Sunday 13 October 2013

PERSOALAN : MELAYU DAN ISLAM, BANGSA DAN AGAMA?



Beberapa persoalan untuk renungan bersama terutamanya kepada Presiden JATI dan ISMA yang mana antara fikrah atau dasar perjuangan mereka ialah MEMARTABATKAN ISLAM MELALUI PENYATUAN DI BAWAH RUMPUN MELAYU yang cuba diperkenalkan di Borneo!
  1. Dasar perkauman di Semenanjung Tanah Melayu yang mana Melayu mewakili pelbagai etnik atau kaum yang beragama Islam dan dua kaum lagi iaitu Cina dan India. Ini sebenarnya telah merugikan dakwah Islam kerana dua kaum bukan Islam tersebut tidak dapat melihat keindahan Islam kerana syaratnya mereka harus melihat Islam melalui teropong Melayu dahulu. Lalu peningkatan % umat Islam di sana tak sehebat di Sabah dua kali ganda sejak merdeka. Adakah ini benar?
  2. Faktor peningkatan % dua kali ganda umat Islam di Sabah sejak merdeka selain faktor imigran muslim adalah disebabkan terlalu minima dasar perkauman yang diamalkan. Orang Cina, Kadazan, Dusun, Murut, Bajau dan lebih 30 suku atau etnik yang lain melihat Islam secara langsung. Secara fitrahnya meraka lebih senang menerima Islam melalui sudut kaum masing-masing dan Islam dilihat sebagai faktor penyatuan. Adakah ini benar?
  3. Namun, umat Islam di Sabah dilihat tidak mantap, miskin, berpecah belah, kurang amalan beragama berbanding di Semenanjung Tanah Melayu. Ia munkin disebabkan faktor pendidikan yang kurang dan dhaif. Kerajaan dan juga pelbagai jabatan, agensi serta NGOnya telah merampas banyak hak peluang pendidikan untuk keluar daripada belenggu kemiskinan golongan ini. Adakah ini pun benar?
  4. Di Sarawak ada dakwaan konon kontrak sosialnya sama seperti di Sabah, tetapi mengapa % peningkatan umat Islam tidak banyak berubah di sana. Ini munkin adalah di sebabkan dasar pemerintahnya juga sama seperti di Semenanjung Tanah Melayu iaitu MEMENJARAKAN ISLAM MELALUI POKET MASING-MASING. Sukar di lihat oleh kaum lain dalam rupa bentuknya yang sebenar. Adakah ini juga benar?
  5. Nabi Muhammad SAW sendiri dalam sirah dakwahnya tidak pernah meletakkan faktor ARAB dalam menyatukan bangsanya, tetapi Islam dan Iman tetap faktor utama penyatuan tersebut. Adakah ini tidak benar?
Menurut Dr Yusof Al Qardawi, faktor utama kelemahan Umat Islam kini adalah disebabkan majoritinya tidak memahami ‘fikh aulawiyyat’. Umat ini lebih mengutamakan kosmetik yang cantiknya sementara sahaja, sedangkan perkara dasar yang memberi kesan jangka panjang sehingga ke akhirat dikemudiankan. Mereka selalu memilih premis dan masa yang salah!!..

Wallahu a'lam..

Saturday 7 September 2013

Laman Sosial FACEBOOK Saya Ready Digondam

PERHATIAN : Jika ada sesiapa yg beri kenyataan mana-mana laman sosial FACEBOOK menggunakan nama Saya Ready, tolong abaikan.. Itu bukan admin atau ahli-ahli daripada groupready.net.. Terima kasih..

Monday 13 May 2013

10 Dalil kenapa Najib dan Musa terlepas pandang DSSK?


Lebih 30 orang respondent SR temui, pelbagai andaian dan persepsi telah mereka kemukakan. SR cuma dapat mencatatkan di sini, 10 DALIL sebagai pilihan untuk pengetahuan umum.

