Wednesday, 21 March 2012

Amalan Kerajaan Pesekutuan (Federalism) Membantutkan Penubuhan RCI : Datuk Ronald Kiandee

Rakyat Sabah rata-ratanya kecewa dengan kegagalan DS Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan RCI (Royal Commission of Inquiry) atau Suruhanjaya Siasatan diRaja bagi menangani isu pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah. Ramai yang mengharapkan penubuhan RCI dapat dan berjaya dibentuk untuk menangani isu Pati di Sabah dan juga seluruh Malaysia, tetapi Najib seolah-olah melihat perkara ini tidak serius.

Datuk Ronald Kiandee, MP Beluran merangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat Malaysia telah memberi respond semalam dalam laman social FCB kumpulan terbuka yang ditubuhkannya dengan berkata, “Kita kena check dengan Kerajaan Persekutuan, tapi itulah masalah dalam kerajaan yang mengamalkan system persekutuan (federalism). Isu keselamatan Pati pembentukkan RCI mesti diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan, kerana ianya bukan di bawah kuasa Kerajaan Negeri”.

“Memang ramai ahli parlimen kerajaan dan pembangkang membawa isu Pati RCI ini dalam perbahasan-perbahasan mereka. Sebenarnya hanya kerajaan saja yang berkuasa untuk tentukan pembentukan RCI bukan ahli-ahli parlimen. Sedang usul untuk bentuk ‘parliament select committee’ pun harus datang dari kerajaan”, katanya lagi

Beliau menambah, “Semua orang Sabah tidak menerima Pati, dikalangan semua wakil rakyat pun sedemikian. Dua belas tahun saya di parlimen memang setiap wakil kerajaan dan pembangkang Sabah suarakan isu ini. Pembangkang Semenanjung cuma mula bercakap tentang Pati Sabah secara serius konon hanya selepas pilihanraya 2008 lalu”.

Ronald Kiandee melihat semua itu hanya sebagai kekuatan politik mereka. Beliau mengakui bahwa pati adalah isu Sabah, penyelesaian berkesan harus diambil oleh kerajaan. RCI adalah antara pendekatannya yang penting dalam RCI itu bukanlah pada penubuhannya tetapi perlaksanaan setiap cadangan yang dikemukakan kelak, tambah beliau lagi.

Pada Ronald, RCI tidak perlu dijadikan isu politik, kerana ianya isu yang sama diperjuangkan oleh penbangkang dan kerajaan. Menurut beliau lagi, sekarang ini pun tidak kurang pendedahan pemilikan kad diri dikalangan pati. Banyak sudah teguran dan cadangan yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat dan orang awam Sabah terhadap isu ini.

“Saya seringkali bagi tahu pengundi-pengundi saya di Beluran untuk tentukan lebih ramai orang Sabah pegang jawatan diperingkat persekutuan sama ada jadi menteri atau jadi pegawai tinggi untuk gubal dasar Kerajaan Persekutuan yang akan memihak kepada negeri kita. Setakat jadi pengarah di peringkat negeri tidak cukup untuk mengubah semua ini”, katanya.

Justeru itu, Datuk Ronald telah timbulkan satu persoalan, “Hmm! perlukah kerajaan tunggu RCI untuk mengambil tindakan?”. Kerajaan apakah yang dimaksudkan oleh Ronald, kenapa Najib gagal menangani isu ini dan sama ada dakwaan menteri-menteri di Sabah bahawa Kabinet hanya membuat janji kosong tanpa ada asas yang kukuh?.

20 comments:

  1. Pasti RCI akan diumumkan, masa yang sesuai tu akan tiba juga.

    ReplyDelete
  2. semua penduduk Sabah mengharapkan RCI dktubuhkan, kerajaan Pusat harus segerakan penubuhannya.

    ReplyDelete
  3. Mungkin PM sememangnya perlu melaksanakan penubuhan itu secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
  4. Melengahkan penubuhan cuma membuat persoalan timbul oleh penduduk Sabah. Sedangkan perkara ini sudah diterima oleh PM namun masih belum ada kata putus. Kerajaan Negeri telah memberikan sokongan untuk perlaksanaan RCI namun tidak ada jawapan sehingga sekarang. Yang penting sekarang perlu dilaksanakan secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
  5. Penduduk Sabah mengharapkan penubuhan ini dapat dilakukan lebih cepat dan jangan buat penduduk Sabah tertunggu-tunggu.

    ReplyDelete
  6. Saya gembira yang mana kerajaan NEGERI SABAH tidak ada bantahan mengenai penubuhan RCI untuk Sabah. Kerajaan NEGERI sendiri menyokong perlaksanaan itu dibuat. Parti UPKO adalah parti yang benar-benar membantu untuk menyuarakan mengenai RCI ini.

    ReplyDelete
  7. Kita mengharapkan sangat agak PM akan mengumumkan RCI ini secepat yang boleh. Semua itu adalah ditangan PM sendiri.

    ReplyDelete
  8. dengan mengatakan Najib gagal mengumumkan RCI,, sejak bila pula ada tempoh wajib untuk PM mengumumkan penubuhan RCI??

    ReplyDelete
  9. Sabah Barisan Nasional component parties have given themselves a week to put together a unified Terms of Reference (TOR) document on illegal immigrants before handing it over to the Federal government.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The compilation will push for an immediate set-up of the much-awaited Royal Commission of Inquiry (RCI) into illegal immigrants, said Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan who is also PBS president yesterday.

      Delete
    2. A working committee would be set up to gather views and suggestions from all the component parties on the objectives of the RCI and compile them into a consolidated Terms of Reference (TOR) before submitting the TOR to the top leadership, he said.

      Delete
    3. According to him, individually, the state Barisan parties had submitted their own TOR to the higher ups for consideration but the unified TOR is seen as the best way to speed up the formation of the RCI, which Opposition parties and NGOs here are also pushing for.

      “This will make our case stronger,” said Pairin.

      Delete
    4. “There are no two ways about the united stand by the BN component parties in Sabah to the establishment of the RCI by the Government,” he said, after chairing the state BN citizenship sub-committee meeting here.

      Delete
    5. While the Prime Minister has yet to announce the formation, Pairin noted the state BN parties had faith that it was only a matter of time before the RCI is established.

      Delete
    6. “We have no doubt the Federal cabinet has already agreed to the RCI. We expect the RCI to be set up immediately after the TOR is submitted,” he said.

      Delete
    7. Pairin pointed out no further debate was needed to highlight the negative implications of illegal immigrants in the state, adding the RCI would help resolve several key issues.

      Delete
    8. “The obvious ones are the extraordinary increase of Sabah’s population, irregularities of issuance of identity cards (ICs) to foreigners and obtainment of ICs by illegal immigrants, with syndicates issuing such cards exposed in the past,” he said.

      Delete
    9. “We need to protect the people from any uncertainty regarding their future especially sovereignty,” Pairin said.

      Delete
    10. Hopefully the RCI will be established soon to investigate the Project IC issue that has been plaguing the people for decades.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
  10. The Terms of Reference is already in the final stage, Najib said the RCI will be established once the TOR is finalized.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete