Saturday 18 August 2012

Puak UMNO Godam Blog Dato' Seri Anwar Untuk Sebar Perutusan Palsu : Fitnah UMNO Tak Putus-Putus

Puak-puak atau blogger pro UMNO/BN telah menyebarkan satu 'perutusan khas' palsu setelah berjaya godam blog Dato' Seri Anwar Ibrahim.. DSAI didakwa konon memohon ampun dan maaf kepada Najib dan Rosmah dari hujung kaki hingga ke hujung rambut yang mengkatakan laki bini itu sangat baik orangnya.. Muka tak malu.. hahahahaha..

Sumber Perutusan Palsu : KLIK => ANWAR MEMOHON MAAF PADA NAJIB DAN ROSMAH

Pengodaman ini dapat dikesan oleh pihak pentadbir blog DSAI setelah mendapat tahu sekitar 11.50 malam tadi yang giat disebarkan oleh puak-puak UMNO/BN, konon DSAI telah membuat perutusan eidulfitri..


Perutusan Khas Eidulfitri Sebenar Dato' Seri Anwar Ibrahim


Wednesday 15 August 2012

Semua disekat, UMNO/BN makin diburu bayangan ketakutan..

Suatu masa nanti, akhirnya pembangkang di Malaysia ini tiada lagi sumber untuk mendapatkan maklumat tepat terkini tanpa di edit serta pentas bagi menerangkan perjuangan dan agenda mereka..

Semuanya telah disekat oleh UMNO/BN kerana gara-gara tamak kuasa dan kerakusan mereka.. Bukan itu sahaja, UMNO/BN sebenarnya diburu bayang ketakutan dengan gelombang kebangkitan rakyat sekarang terutama sekali generasi muda yang melayari internet..

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata kempen yang disertai berpuluh-puluh laman web itu menunjukkan kerajaan sering meminda akta secara terburu-buru tanpa meneliti secara keseluruhan.. seterusnya KLIK => 114A: Lagi bukti Najib "PM terburu-buru"

Najib di twitternya semalam berkata, beliau telah mengarahkan kabinet supaya membincangkan pindaan terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 sebagai 'langkah kecil'.. - Sumber KLIK = > 114A: Respons PM di twitter langkah kecil

Monday 13 August 2012

Penganjur kepanasan bila Shahir AF8 tak datang kerana buat urusan keagamaan dan penyucian jiwa

Sabtu lalu seorang artis, Shahir AF8 yang dikatakan kini lebih berminat kepada melakukan kerja-kerja urusan keagamaan dan penyucian jiwa dikatakan mungkir janji. Alahaiiiiii, dalam bulan yang mulia ini pun ada juga pesembahan nyanyian yang dihidangkan kepada masyarakat Islam di negara ini..

Berapi-api konon penganjur cakap yang Shahir akan datang dan buat persembahan, tapi tak datang dan terpaksa digantikan dengan penyanyi lain. Shahir juga dikatakan bila didail telefon tak angkat, hantar SMS tak berjawab sehinggakan penganjur gagal hubungi beliau beberapa jam sebelum mengadakan persembahan.

Sabar saja Shahir, rezeki itu ada di mana-mana..Urusan dengan Maha Pencipta itu lagi besar hikmahnya, dan janji Allah SWT juga lagi tepat daripada slogan 'janji ditepati' yang dilaung-laungkan..

Hishamuddin pikir orang Sabah ini, macam saham pelaburan ka..? Simpanan Tatap.. ngokkk!!

Suatu ketika dahulu, kalau tak silap pada tahun 2010. SR ada terbaca dalam media tentang kenyataan Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Tun Hussein semasa Konvensyen UMNO di Terengganu. Beliau pernah membidas segelintir pemimpin UMNO, yang disifatkan sebagai ‘musang berbulu ayam’ kerana tidak ikhlas berjuang bersama parti. Konvensyen itu kononnya diharapkan dapat menjadi medan perdamaian dikalangan jaguh-jaguh tomoi UMNO, rupanya jadi pembuka gelanggang pulak untuk membelasah sesama sendiri.. hahaha..

