elemahan urusan pentadbiran adalah punca UMNO/BN menjadi lemah. Ketika ini banyak NGO Melayu bangkit mempertahankan kedudukan orang Melayu. Apakah UMNO yang terang lagi bersuluh ini jelas sebuah parti Melayu, sudah tidak berupaya memperjuangkan kedudukkan orang Melayu?.
Apakah juga ini satu petanda awal kejatuhan empayar kuasa UMNO/BN?. Rasuah dan ketirisan telah berleluasa ketika ini dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO sendiri. Pemimpin-pemimpin UMNO/BN sudah tidak ada lagi amanah menjaga Negara, terlalu ghairah nak kaya raya dan akhirnya negara akan tergadai. Lihat sahaja isu Shahrizat Abdul Jalil dengan lembunya dan lapuran Ketua Audit Negara dengan ketirisan yang berlaku. Inilah punca-punca dan sebab musabab Melayu makin jauh dari UMNO.
Apabila perpecahan berlaku sesama sendiri dan berpuak-puaklah mereka dalam UMNO. Pemimpin-pemimpin ini hanya memikirkan kepentingan dan mengkayakan diri, maka kelemahan dan keaiban mereka makin terserlah. Dikalangan pemimpin UMNO/BN sendiri yang mewar-warkan keburukkan rakan dan kerajaan mereka atas sebab tidak puas hati. Seharusnya kelemahan itu ditutup dan cari bagaimana hendak menyelesaikannya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian”. – (an-Nisa’: 59).
Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda : “Barangsiapa di antara kalian melihat kemunkaran maka hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak bisa hendaklah ia mengubah dengan lisannya, jika tidak bisa hendaklah mengubah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman”. – (HR Muslim).
No comments:
Post a Comment