Kenapa DSSK tidak dilantik untuk menganggotai Kabinet Menteri Negeri Sabah di bawah pimpinan DS Musa aman?
  1. Suatu ketika dahulu sewaktu perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO, DSSK telah menyokong DS Anwar Ibrahim yang menentang Tun Ghafar Baba.
  2. Semasa perebutan Naib Presiden UMNO, juga selaku Ketua Bahagian UMNO Kota Belud ketika itu, DSSK telah mencadangkan Ali Rustam dan tidak mencadangkan Najib Razak.
  3. Ketika era Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mencanangkan supaya ada pengiliran terhadap Ketua Menteri Sabah. DSSK adalah antara yang menentang dan tidak bersetuju pengiliran itu diteruskan.
  4. Penubuhan USBO bersama DS Shafie Apdal serta Tan Sri Pandikar dan pemimpin-pemimpin lain dikalangan UMNO sendiri adalah agenda paling tidak disukai oleh Najib kerana, ia akan menjadi pesaing kepada UMNO di Sabah dan politik Musa Aman.
  5. DSSK pernah menjawat jawatan penting dalam kabinet negeri Sabah iaitu Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, ketika itu beliau amat tidak disenangi oleh Musa dan konco-konconya.
  6. Datuk Haji Musbah dan Datuk Abdul Rahman Dahalan adalah pro Musa, munkin sebab itu mreka tidak menyokong beliau dilantik untuk menganggotai atau menjawat sebarang jawatan dalam kabinet kerajaan negeri Sabah.
  7. Persaingan politik yang amat jelas dan ketara sekali dengan Musa Aman. Ketika pemilihan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud yang lalu pun, Musa ternyata berpihak kepada Musbah.
  8. Sambutan hariraya aidilfitri bersama Najib anjuran USBO pada tahun 2012 lalu yang dipengerusikan oleh TS Pandikar, nyata sekali tidak disenangi oleh Musa Aman. Buktinya pada hari yang sama juga, Musa telah membuat program yang serupa bersama PM di Sandakan.
  9. Pada PRU13 yang lalu, banyak suara-suara sumbang serta keluhan kedengaran tanpa berselindung dari masyarakat Kota Belud telah sampai kepengetahuan Musa Aman. Mereka mengatakan Lamsil Hamidsor suami kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Belud bertanding atas tiket Bebas di Parlimen adalah strategi untuk tujuan menjatuhkan Rahman Dahlan yang pro Musa, untuk membolehkan Munirah Majilis calon PKR menang yang konon ada kaitan keluarga dengan DSSK. Pegawai-pegawai kempen DSSK juga dikatakan konon ada mewar-warkan kepada pengundi Usukan 'satu hidup satu mati'. Ertinya di situ, DUN Menang, Parlimen Kalah.
  10. DSSK juga kononnya masih terikat dengan kontrak Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. 

    Wallahualambisawab..

Thursday 9 May 2013

Artikel Hangat Pilihan Saya Ready - Apa Cina Nak Lagi?

Sebagai rakyat Malaysia, Saya Ready ingin mengajak rakyat seluruh lapisan masyarakat berbilang kaum di negara ini, supaya dapat membuka ruang lingkup minda yang tertutup selama ini. SR mohon, berilah masa yang singkat untuk membaca artikel di bawah..


ARTIKEL PENUH!!

