Friday, 18 November 2011

Masjid Pekan Kota Belud : Apa hubungan Datuk Salleh dengan kontraktor cina?


Meskipun begitu sibuk dengan tugas seharian, masyarakat Kota Belud berbilang bangsa dan suku kaum berduyun-duyun mendatangi Masjid Pekan Daerah Kota Belud, Sabah untuk melaksanakan solat Jumaat tengahari tadi. Lokasi Masjid yang berada ditebing bibir bukit Pekan Kota Belud telah dikunjungi oleh pelbagai masyarakat umat Islam yang majoritinya adalah suku kaum Bajau, Iranun dan Kadazan/Dusun.

Umat Islam masyarakat Kota Belud tidak pernah melewati suasana hangat Fardhu Jumaat di cela-cela hembusan angin. Ratusan manusia berhimpun dalam satu jemaah menunaikan solat Jumaat di mercu tanda daerah Kota Belud iaitu Masjid Pekan Kota Belud.

Tangan diangkat memohon doa dengan hati melafazkan zikir yang pastinya ingin memohon dijauhkan dari berbagai macam kejelekan dan kecelakaan. Demikianlah luhurnya hati-hati umat Islam Kota Belud dengan tawaduknya mereka akan kebesaran Allah s.w.t. Dalam konteks kehidupan seharian, terutama tentang pentingnya solat dan sujud kepada Allah s.w.t, jemaah-jemaah ini segera melaksanakan kewajiban. 

Selesai solat jumaat, SR rehat sebentar. SR memerhatikan Masjid Pekan Kota Belud sedang dalam pembaikpulihan. Yang dimaklumkan kepada SR, projek ini menelan belanja sejumlah lebih kurang RM200 ribu, Alhamdulillah. Namun, cuping telinga ini bisa juga terdengar kata-kata sumbang dari bisikan beberapa orang jemaah yang melahirkan ketidak puas hatian mereka tentang kontraktor yang diamanahkan (dilantik) untuk melaksanakan projek berkenaan.

“Sudahlah kontraktor bukan muslim, ditambah pula dengan kerja-kerja yang tiada kualiti langsung”, menurut kenyataan salah seorang jemaah selepas menunaikan solat Jumaat yang sedang duduk bersembang dengan beberapa rakan sambil menantikan keretanya clear dari halangan kereta lain.

“Kontraktor itu orang cina, dan orang paling dekat dengan Datuk Salleh” tambahnya lagi. Jemaah yang melahirkan kekesalan itu amat SR kenali sekali, beliau adalah seorang kakitangan kerajaan. Kalau dia kontraktor tentu SR akan katakan pada dia, sebab dia berkata begitu kerana dia tidak dilantik menjadi kntraktornya. Bagi SR ia adalah komen yang sihat.  

SR difahamkan lagi, carpet yang dipasang tidak kemas malah tidak sampai ke tepi dinding malah disambung dan dipaku. Menurut sumber lagi, salah seorang jemaah terpijak paku tersebut semasa menunaikan solat zuhur awal minggu ini dan telah mengalami sedikit kecederaan. Jika sumber-sumber ini semua benar dan ada keabsahannya, siapa yang harus dipersalahkan?. Tak kan kita menuding jari pada pihak lain. Tentulah sekali pada kontraktor berkenaan yang harus dipersalahkan. Tapi, kenapa kontraktor non muslim yang dilantik?.

Persoalannya di sini, Datuk Salleh dimaklumkan amat berpengaruh sekali di setiap projek yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah Kota Belud. Kenapa perkara sedemikian berlaku?. Apakah atas sebab, beliau yang telah mencanangkan Pegawai Daerah Kota Belud yang dilantik baru-baru ini?. Apakah juga dengan statusnya sebagai orang paling dekat dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman?. Maka itu, beliau bolehlah buat apa sahaja dengan mengikut kehendaknya?. 

SR bukan hendak mempertikaikan sangat siapa kontraktor yang membaik pulih Masjid Pekan Kota Belud. Sebaliknya SR mengesyorkan, pihak-pihak yang terbabit seharusnya memerhatikan atau memantau projek berkenaan. Adalah lebih elok sekiranya kontraktor yang diberi peranan adalah kontraktor muslim. Sekurang-kurangnya kontraktor tersebut tidak terlalu memikirkan imbuhan (untung) yang tinggi kerana dia tahu itu rumah ibadat (rumah Allah). 