Menurut sumber ini lagi, Hishamuddin pun sedap bersyarah aje. Cakap berdegar-degar tetapi ekor bergelumang dengan tahik. Pemimpin UMNO mana yang meletakkan parti melebihi dari semua perkara. Kebetulan beliau duduk di atas sekarang. Memegang kuasa bolehlah dia bercakap macam tu. Sebab UMNO ni sudah jadi Parti MLM.. hehehehe lawak juga..

Terbaru!! semasa kunjungan Hishamuddin ke Sabah bersama-sama dengan Najib Razak dan isteri PM Rosmah Mansor, beliau seronok dengan sambutan taiko-taikonya dari UMNO/BN. Dia kata, "Syabas BN, Sabah tatap kubu kuat kita".. Fixed Deposit la tu..

Sabah ini diperam lama-lama, bila bunganya naik.. Untung banyak la dia.. alahaiiiiii.. Dia pikir orang Sabah ini, macam saham pelaburan yerrrr..? Jadi simpanan tetap.. ngokkkkk..!!


Kenyataan Hiyamuddin itu, lebih kuranglah begini bunyinya.. hehehe..


Musang Berbulu Ayam

KUALA TERENGGANU Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam membidas segelintir pemimpin UMNO yang disifatkan sebagai ‘musang berbulu ayam’ kerana tidak ikhlas berjuang bersama parti.

Hishammuddin berkata,: pemimpin seumpama itu hanya tahu mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan parti dengan ‘tidur dan gemuk’ dalam UMNO semata-mata untuk mencapai kesenangan serta memenuhi kepentingan diri.

“Ada di antara kita sedikit lupa kepada parti, sebahagiannya pula mungkin keliru (dengan perjuangan parti) dan mula mengambil kesempatan (terhadap peluang yang ada), lalu timbullah apa yang dikatakan musang berbulu ayam.

“Musang berbulu ayam yang tidur dan gemuk dalam rumah UMNO, anggap UMNO batu loncatan (capai kepentingan diri),” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Terengganu di Primula Beach Hotel, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan semua barisan kepimpinan UMNO lain.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, individu musang berbulu ayam bukan ahli parti sejati kerana mereka akan meninggalkan UMNO apabila sudah tidak mempunyai tempat dan peluang.

Lebih menyedihkan katanya, individu tersebut sanggup memaki hamun, memfitnah dan memperlekehkan UMNO selain berusaha mewujudkan suasana tidak aman dalam negara hanya kerana memenuhi kepentingan diri sendiri.

“Mereka ini bukan ahli parti tulen, orang-orang UMNO yang telus dan ikhlas akan terus bersama parti walau dalam keadaan susah atau senang,” katanya. Pada zaman kepimpinan pemimpin UMNO terdahulu, orang-orang UMNO tidak mempunyai masa untuk tidur dan gemuk dalam parti kerana mereka meletakkan kepentingan parti melebihi dari semua perkara. Katanya, demi kesetiaan dan perjuangan UMNO, golongan wanita sanggup menyerahkan barang kemas dimiliki mereka untuk digadai semata-mata membebaskan tanah air dan orang Melayu daripada penjajah.

Sunday 12 August 2012

UMNO tidak menggunakan pendekatan agama dalam politik : Shafie Afdal

KOTA BELUD, 12 Ogos 2012 - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Mohd Shafie Afdal tidak menafikan bahawa UMNO menolak agama untuk kepentingan politik bagi memenangi hati rakyat. Demikian katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid pekan Kota Belud, Sabah kelmarin.

Kenyataan Shafie ini cukup jelas sekali bahwa UMNO tidak menggunakan pendekatan agama untuk mendidik masyarakat di negara ini dengan nilai-nilai murni seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Bagaimana mereka boleh mengurus tadbir negara ini sekiranya landasan agama itu disisihkan?, sudah tentulah mereka bebas melakukan kemungkaran.

SR tertarik dengan satu komen yang mengulas kenyataan Safie itu, lebih kurang maksudnya; "Bagi UMNO 'AGAMA' hanya masa solat, puasa, zakat, haji dan masa ada orang mati, itu sajalah agama bagi UMNO. UMNO jauh benar menyimpang, masa pilihanraya dan mengundi tiada agama".

Seterusnya, biarlah gambar-gambar screen capture di bawah ini jelaskan segalanya. Kedangkalan pemimpin yang mengaku seorang pemimpin Islam, tetapi menolak pendekatan agama dalam pentadbiran negara.


Saturday 11 August 2012

Bikin Malu Sabah Saja..!! Rakit Jadi Kereta Api, Dijadikan Sistem Pengangkutan Eko-Pelancongan

Dalam Eko-Pelancongan, masa depan perkhidmatan kereta api amat cerah berikutan peningkatan penggunaan oleh pelancong asing. Jajaran Beaufort - Tenom yang melalui jeram Sungai Padas menawarkan satu pemandangan yang sangat menarik. Tambahan pula, perkhidmatan kereta api itu sendiri turut menjadi tarikan pelancong, dan kereta api pelancong bersejarah North Borneo Railway dikendalikan oleh Sutera Harbour untuk menakluki pasaran pelancongan di Sabah. Dengan tarikan Sabah sebagai destinasi kembara, penggunaan kereta api oleh pelancong dijangka terus meningkat dari saban tahun.

Sistem rangkaian kereta api di Sabah adalah satu-satunya sistem pengangkutan kereta api yang beroperasi di pulau Borneo dengan landasan sepanjang 134 km dari Tanjung Aru, Kota Kinabalu ke pekan Tenom, di Bahagian Pedalaman Sabah. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Perkhidmatan Kereta Api Borneo Utara. Ia di bawah pengawasan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) dan merupakan sebuah jabatan dalam Kerajaan Negeri Sabah, Malaysia, yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan. Ia merupakan sistem pengangkutan yang amat penting sebagai laluan pengangkutan kedua kerana, selain memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, malah berupaya merancakkan ekonomi terutama dalam sektor pelancongan.

Apa yang berlaku, sebaliknya.. Lihat gambar di bawah ini.. Bila sungai da jadi kering, rakit pulak da jadi kereta api.. Terima kasih dan tahniah la buat UMNO/BN..


Projek Menaik Taraf Landasan Keretapi daripada Tanjung Aru ke Tenom yang bernilai lebih kurang RM300 juta, adalah antara contoh projek tergendala dan terlewat daripada jadual - Ulasan selanjutnya => KLIK

Sejarah dan Aliran Perkhidmatan Keretapi Borneo

Pembinaan landasan kereta api bermula tahun 1896 di bawah perintah jurutera Arthur J. West bersama pembantunya Gaunon seorang Murut yang berasal dari Keningau. Landasan kereta api ini dibina oleh pekerja yang dibawa dari Jepun diketuai oleh Akira. Pada asalnya ia dibina bagi mengangkut tembakau dari pedalaman ke kawasan pantai untuk dieksport.

Landasan pertama yang dibina adalah sepanjang 32 km dari Sungai Bukau di utara Beaufort, ke selatan di pelabuhan Weston. Ia kemudian dipanjangkan sejauh 48 km lagi pada tahun 1903 ke Tenom, siap pada tahun 1905. Landasan dipanjangkan lagi pada tahun 1906 dari Tenom ke Melalap sejauh 16 km. Jurutera Arthur J. West juga bercadang membina satu lagi rangkaian landasan kereta api menuju ke Keningau tetapi beliau telah ditukarkan ke Australia menyebabkan pembinaan tersebut tergendala.

Pada masa yang sama, kerja-kerja pembinaan landasan dari Beaufort ke Jesselton (kini Kota Kinabalu) siap pada tahun 1903, dibina berhampiran kawasan pantai. Rangkaian yang sudah siap adalah sepanjang 193 km. Namun, hampir keseluruhan rangkaian dimusnahkan semasa Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1945, 24 Kumpulan Briged Infantri Australia mengendalikan rangkaian kereta api. Tenaga lokomotif yang digunakan terdiri daripada Jeep yang diubah suai. - (The 24 Brigade Railway - The AIF in North Borneo: 1945 Harvey, Jim).

