SR amat percaya dengan kebolehan dan ilmu yang ada pada UFB.

SR juga sangat berkeyakinan bahawa UMNO/BN akan melaksanakan hudud jika mereka menang PRU13 nanti. Maka itu sebelum PRU13 membuka tirainya, Najib dan Soi Lek kenalah bagi pengumuman secara rasmi tentang hudud yang bakal dilaksanakan di Malaysia kelak.. hehehe


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my (Kami hanya tentang hudud versi PAS)

No comments:

Post a Comment