Kerajaan Selangor telah bergolak,
antara sebabnya ialah berikutan Ketua Eksekutif, Penasihat Ekonomi Selangor
saudara Rafizi Ramli yang meletakkan jawatan dari tanggungjawabnya di Pejabat Menteri
Besar Selangor. Itulah dakwaan yang diperkatakan oleh media-media longkang
UMNO/BN sebelum ini.
Apakah UMNO/BN sudah ketandusan idea?. Boleh dikatakan setiap hari menyerang 'Pakatan Rakyat' yang semakin hari semakin kukuh dan kian mendapat
sokongan rakyat berbilang kaum dan bangsa di Negara ini. Bila bankrap idea, UMNO/BN sudah
tidak peduli lagi walaupun kenyataan-kenyataan mereka itu bernada pembohongan. Hanya
isu-isu peribadi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mereka suapkan setiap
masa pada minda rakyat. Itulah modal mereka, lain tak ada.
Lihat saja bagaimana perletakan
jawatan Rafizi itu dimomok-momokkan oleh media longkang UMNO/BN. Akhirnya
mereka terkantoi, bila mana Rafizi sendiri telah menjelaskan keadaan atau fenomena
yang berlaku sebenarnya kenapa beliau letak jawatan. Menurut Rafizi, menumbangkan kerajaan UMNO/BN itu adalah
yang lebih penting untuk masa depan negara. Inilah agenda utama Rafizi.
Kepemimpinan dan kewibawaan
Rafizi yang mula mendapat tempat dihati masyarakat dan para generasi muda masa kini, adalah satu
titik tolak atau kayu ukur terhadap ketelusan dan kemampuan beliau untuk membawa
anak muda kepada kegemilangan generasi ini. Rafizi telah memberi dua amanat kepada
generasi muda, antaranya ialah:-
- Teruskan soal PTPTN dan pendidikan percuma.
- Tekan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat supaya harga kereta diturunkan.
Untuk lebih jelas, apa sebenarnya
perjuangan Rafizi Ramli. Sila Klik YouTube di bawah ini..
Nak baca lagi kenyataan akhbar Rafizi?. Silakan! ada di bawah ini, SR sediakan.
<<<<<<<<<<<<<<<<><><><><><><><><><><><><><><>>>>>>>>>>>>>>>
Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat
Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa
kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan
Selangor yang ditunjangi KEADILAN.
Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan
peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan
Umno/Barisan Nasional.
Saya mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran
Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula
menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC.
Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya
diminta menangguhkan hasrat itu.
Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang
dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya
lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan
menyusun strategi menghadapi pilihanraya.
Apatah lagi apabila
pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid
Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat
ini.
Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan
jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas
moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang
rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada aktiviti politik partinya.
Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional.
Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan
kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis
mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik
bagi parti mereka.
Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan
politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan
sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional.
Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk
membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang
kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik.
Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin
berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan
menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.
Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan
tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka
berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan
mereka.
KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza
dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila
tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu menumpukan
sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga
mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja
politik dari dana rakyat.
Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan
Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan
penyelewengan mereka.
Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.
Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa
pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya
membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor.
Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno
memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat
penyelewengan ini seperti yang diminta mereka.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012 .
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012 .
kita tgklah adakah mereka berjaya nak menumbangkan UMNO.
ReplyDeleteGenerasi muda perlu pandai menilai dan memilih pihak mana yang patut mereka sokong demi untuk masa depan negara.
ReplyDeleteThe younger generation of voters will be the main determinant during the next general elections.
Deletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Kadang-kadang risau juga dengan penilaian orang muda ni kerana mudah dipengaruhi oleh emosi.
DeleteIt's all up to the people to judge, in the next general elections, we will see the people's choice.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Usah perbesarkan isu yang remeh.
ReplyDeleteRafizi adalah anak muda yg berperanan dan bertngjwg penuh membongkar kes NFC dan rumah agam Khir Toyo.. semua kes2 tersebut dapat dibuktikan.. inilah pemimpin muda yg kita harap2kan menjadi peneraju kepimpinan negara di masa akan dtg..
ReplyDeletesekarang ini juga, bermula siri pendedahan besar Rafizi berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri, bernilai RM960 juta..
ReplyDeleteBerita mengenai Rafizi keluar dari jawatan Awan kerana pasti takut disiasat seperti Faekah Husin.
ReplyDeleteNasihat yang berguna kepada semua. Tapi menumbangkan UMNO itu perlukan masa juga dan mungkin juga tidak tercapai.
ReplyDeletePenyelewengan PKR Selangor ke atas aset Talam Corporation. Selangor yang didakwa terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam Corporation Bhd yang dibebani hutang, 2 tahun lalu.
ReplyDeletePenyelewengan didakwa berlaku dalam 2 bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itu dibelanjakan. PKR Selangor belum menjelaskan hutang milik Talam ke atas beberapa buah syarikat meskipun bajet sudah diluluskan
Deleteeh.. dalam kenyataan awal dia, dia cakap mahu berehat..
ReplyDeleteThe opposition is devoid of ideas and are only playing up on the sentiment of the people in Sabah by raising issues that are already part of the struggle of the Barisan Nasional (BN) parties, said Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
ReplyDeleteOngkili said the rights of the people were important but “have always been championed by the Barisan Nasional parties especially Parti Bersatu Sabah (PBS) as the basis of our existence as a political party”.
DeleteHe also said PBS would not compromise on what is important to the people, including on the 20-point memorandum to safeguard the interests, rights and autonomy of the people of Sabah during the formation of Malaysia.
DeleteThe opposition was clueless as to what they wanted to do for the country whereas the BN was clear in its goals and strategies as “being championed under the leadership of the Prime Minister to set the direction for the country’s growth as a developed nation.
ReplyDeleteThe transformation programmes are real and concrete steps and the adoption of the strategies is the way forward for the country. On the contrary the opposition are harping on old issues.
ReplyDeleteUntil now they have not unveiled anything especially for Sabah and Sarawak and they are only talking about rights and to stir the sentiment of the people.
ReplyDeleteThe people should be wise in choosing a government. A good government is that which pays attention to the people’s needs and interests and at the same time focuses on the developmental progress of its people in every aspect.
ReplyDelete