Perkhidmatan Kereta Api Borneo Utara menjalankan satu program pemulihan rangkaian serta menambah baik perkhidmatan pada tahun 1949 serta pada tahun 1960. Namun demikian, pada tahun 1963 laluan cabang ke Weston telah ditutup, begitu juga dengan laluan ke Melalap pada tahun 1970. Kos operasi di laluan yang jarang digunakan serta pembinaan jalan raya baharu menjadikan situasi bertambah parah. Pada tahun 1974 laluan utama juga dipotong dari Kota Kinabalu ke Tanjung Aru.

Aliran atau laluan kereta api telah ditutup pada tahun 2007 bagi kerja-kerja penyelenggaraan serta baik pulih. Keseluruhan laluan Tg Aru-Tenom dibuka semula pada 21 Februari 2011 dan perjalanan bakal mengambil masa selama 2 jam 15 minit pada kelajuan purata 80 km/j berbanding 50 km/j sebelum ini. Perkhidmatan kereta api kali ini menggunakan lokomotif baharu yang lebih berkuasa keluaran China Railway Co. bagi menggantikan lokomotif lama Hitachi.

Kerja baik pulih landasan dilakukan dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu, syarikat milik penuh Kerajaan Persekutuan yang mengendalikan rangkaian kereta api di Semenanjung Malaysia. Sungguhpun demikian, JKNS beroperasi dan ditadbirkan sebagai sebuah badan yang berasingan daripada KTM, serta menggunakan peralatan pengendalian yang berbeza.

Terdapat 14 stesen kesemuanya antara Sembulan ke Tenom: Sekretariat-Tg Aru-Putatan-Kinarut-Kawang-Papar-Kimanis-Bongawan-Membakut-Beaufort-Saliwangan Baru-Halogilat-Rayoh-Pangi-Tenom. Rangkaian kereta api ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS), sebuah jabatan dalam Kerajaan Negeri Sabah.



Cuba kita bandingkan pembangunan sistem pengangkutan di dua wilayah tanah besar ini.. Sabah operasi bermula pada tahun 1896.. Di Semenanjung Malaysia mula beroperasi pada tahun 1948.. Tak payah la ulas.. Ada mata itu tengok, ada telinga dengar dan ada hati itu rasa la keperitannya.. Ting kiu sekali lagi buat UMNO/BN.. 

Friday 10 August 2012

Mahathir kata tak perlu..!! Najib ke Sabah untuk menerangkan pembentukkan RCI : Wences Angang

Sempena lawatan rasmi Perdana Menteri DS Najib Tun Razak ke negeri di Bawah Bayu pada 11 Ogos 2012 ini, rata-ratanya rakyat Sabah inginkan Najib mengumumkan penubuhan RCI (Royal Commission of Inquiry) atau Suruhanjaya Inkuiri Diraja bagi menangani isu pendatang tanpa izin (Pati) di negeri ini.

Ramai yang mengharapkan penubuhan RCI dapat dan berjaya dibentuk untuk menangani isu Pati di Sabah dan juga seluruh Malaysia, tetapi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula seolah-olah menjadi batu penghalang kepada pembentukan RCI terhadap pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah. Menurut Mahathir, ia tidak akan memberikan sebarang perubahan yang akan menyelesaikan masalah berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Presiden UPKO Datuk Wences Angang cuba membidas Mahathir tentang kenyataannya yang seolah-olah cuba menghalang pembentukkan RCI.

Wences berkata dalam satu petikan kenyataannya dalam akhbar, “Sekarang, dia (Mahathir) tiba-tiba muncul menyuarakan sokongan kuatnya terhadap pemberian kerakyatan kepada bilangan warga asing yang besar apabila Perdana Menteri kini (DS Najib Tun Razak) baru hendak datang ke Sabah untuk mengumumkan secara rasminya pembentukkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas pendatang haram”.


Wences mendakwa bahwa, kenyataan Mahathir itu betul-betul antiklimaks kepada jangkaan dan harapan tinggi pada kunjungan Najib ke Sabah pada 11 Ogos ini untuk menerangkan selanjutnya tentang penubuhan dan pelaksanaan RCI. Jika betul Mahathir menghalang pembentukkan ini, kandungan buku oleh Mutalib "Projek IC : Agenda Tersembunyi Mahathir" kemungkinan mengandungi banyak kebenarannya, tambah beliau lagi.

Wences juga mencadangkan supaya Mahathir bersara dengan aman dan membiarkan Najib menjalankan pentadbiran negara tanpa campurtangan luar. Beliau juga beranggapan, ada dikalangan pemimpin-pemimpin politik tertentu yang cuba menghalang pembentukkan RCI selain Mahathir.

Anifah Aman hadiahkan 4 unit motosikal MODENAS sempena kunjungan Najib ke Sabah

Melayani kepenatan kerja di siang hari dan solat sunat terawih sambil berborak dengan beberapa kawan diruangan sembang, SR dapat juga mencatatkan sedikit perkembangan politik tanahair yang melibatkan dua orang pemimpin yang mana sekarang ini bertembung agenda. Sudah tentulah agenda mereka itu amat berbeda sekali. Oleh itu, rakyat sahaja yang boleh dapat nilai dan tentukan itu semua. Mana satu kaca, dan mana satu permata..

11 Ogos 2012, PM Najib Tun Razak dan Isterinya Rosmah Mansor akan melawat ke Sabah. Dalam siri lawatan ini, Najib dan Rosmah akan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama CM Sabah Musa Aman dan adiknya Anifah Aman dengan diiringi oleh isteri masing-masing bersamaan hari sabtu ini di SMK Bongawan 2, Kimanis, Papar..

Difahamkan juga menurut sumber ini, Anifah Aman akan menyumbangkan 4 buah motosikal jenama MODENAS sebagai hadiah kepada pengujung untuk dimenangi sekiranya yang hadir di majlis tersebut bernasib baik. Acara dimaklumkan bermula jam 4.00 petang. Jangan lepaskan peluang itu, jom ramai-ramai ke sana. Menurut sumber ini lagi, “Datang jer”, katanya. hehehe..

Tahniah buat PM ku yang tersayang, sebab kerap kali lawat kami sekarang ini di Sabah. Persediaan yang dibuat sempena kunjungan PM ku ini dan Rosmah cukup-cukup teratur dan tersusun rapi dengan kos-kos yang amat-amat sederhana.. hehehe..


Pada hari berikutnya pulak, kawan rapat Najib iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan ke Sabah. Tapi kali ini bukan di Kimanis, ia diadakan di Kota Belud bersama beberapa barisan pimpinan lain Pakatan Rakyat di dalam ‘Siri Jelajah Merdeka Rakyat’ yang akan berlangsung pada, hari Ahad ini bersamaan 12 Ogos 2012 (08:00 malam) di Restoran Suang Suka Kg. Kulambai, Kota Belud..

Huhuhuhu.. Yang ini tiada makan-makan, tiada cabutan tiket bertuah yang hadiahnya motosikal, tiada tambang kenderaan dan tiada wang saku diberi. Malahan, seluruh warga Kota Belud dan rakyat Sabah dijemput hadir saja untuk mendengar ucapan dan amanat pimpinan Pakatan Rakyat sempena menjelangnya PRU13 yang entah bila akan tiba..


PILIH..!! MANA SATU MAJIS MAHU PEGI..??
FIKIR..!! MANA YANG TERBAIK JADI PENTADBIR..??

Monday 6 August 2012

Adakah hukuman (hudud) dibuat berdasarkan Islam sebenar seperti yang Tun Mahathir fikirkan?

Tun Dr Mahathir Mohamad telah kongsi satu laporan sebuah akhbar dalam blognya chedet, mengatakan seorang wanita Afgan ditembak mati kerana didapati bersalah dengan kesalahan berzina.


Tujuan chedet hanya ingin menarik perhatian pelawat blognya sekadar ingin dengar komen-komen mereka. SR tertarik dengan satu persoalan yang ditimbulkan oleh seorang pelawat blog Tun Mahathir, Duyam1968.


Seperti mana persoalan Duyam1968, adakah hukuman (hudud) itu telah dibuat berdasarkan Islam sebenar seperti yang Tun Mahathir fikirkan?.

Saturday 4 August 2012

Isu Royalti Kelantan, kenapa menjelang pilihanraya dan tidak sebelum ini? : Husam Musa

15 Ramadhan 1433 / 4 Ogos 2012 : Setiba di KLIA yang baru pulang dari mengerjakan umrah, Husam Musa telah menerima panggilan dari pemberita untuk meminta komen tentang pengumuman Najib mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa khas mengkaji pembayaran royalti bayaran tunai petroleum yang akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tun Abdul Hamid Mohamad.