   Kepada para Pemimpin yang tertanya "Apa Cina nak lagi":
Saya sebagai Malaysian yang berbangsa Cina ingin memberitahu kepada semua Malaysian yang saya kasihi bahawa kami tidak minta banyak seperti Utusan nyatakan.
  1. Orang Cina hanya minta satu Pilihanraya yang bersih dan adil seperti semua Malaysian yang minta. Tiada isu-isu yang tidak masuk akal berlaku tidak kira di mana-mana sahaja.
  2. Orang Cina hanya minta Malaysia adalah selamat dan aman damai seperti semua Malaysian yang minta. Saya tanya kepada semua Malaysian, adakah anda rasa anda berasa selamat semasa berada di luar samaada di dalam rumah? Pada tahun 2012, beberapa kes-kes rompak berlaku di dalam dan luar kawasan rumah? Selain itu, berapa kes-kes tembakan oleh pembunuh? Ini dipanggil aman damai? Sedangkan rakyat Malaysia takut setiap masa dan pembunuh tu macam tidak habis ditangkap.
  3. Orang Cina hanya minta orang yang berkebolehan diambil perhatian dan diambil berat oleh Negara tanpa memainkan isu perkauman. Pernahkan anda dengar Budak Cina dapat CGPA 4.0 tidak dapat masuk Universiti tempatan? Bagi yang tidak pernah dengar maka saya di sini bagi tahu bahawa setiap tahun akan berlaku peristiwa ini.
  4. Pernahkah Orang Cina mainkan isu perkauman dalam surat khabar "Pinyim"? Saya percaya ramai kawan-kawan yang bukan bangsa Cina tetapi pakar dalam bahasa Pinyim juga tahu bahawa Orang Cina sangat suka Negara ini dan suka berkawan dengan bangsa lain dan tidak suka main isu perkauman. Orang Cina tidak pernah fikir atau ingin memcabar kedudukan Khas bumiputera dalam perlembagaan Negara. Orang Cina tidak pernah fikir atau ingin mengambil ahli Negara sebagai Negara orang Cina. Kami lahir di Malaysia dan kami adalah rakyat Malaysia. 
  5. Dalam PRU 13, jumlah undi yang didapat oleh BN hanya tidak sampai 49% sedangkan Pakatan Rakyat dapat 51%. Data ini menunjukkan bahawa bukan hanya Bangsa Cina kata Tak Nak kepada BN sedangkan bangsa Cina hanya 20++% dalam jumlah penduduk di dalam Malaysia. Jika anda tertanya kepada Bangsa Cina sahaja maka anda tidak mengamalkan prinsip 1 Malaysia.
Saya di sini tulis dengan bahasa Malaysia sebab ini adalah bahasa Rasmi Malaysia dan ini senang difahami oleh Rakyat Malaysia dan tidak mudah timbulkan isu salah faham oleh kaum lain. Secara kesimpulannya, Rakyat Malaysia sentiasa berdoa hidup dalam negara yang selamat, aman damai, hidup hormoni antara sesama lain dan juga berdoa Pemimpin yang bersih, amanah, berbakti kepda Negara, dan sentiasa prihatin kepada Rakyat Malaysia. Ini hanya satu permintaan yang ringkas dari Rakyat Malaysia kepada semua pemimpin negara dan bakal pemimpin negara.

Ini adalah kenyataan saya diri sendiri Rakyat Malaysia dan tidak mewakil mana-mana organisasi.
S'ng Chee Wai
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan adil dan benar, maka ia akan mudah melihat keadilan dan kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan adil dan benar..

Wednesday 8 May 2013

Kenapa UMNO mahu bergabung dengan PAS?

UMNO mahu sangat untuk bergabung dengan PAS, kenapa? 

Sebab UMNO sudah tewas di Semenanjung Malaysia, hanya Sabah dan Sarawak sahaja jadi talihayat UMNO Barisan Nasional. 

Betullah apa yang dinyatakan oleh Najib Razak, dalam kunjungan terakhirnya di Sabah pada PRU13 yang lalu. Katanya, Sabah dan Sarawak tetap menjadi fixed deposit UMNO Barisan Nasional..

Statistik gambar di atas telah menunjukkan bahawa, UMNO kini sedang diburu bayang ketakutan. Mereka takut pemimpin-pemimpin Sabah/Sarawak akan mengambil tindakan drastik yang memungkinkan UBN tidak dapat membentuk kerajaan..

Maka itu, readygroup.net ingin mengajak sahabat, rakan taulan dan seluruh lapisan masyarakat Sabah dan Sarawak bergabung tenaga untuk membuat keputusan supaya menuntut hak-hak yang tidak melanggar atau bercanggah dengan peraturan dan perlembagaan negara..

Inilah masanya dan peluang pemimpin-pemimpin BN (MP) Sabah dan Sarawak untuk menuntut post-post penting dalam kabinet menteri Najib Razak, seperti Menteri Pendidikan yang pernah disandang dahulu oleh orang pribumi Sarawak, Abdul Rahman Yakub. Timbalan Perdana Menteri II pun wajar dituntut kerana, sebelum ini ada Tim Menteri Kewangan II..

