Sunday, 20 November 2011

MILIK SIAPA? : Saluran 4 menjadi rebutan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyempurnakan amanat semasa pelancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN), 'BN Pilihan Orang Muda' kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 khusus untuk menarik sokongan golongan muda kepada parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 20 November 2011. 

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, slogan berkenaan akan digunakan oleh sayap muda parti termasuk Pemuda dan Puteri UMN0 untuk meraih undi golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

Perlu diingat, golongan inilah yang majoritinya membantah isu Aziz Bari yang diambil tindakkan baru-baru ini. Dan, golongan ini jugalah yang gagal membayar pinjaman PTPTN yang diwar-warkan untuk disaman, sekarang hanya tidak boleh ke luar negara. Paling jelas sekali, golongan ini yang paling banyak menganggur. Jika hendak dilakarkan, terlalu banyak penentangan orang muda terhadap kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh konon parti keramat ini iaitu UMNO. Golongan muda adalah penghias PRU13 akan datang yang sudah tentu berada di ‘Saluran 4’.

Golongan muda terdahulu tak sama dengan golongan muda sekarang. Orang muda dulu bolehlah diumpan dengan gula-gula, sekarang jauh panggang dari api. Kenapa baru sekarang perkara ini disedari oleh UMNO/BN. Rupanya selama negara merdeka, kerajaan Barisan Nasional sengaja tidak mahu ambil tahu dan perhatian perkara tersebut. Buktinya, kenapa baru sekarang dilancarkan slogan itu jika mereka betul-betul ambil perhatian?. Setelah golongan muda mula tampak menunujukkan belang penentangan dengan kerakusan dan ketirisan kepimpinan UMNO/BN.

Mesej yang di bawa oleh Pakatan Rakyat semakin hari semakin difahami oleh golongan muda, yang di lihat menyebelahi pihak mereka. Mereka mula berani mengeluarkan suara dan protes tentang tindak tanduk dan keburukkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang akhir-akhir ini bercelaru pentadbirannya. Dalam UMNO/BN itu sendiri sudah berpuak-puak dan tidak wujud perpaduan dan pesefahaman dikalangan pemimpin dan ahlinya. Penyakit telah menular dan sukar untuk diubati, malah virus protes penentangan semua golongan juga telah melanda politik UMNO/BN. Sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahan episode cerita ini menjelangnya PRU13 nanti, siapa yang kena?.   

No comments:

Post a Comment