Menurut Husam, pengumuman itu boleh dilihat positif dan juga sebaliknya. Saya memohon tempoh untuk meneliti kenyataan Najib ini sepenuhnya sebelum memberikan komen, tambah beliau lagi.

Husam Musa, yang juga Ahli Exco Kerajaan Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan telah memberikan ulasan secara ringkas apa yang tertera dari pengumuman Najib.

Husam sebelum mengulas pengumuman Najib itu, katanya; "Selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan, saya ringkaskan apa yang tertera dari pengumuman tersebut", seperti berikut di bawah:-
  1. Jawatankuasa ini akan membuat kajian dalam tempoh enam bulan.
  2. Jawatankuasa ini akan mengenal pasti Negeri yang layak menerima pembayaran.
  3. Jawatankuasa ini akan memutuskan tuntutan Negeri akan ditentukan secara adil, telus dan saksama.
  4. Bahawa tuntutan Kelantan selama ini dikira tidak terhak kerana pendirian Kerajaan Pusat sebelum ini adalah pengeluaran petroleum di luar 3 batu nautikal tidak menjadi hak Negeri-Negeri.
  5. Kerajaan Pusat membuat pembayaran wang ihsan dari hasil pengeluaran petroleum di Kelantan di luar 3 batu nautikal melalui JPP
"Jelas, dari intipati kenyataan PM di atas, keadaan masih samar-samar. Ketika ia seakan membawa satu sinar harapan, keadaan sebenar hanya akan ditentukan enam bulan dari sekarang".

"Kini Ogos, jika pilihanraya diadakan dalam tempoh sebelum Jawantakuasa ini membuat laporan dan seterusnya menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi Jawatankuasa ini, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan".

Menurut Husam lagi "Sekalipun saya mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa ini atas kedudukan sekurang-kurangnya tuntutan Kelantan telah memaksa Jawatankuasa ini ditubuhkan, namun suka saya mencadangkan beberapa perkara". 
  1. Kerajaan Kelantan tidak menarik balik samannya ke atas Petronas yang dijadualkan, satu dari procedingnya akan didengar di Makhamah Persekutuan pada Oktober ini.
  2. Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat bersidang dan memberikan tawaran yang lebih konkrit terhadap tuntutan Kelantan termasuk pendaratan hasil gas dari perairan Kelantan yang baru memulakan pengeluarannya ke pantai Kelantan. Isu ini langsung tidak disentuh dalam kenyataan PM padahal MB Kelantan telah pun menulis surat rasmi kepada PM.
  3. Tempoh Jawatankuasa ini menyiapkan laporannya dipendekkan kepada tiga bulan.
  4. Penegasan PM bahawa Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan membuat pembayaran bayaran tunai kepada Kelantan.
  5. Penegasan bahawa pembayaran mestilah mengikut metod yang diguna pakai untuk Negeri-Negeri lain yang terlibat
  6. Menerima permohonan Kelantan untuk gas didaratkan di Kelantan
  7. Membekukan pembayaran wang ihsan.
  8. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lantang menyatakan tuntutan Kelantan selama ini adalah khayalan di awangan, pengeluaran petroleum di Kelantan tidak wujud dan Kelantan tidak berhak terhadap sebarang pembayaran tunai, perlu menarik balik kenyataan mereka secara terbuka dan memohon maaf kepada rakyat Kelantan.
Antara persoalan yang beliau timbulkan;
  1. Adakah penubuhan Jawatankuasa ini hanya sebuah langkah politik menjelang pilihanraya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan dan BN menggunakannya sebagai sebuah 'jambatan' untuk menyeberangi pilihanraya ini dengan selamat, khususnya dalam konteks Kelantan?. Sehingga ia tidak dilihat tidak melayani harapan rakyat Kelantan dan pada masa yang sama, tidak pula memenuhi tuntutan itu.
  2. Kenapa enam bulan? Kenapa tidak tiga bulan, umpamanya?.
  3. Kenapa menjelang pilihanraya? Kenapa tidak sebelum ini?.
SUMBER => KLIK