Sekiranya MP-MP BN Sabah/Sarawak berani tuntut, kami orang-orang PR dari Sabah/Sarawak juga akan turut menyertainya. Inilah matlamat kami sebenar dari Pakatan Rakyat, ingin menuntut kenaikkan royalti minyak daripada 5% kepada 20%, hapuskan PTPTN, lebuhraya Sabah-Sarawak, dan berbagai-bagai lagi tuntutan..

Ada beranikah MP-MP UBN dari Sabah dan Sarawak? Jika tidak berani, bagus semuanya potong lancaulah sunat balik..


Kami dari readygroup.net sangat mengharapkan supaya PAS tidak terpengaruh dengan dakyah taktik kotor UMNO yang melaga-lagakan Melayu dan Cina.. Lu orang Sabah dan Sarawak apa tunggu lagi.. Ayuhhhhhhh!! Mari kita semarakkan semangat, menuntut hak kita..

Kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi?.. TITIK!!!!

Tuesday 7 May 2013

STATISTIK BAGI PARLIMEN DAN DUN PRU13


KLIK SETIAP NEGERI DAN WILAYAH UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSAN PARLIMEN 
<> PERLIS <> KEDAH <> KELANTAN <> TERENGGANU <> PULAU PINANG <>PERAK  <>
<> PAHANG <> SELANGOR <> W.P KUALA LUMPUR <> W.P PUTRAJAYA <> N. SEMBILAN <>
<> MELAKA <> JOHOR  <> W.P LABUAN <> SABAH <> SARAWAK  <>


KLIK SETIAP NEGERI UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
<> PERLIS <> KEDAH <> KELANTAN <> TERENGGANU <> PULAU PINANG <> PERAK <>
<> PAHANG <> SELANGOR <> NEGERI SEMBILAN <> MELAKA <> JOHOR <> SABAH <>




Jadikan tangisan itu sebagai kekuatan,
kerana ketawa tidak menjanjikan kemenangan..
readygroup.net

Thursday 24 January 2013

RMK-10 SK Nanamun Diperuntukkan RM10 Juta : Hanya Janji Kosong UMNO Barisan Nasional

Masyarakat Kg. Nanamun, Kota Belud ingin menagih janji yang dicanang oleh pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional sejak dari tahun 1960.

Mana sudah janji ditepati RM10 juta itu untuk menaik taraf SK Nanamun yang akan dilaksanakan pada tahun 2011?.. MANAAAAA?????

Apakah Utusan Malaysia menipu rakyat Kota Belud kerana melaporkan berita palsu bahawa konon-kononnya kerajaan UMNO Barisan Nasional ini menepati janjinya, dan dikatakan akan memperuntukkan RM10 juta bagi menaik taraf Sekolah Kebangsaan (SK) Nanamun di Kota Belud yang daif dan dikategorikan sebagai sekolah yang amat kritikal.. MANAAAAA?????

7 Disember 2010, Utusan Malaysia : Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peruntukan melalui Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) itu akan digunakan bagi membina enam bilik darjah baru. "Kalau berdasarkan pengauditan jawatankuasa pengauditan fizikal, sekolah ini memang dikategorikan sebagai amat kritikal terutama bangunan bilik darjahnya".. Tak caya? KLIK INI.. MANAAAAA?????

Masyarakat Kota Belud sudah puas diheret ke sana ke mari untuk mendengar janji-janji politik kosong pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional. Sekiranya rakyat Kota Belud terpengaruh lagi dengan janji-janji manis mereka, maka rakyat Kota Belud tidaklah sebijak mana kerana mudah diperbodoh-bodohkan..

SIAPA YANG TAK SERIK-SERIK DIPERBODOH-BODOHKAN ITU.. SILALAH UNDI UMNO BARISAN NASIONAL LAGI!!!!! MAHUKAH ANDA DIKATAKAN BODOH?????

Wednesday 23 January 2013

Krisis dalaman UMNO Barisan Nasional membawa kehancuran atau kemahsyuran Negara?


Krisis dalaman yang berlegar-legar dalam UMNO Barisan Nasional tidak terungkap dengan kata-kata atau secara zahir. Kerana ada krisis bak penyakit yang menjelma dalam peribadi pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional itu sendiri yang merebak ibarat wabak bahaya menjangkiti kepada sesiapa yang berada disekelilingnya.