Diharap, dikalangan politikus-politikus ini janganlah terlalu campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran setiap Jabatan. Ini yang membuatkan pentadbiran bercelaru sehinggakan pegawai-pegawai berkenaan jadi serba salah membuat keputusan.

Masjid Pekan ini adalah mercu tanda daerah Kota Belud yang tersergam indah pada pandangan mata. Cuba lihat kubah masjid, warna semakin luntur dan lusu di kala ini. Sewajarnya setiap rumah ibadat itu diberikan keutamaan dan perhatian oleh pihak-pihak yang berwajib.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Hanyasanya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah dari kalangan mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka tidak takut melainkan kepada Allah, maka mudah-mudahan mereka itulah yang akan tergolong dari kalangan mereka yang mendapat petunjuk”. – (Al-Taubah: 18).

Justeru itu, ikatlah hati-hati dengan Masjid mudah-mudahan kita akan mendapat naungan Allah s.w.t pada hari akhirat yang tiada lagi naungan kecuali naungan Ilahi. Kembalikan semula fungsi dan peranan institusi masjid seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat pada era kegemilangan mereka.. InsyaAllah!

Wallahualam.

5 comments:

  1. SALAM SR..

    Masjid pekan KB juga dulu pernah mendapat peruntukan dri seorang YB di KB berkenaan dgn alat media ICT..

    ReplyDelete
  2. SR. Tahniah paparkan cerita ini.
    Kalau benar kualiti dan cara ia dibuat tidak menepati, kita sebagai jamaah boleh membuat laporan polis atas ketidak siappan projek baikpulih ini. Pihak AJK Masjid kena bertindak awal. Sebelum selesai kerja-kerja tersebut, pihak pemberi kerja hendaklah pastikan ia benar-benar siap.
    Saya amat bersetuju, tempat ibadat kita biarlah kontraktor Islam yang buat bukan agama lain. Kesucian Masjid kena jaga. Saya amat faham kerja-kerja kontraktor kerana saya juga ahlinya. Justeru pihak pemberi kontrak, kena peka. Para ahli politik kena juga fikir. Rakyat memerhati anda. Jangan salahkan kalau rakyat menolak anda dalam pemilihan kelak

    ReplyDelete
  3. Walaikumsalam sdr2ku..

    sdr KM.. Alhamdulillah, jika ada insan2 yg perihatin dan ambil perhatian di setiap rumah Allah.. moga Allah s.w.t memberi ganjaran yg setimpal pd setiap usaha n sumbangan ikhlasnya itu, InsyaAllah.. aminnn..

    sdr PM.. rasanya x perlulah laporan polis, jika maklumat di atas itu benar.. cukuplah black list kontraktor berkenaan n jadikan ia satu pengajaran di masa2 akan dtg.. sewajarnya mentor projek ambil peranan utk memantau kerja2 pembaikpulihan.. setahu SR, kntraktor tersebut Andy Chua.. entah betul, entah tidak.. wallahualam..

    ReplyDelete
  4. Rasanya ini bukan yg pertama kali seorg kontarktor non muslim membuat baiki pulih rumah ibadat org2 islam.Secara kasar pemberian projek tersebut dilihat ok..tapi moralnya byk yg perlu kita bincangkan

    ReplyDelete
  5. tersentak SR dgn komen sdr SKK di atas.. SR pun amat se7 dgn pendpt sdr itu, dr segi moralnya amat memilukan umat Islam.. ia terlalu mencabar kewibawaan kontraktor muslim.. alangkah baiknya klu org muslim yg kendalikanya, di mana kontraktor non muslim juga kendalikan kontrak rumah ibadat mereka sndiri.. salah tu mmang x salah, namun moralnya sangat mendukacitakan..

    lihat saja masjid bandaraya KK menghadap matahari terbenam, memang anggun tersergam indah masjid itu.. sebaliknya ada satu kecacatan dr pandangan mata di situ.. tanda salib menghiasi dinding2 rumah Allah itu.. kita juga tahu siapa arkiteknya, bukan muslim.. perkara remeh, jika tidak ditangani dgn baik n berhikmah.. akhirnya agama kita dinodai kesuciannya.. secara halus kempen2 mereka akan meresap jiwa masyarakat kita.. murtad salah stu cthnya.. nauzubillah..

    ReplyDelete