Krisis yang terletus dan tersebar luas itu tidak dapat dibendung lagi, malahan ianya telah membawa pelbagai masalah kepada kehidupan rakyat di Negara ini. Konflik ini sengaja dicanang oleh sekumpulan yang mahukan kuasa itu kekal ditangan mereka sehingga terciptanya suatu pemusuhan, perbalahan dan pergolakan yang amat ketara.

Lazimnya, sesiapa yang menghadapi krisis ini sememangnya kehidupan rakyat tidak akan stabil dan Negara terdedah kepada pelbagai kepincangan dan kemusnahan. Antara kesan yang mungkin dihadapi ialah taraf hidup rakyat tergugat malahan rakyat juga akan resah, kemungkinan juga pemerintah gelisah dan pelbagai lagi kemungkinan yang akan berlaku sekiranya krisis itu berterusan.

Antara krisis yang amat ketara sekali dilihat mutakhir ini ialah krisis kepimpinan, rakyat tidak lagi menghormati kepimpinan Negara dan langsung tidak menghormati pemerintah malahan, pemerintah tidak dipatuhi dan hilang kedaulatan. Ini menunjukkan petanda awal Negara akan diambang krisis yang kritikal, dan sekiranya rakyat tidak memikirkan cara bagaimana untuk menanganinya, tentu sekali rakyat juga yang akan menerima akibatnya kelak.

Apa yang diperhatikan, krisis dalaman UMNO Barisan Nasional sudah merentasi sempadan. Dikalangan mereka sendiri berlaku pergolakkan dan konflik kerana perbalahan pemahaman dan perbezaan pendapat dalam politik, kadangkala terletus ungkapan-ungkapan penghinaan sesama sendiri, kaum dan agama mereka sehingga berlaku ketegangan. Semua ini mempunyai makna tersendiri yang boleh membawa kepada krisis kehidupan rakyat.

Kerakusan dan tindak-tanduk mereka itu bukan sahaja merosakkan diri mereka sendiri atau parti-parti komponen mereka, bahkan ianya juga boleh membawa kepada kemusnahan Negara dan kestabilan hidup rakyat yang tak tahu apa-apa. Mereka seolah-olah gagal menguruskan kehidupan rakyat di Negara ini dengan baik. Ada juga penyelesaian yang diambil oleh meraka, namun bukan membawa kepada kebaikkan ianya ibarat tikus yang membaiki labu.

Majoriti rakyat di Negara ini sememangnya mengetahui bahawa, krisis dalaman UMNO Barisan Nasional itu ada di antara individunya yang terjerat dengan krisis kewangan, pelaburan lesap, hutang bertimbun, poket barait kempis dan pelbagai lagi krisis yang dihadapi. Jika diperhatikan dengan krisis kepimpinan, ada juga konflik antara peribadi, perbezaan pendapat, perwatakan dan citarasa fahaman sehingga membawa kepada penghinaan dan jatuh menjatuh dikalangan mereka sendiri.

Umumnya juga semua lapisan masyarakat di negara ini maklum bahawa, kenapa UMNO diharamkan sehingga terbentuknya UMNO (Baru) di bawah kepimpinan Dr Mahathir ketika itu. Mahathir adalah ketua pemerintah kuku besi, siapa di antara mereka ketika itu yang mengancam kedudukkannya akan dijatuhkan dengan cara apa sekali pun. Siapa pemimpin yang berkrisis dengan Mahathir, tentu akan menerima padahnya.

UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.

Pada 1999, Mahathir telah menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.

Mahathir pernah berkrisis dengan Tungku Abdul Rahman, Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah), dan semua pemimpin-pemimpin tersebut telah memberi tentangan kepada Mahathir. Regim Mahathir jelas memperlihatkan kepada umum bahawa beliau ingin mewariskan legasi kuasanya dalam UMNO Barisan Nasional kepada generasinya iaitu anaknya Mukriz Mahathir serta kuncu-kuncunya.

Dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sekarang ini, masih lagi merujuk dan mengagung-agungkan Mahathir. Jauh sekali mereka meratapi apa yang Mahathir telah lakukan kepada UMNO sebelum ini. Jika benar Mahathir dan kuncu-kuncunya sayang dan ingin mempertahankan UMNO, tentu sekali Pak Lah ketika itu sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang telah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO tidak diporak-porandakan oleh regim Mahathir.

Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Pak Lah. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008 setelah Mahathir khianati Pak Lah, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak (TKO), dan Selangor selain PAS mengekalkan Kelantan.

Mahathir telah melakukan berberapa helah dan strategi untuk menjatuhkan Pak Lah dengan menggunakan kelibat Tan Sri Muhiyiddin Yassin. Akhirnya Pak Lah berjaya dijatuhkan sehingga turun tahta, dan Dato’ Seri Najib Tun Razak pula telah diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6 sehingga kini. Dengan peralihan kuasa itu rakyat terlalu mengharapkan perubahan, namun apa yang berlaku dan diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Mahathir semakin galak memasuki hal-ehwal dalaman pentadbiran Najib dalam UMNO, sekalipun dalam pentadbiran kerajaan di Negara ini. Najib dilihat lemah dalam pentadbiran, Najib memiliki kekuatan pun bukan kepada pengaruh bapanya atau jawatannya sebagai Perdana Menteri. Kekuatan Najib terletak kepada isterinya Rosmah Mansur yang mana, Mahathir sendiri pun tidak berani menegur. Apa lagi pemimpin-pemimpin UMNO lain, dengar batuk Rosmah pun mereka kecut.

Setelah Mahathir keluar dalam UMNO di zaman pentadbiran Pak Lah, satu tabloid telah melaporkan bahawa Tun Musa Hitam pernah berkata, 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu. Namun, kenyataan Musa Hitam itu telah meleset, hakikatnya Mahathir semakin galak dan masih juga berkokok disinggah-sana.

Ke mana Mahathir bawa UMNO – Kemahsyuran atau Kehancuran?.. Ikuti kupasan selanjutnya dalam ‘Siri II’..

Kepekaan dan kebolehan mengenal pasti, menganalisis, merumus, mentafsir dan menilai isu-isu semasa yang wujud dalam konflik politik Negara secara rasional adalah penting untuk mewujudkan kesedaran bagi kebaikkan diri dan Negara. Ini adalah penting kepada setiap lapisan masyarakat yang celik maklumat dan ilmu.

Untuk menghadapi isu-isu semasa dengan berfikiran secara terbuka dan cuba menghadapinya dengan sikap positif dan bertanggungjawab adalah merupakan ciri-ciri rakyat yang baik dan mantap. Di dalam masyarakat moden hari ini, pemimpin berlumba-lumba mengejar kesenangan untuk kemajuan dan harta. Justeru itu, tidak heranlah sekiranya tumpuan kepada kemajuan rakyat kian berkurangan.

Saturday 12 January 2013

Isu Projek Empangan Tambatuon dan Penutupan Sungai Tempasuk Dimanipulasi Oleh Pemimpin-Pemimpin UMNO Barisan Nasional Kota Belud

Rakyat yang tidak mendapat apa-apa maklumat sahih akan keliru sekiranya tidak diberikan penjelasan dengan info-info yang tepat. Amat malang bagi rakyat bila secara emosinya diberikan liputan yang meluas dalam bentuk persepsi dan andaian yang berbagai-bagai.

Cuba kita lihat bagaimana mereka memanipulasikan isu-isu, contohnya maklumat projek Empangan Tambatuon dan Penutupan Sungai Tempasuk di Kota Belud..

ISU EMPANGAN TAMBATUON..



Bagi memenuhi kehendak Datuk Abdul Rahman Dahlan MP Kota Belud ini, maka itu jawabannya diberikan seperti berikut di bawah bagi menjelaskan kepada kekalutannya:-

Mantan Ketua Kampung Tambatuon Kota Belud En. Singkui Bin Tinggi pada tarikh 26.09.2011, telah membuat ulasan mengenai kenyataan Datuk Herbert Timbun Lagadan di dalam Daily Express pada 14.07.2011 mengenai pembinaan empangan di Kg. Tambatuon yang mampu menjana RM500,000.00 setahun kepada penduduk kampung tersebut. Ulasan yang kedua ialah diberi peluang melawat ke penempatan empangan di Kedah.

Pada tarikh 11.09.2011, jam 2.00 petang kami telah mengadakan mesyuarat tergempar di Mini Dewan Kg. Tambatuon dan kira-kira 140 orang perwakilan termasuk Badan Bertindak Pengurus Jehim Singkui, WKN Sayhui Sumbin, KK Yamin Goling, PJKK Sindih Giong turut hadir bagi menyuarakan pendapat masing-masing.

Keputusan kedua-dua cadangan Kerajaan yang memberi wang dana empangan sebanyak RM500,000.00 setahun dan melawat ke kedah, adalah sebulat suara masyarakat Kg. Tambatuon tidak menerima dan menolak sama sekali cadangan Kerajaan tersebut. Ini kerana apabila Badan Bertindak menilai dan membahagi wang dana tersebut kepada 898 orang dan setiap seorang hanya mendapat RM42.00 sebulan.

Adakah wang yang sedikit ini (RM42.00) dapat menampung keperluan hidup sekeluarga selama sebulan, sedangkan pendapatan masyarakat kampung pada masa ini tidak kurang di bawah RM5,000.00 atau ada yang dibawah RM10,000.00 sebulan daripada hasil getah dan padi sawah serta bukit. Tanah pekebun getah semuanya dibawah 10 ekar dan kebanyakkannya lebih dari 20 ekar, 15 ekar dan lain-lain buah-buahan serta tanaman sayur-sayuran, dan sampai sekarang semuanya rancak bergerak menambah keluasan tanaman getah serta lain-lain usahawan.

Kedua-dua cadangan Kerajaan seperti tawaran meletak penempatan empangan Kedah, kami sangat meminta maaf kepada Kerajaan terutama kepada Datuk Herbert Timbun Lagadan ADUN N.7 Kadamaian dan YB Datuk Rahman Bin Hj. Dahlan, Wakil Parlimen Kota Belud. Ini kerana kami tidak mahu tawar menawar atau seperti menjual dan membeli kampung kami. Semua tawaran Kerajaan secara langsung tidak boleh diterima.. [Sumber : Empangan Tambatuon - Ketua Kampung dipecat kerana pertahankan Kg. Tambatuon.]

ISU PENUTUPAN SUNGAI TEMPASUK..


Isu sungai tempasuk juga dimanipulasi oleh pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional di Kota Belud, yang jelas ada percanggahan pendapat dikalangan mereka sendiri.

Puan Tiajor Hj Sibil selaku AJK Wanita UMNO Kota Belud telah menyatakan bahwa Sungai Tempasuk ditutup adalah kerana alasan yang diberikan oleh Jabatan Parit dan Saliran (JPS) bagi tujuan menyelamatkan kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir yang juga memusnahkan tanaman padi mereka. 

Menurut sumber lain, kawasan lain sebelum ini yang tidak terjejas dengan fenomena alam itu sekarang ini sering pula dilanda banjir semenjak Sungai Tempasuk itu ditutup. Ertinya di situ, kampung lain diselamatkan manakala kampung yang lain lagi dibiarkan terdedah dengan banjir.

Apa pulak penjelasan yang diberikan oleh MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan? 

Menurut kenyataan Abdul Rahman, bukan itu alasannya sepertimana alasan yang diberikan oleh  JPS. Sebab utama kekerapan banjir berlaku katanya ialah, "Saya sudah bertanya kepada Jabatan Parit dan Saliran dan telah melawat lokasi sungai yang ditutup itu. JPS mengatakan itu bukan penyebabnya. Mereka tunjukkan kepada saya bahawa benteng itu ada sistem di mana jika air naik mendadak, air akan melimpah keluar dari benteng itu".

Mana satu yang betul ini? Kata AnakSama KbSbh, "Macam mana ini kakak Tiajor Hj Sibil, siapa yang menipu? Siapa yang kena tipu? Yang pasti, bukan saya yang kena tipu".

Berhati-hatilah.. RAKYAT jangan mudah TERTIPU!!